Assalamualaikum semua,
Sepanjang pengalaman saya bekerja di bidang pembinaan samada di pihak konsultan atau kontraktor, banyak masalah yang terjadi di tapak,terutama apabila melibatkan lukisan pembinaan. Masalah akan terjadi apabila wujudnya perbezaan di dalam lukisan pembinaan dan apa yang terjadi sebenarnya yang terjadi di tapak. Sekiranya terjadi, pengalaman dan kemahiran di kedua-dua belah pihak (konsultan dan kontraktor) amatlah diperlukan. Profesianelisme dan karisma amat penting untuk menentukan perjalanan di tapak menjadi lebih baik.
Untuk itu, jurutera residen juga perlu memainkan peranan yang amat penting. Keputusan yang dibuat perlu cepat dan tepat. Masalah ini banyak timbul apabila kurangnya pengalaman seseorang jurutera residen. Seperti pengadil bola sepak, keputusan yang diberi mestilah menitikberatkan semua aspek, termasuk kerja yang dijalankan walaupun keluar dari lukisan pembinaan tetapi masih lagi mengikut spesifikasi dan yang paling utama mestilah cepat, terutama bagi projek2 jangka cepat, Ini memerlukan jurutera yang betul2 berpengalaman.
Kalau saudara/i perhatikan kedua-dua gambar di bawah, anda akan nampak 2 ekor hantu duduk bertenggek kat penghadang jalan tu..... bukan tu tujuannya. Masalah sebenar terjadi apabila dinding batu-bata yang rendah (memang ikut lukisan pembinaan sebenar macam tu), tetapi di satu bahagian akar pokok dan aras tanah yang tinggi membuatkan perkara ini hampir mustahil kerana tanah di celah-celah akar pokok akan jatuh ke dalam longkang dan membuatkan longkang tersumbat.
Perbincangan dibuat dengan pihak kontraktor dan keputusan diambil adalah satu bahagian dinding longkang dinaikkan setinggi 500mm untuk menahan tanah di belakang pokok.
Ini adalah perancangan asal yang dibuat dan dihantar kepada sub-kontraktor untuk perlaksanaan kerja. Setelah arahan bertulis dikeluarkan (Site Instruction) kepada kontraktor, sub-kontraktor boleh memulakan kerja-kerja pembinaan.
Ini gambar dah siap..cantikkan? Cantik la jugak tu.

Amat mudah untuk mengatakan, 'kalau x boleh ikut drawing, susah nak ikut spec, ikut site condition jelah'. Ini sering terjadi di pihak kontraktor. Amat sukar untuk mencari kontraktor dan konsultan yang betul2 duduk berbincang apabila terjadinya perselisihan dalam lukisan pembinaan dan keadaan di tapak.Bagaimana hendak melakukan kerja yang masih boleh menguntungkan kontraktor dan dalam masa yang sama mengikut spesifikasi. Masing2 dengan ego masing2. Sekiranya ada, tahniah. Saya pun mengalami masalah yang sama seperti di atas, samada masalah ini datang dari saya sendiri atau dari pihak lain.
Namun, disini saya akan cuba ceritakan pengalaman yang pernah saya hadapi untuk rujukan saya pada masa hadapan sekiranya terjadi lagi permasalahan yang sama. Juga ruang terbuka luas sekiranya ada idea2 yang lebih bernas dari pihak saudara/i tentang keputusan yang dibuat adakah ia keputusan yang tepat atau sebaliknya.
Kalau saudara/i perhatikan kedua-dua gambar di bawah, anda akan nampak 2 ekor hantu duduk bertenggek kat penghadang jalan tu..... bukan tu tujuannya. Masalah sebenar terjadi apabila dinding batu-bata yang rendah (memang ikut lukisan pembinaan sebenar macam tu), tetapi di satu bahagian akar pokok dan aras tanah yang tinggi membuatkan perkara ini hampir mustahil kerana tanah di celah-celah akar pokok akan jatuh ke dalam longkang dan membuatkan longkang tersumbat.
Perbincangan dibuat dengan pihak kontraktor dan keputusan diambil adalah satu bahagian dinding longkang dinaikkan setinggi 500mm untuk menahan tanah di belakang pokok.
Ini adalah perancangan asal yang dibuat dan dihantar kepada sub-kontraktor untuk perlaksanaan kerja. Setelah arahan bertulis dikeluarkan (Site Instruction) kepada kontraktor, sub-kontraktor boleh memulakan kerja-kerja pembinaan.
Ini gambar dah siap..cantikkan? Cantik la jugak tu.
Ulasan
will spend time to read all these stuffs ^^
Catat Ulasan
Terima Kasih untuk setiap ulasan.