Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

Arahan Tapak

Assalamualaikum semua,

Sepanjang pengalaman saya bekerja di bidang pembinaan samada di pihak konsultan atau kontraktor, banyak masalah yang terjadi di tapak,terutama apabila melibatkan lukisan pembinaan. Masalah akan terjadi apabila wujudnya perbezaan di dalam lukisan pembinaan dan apa yang terjadi sebenarnya yang terjadi di tapak. Sekiranya terjadi, pengalaman dan kemahiran di kedua-dua belah pihak (konsultan dan kontraktor) amatlah diperlukan. Profesianelisme dan karisma amat penting untuk menentukan perjalanan di tapak menjadi lebih baik.

Untuk itu, jurutera residen juga perlu memainkan peranan yang amat penting. Keputusan yang dibuat perlu cepat dan tepat. Masalah ini banyak timbul apabila kurangnya pengalaman seseorang jurutera residen. Seperti pengadil bola sepak, keputusan yang diberi mestilah menitikberatkan semua aspek, termasuk kerja yang dijalankan walaupun keluar dari lukisan pembinaan tetapi masih lagi mengikut spesifikasi dan yang paling utama mestilah cepat, terutama bagi…

IBS

Terima kasih kepada pinkwaterlily kerana bertanyakan soalan berkenaan IBS dan fuel ash,
Sebenarnya saya kurang didedahkan dengan seminar atau kursus-kursus berkenaan IBS, namun seingat saya IBS telah lama digunakapakai di Malaysia sebelum istilah IBS itu sendiri terhasil. Antara produk paling popular adalah Reinforced Earth Wall atau boleh juga dikenali Anchored Earth Wall, selain precast beam dll sekadar mencatatkan dua contoh di sini. Teknik pembuatan 'kering' (pembuatan kering atau 'dry construction method' ini diberi gelaran sedemikian terutama kerja-kerja melibatkan konkrit/bata kerana kerja yang melibatkan penggunaan air di tapak) ini dapat menyingkatkan masa pembinaan kerana biasanya bahan yang sampai di tapak telah dibentuk mengikut lukisan pembinaan yang telah diberi kepada pembekal sejak awal lagi. Biasanya proses pembinaan IBS adalah seperti berikut; (ia mungkin berubah mengikut bahan IBS yang ingin digunakan, ini cuma berdasarkan pengalaman saya sahaja;)Saya…

Konkrit (part 4)

Peringkat ketiga ; (2 jam sehingga 12 jam seterusnya) Penerangan Secara Mudah : Pada waktu ini sepatutnya konkrit telah diletakkan dalam acuan dan tidak lagi diganggu kerana pada waktu inilah konkrit akan memasuki satu peringkat dipanggil pengkristalan. ‘Ganggu’ dalam erti tiada bahan ditambah masuk seperti air, simen atau acuan diubah.
Walaubagaimanapun, suhu amat amat penting pada waktu ini. Sebabnya, sila lihat penerangan secara saintifik. Agak komplikated nak diceritakan di sini. Namun pada waktu inilah suhu konkrit kembali meningkat. (jangan risau pasal alkali, kali ni OK)…
Seperti saya katakan dalam bab part 1 , sekiranya suhu meningkat, konkrit akan mengalami dehidrasi dan kandungan air akan hilang seterusnya konkrit mengecut dan meretak. Memang ini biasa terjadi di mana-mana tapak pembinaan.
Saranan saya, seandainya anda menjadi penyelia (penyelia termasuklah jurutera residen, jurutera tapak dll) sewaktu membuat konkrit terbuka besar-besaran spt; lantai, bumbung. Arahkan 2/3 peke…

Konkrit (Part III)

Peringkat kedua ini dipanggil peringkat dorman. Untuk penerangan lanjut bacalah kat bawah ni :-

Peringkat kedua; (15 minit sehingga lebih kurang 2 jam)

Penerangan Secara Mudah; Peringkat kedua dipanggil peringkat lengai, konkrit akan nampak sedikit kering pada waktu ini, tapi sekiranya nisbahnya betul jangan ditambah air.

"Tapi kalau tidak ditambah air susahla nak buat kerja?"

"Kalau kering penatla nak tarik konkrit".

Masalah ini boleh diatasi dengan menambah simen dan kemudian tambah air mengikut nisbah simen untuk 1/2 air. contohnya :-

Apabila ditambah simen satu beg (50kg) tambah air lebih kurang 25 liter.

Lepas tu, ulang balik dari langkah 1 (bancuh selama 15 minit bla..bla..bla)

Pada waktu inilah (15 minit sehingga 2 jam) konkrit paling sesuai dituang ke dalam acuan. ada 2 sebab :

Pertama ; Waktu ini suhu konkrit akan menurun.

Kedua ; Waktu ini konkrit akan kelihatan bentuk fleksibel

Penjelasan Saintifik ; Peringkat kedua dipanggil peringkat lengai, dimana pada proses hy…

KONKRIT (Part 2)

Di sini saya akan cuba menerangkan penerangan secara mudah dan penerangan secara saintifik tentang apa yang terjadi di setiap peringkat pengerasan konkrit. Disini juga saya menyediakan peringatan di akhir setiap peringkat kerana ramai yang tidak mengetahui bahayanya konkrit pada keadaan tertentu.

Peringkat Pertama ; (0 – 15 minit setelah air ditambah ke dalam simen)

Penerangan Secara Mudah; Peringkat ini merupakan peringkat paling kritikal sewaktu pembentukan konkrit. Aggregate hendaklah dimasukkan dahulu, kemudian simen dan akhir sekali air. Masukkan menurut sukatan yang betul.


Kebanyakan dari penggunaan biasa akan menggunakan sukatan 1:3:6 (G15) untuk bancuhan biasa. Bancuhan ini boleh digunakan untuk lantai yang disokong oleh tanah dengan bantuan BRC (besi jejaring) namun tidak digalakkan untuk struktur asas seperti tapak bangunan, tiang, beam(rasuk) dan lain-lain struktur asas.Ini adalah kerana campuran konkrit ini jarang diambil kira oleh jurutera sewaktu pengiraan struktur bangunan…