Selasa, 8 Ogos 2017

Menghasilkan permukaan konkrit yang cantik

Konkrit ready-mix adalah konkrit dibancuh di batching plant, tidak jauh dari tapak pembinaan. Ia akan dihantar terus untuk dibuang kedalam acuan secara terus. Konkrit bancuhan tapak biasanya tidak dibenarkan untuk struktur-struktur utama dan konkrit berkuantiti lebih dari 0.5 meter padu kerana cabaran untuk memastikan bahawa konkrit tersebut dibancuh dengan tepat setiap masa adalah sukar.
Terdapat 3 jenis kemasan-acuan (formwork finishes) yang sering digunakan iaitu 'ordinary','plain','special'. Biasanya sesetengah spesifikasi akan meletakkan jenis berdasarkan Type, A, Type B & Type C atau Class 1, Class 2 & Class 3. (Saya akan cuba cari sumber kemasan ini di kemudian hari) Walaubagaimanapun, untuk menghasilkan permukaan konkrit yang cantik, kita perlu memahami apakah jenis acuan yang akan digunakan.
Warna konkrit ditentukan oleh warna partikel paling kecil dalam komposisi konkrit tersebut. Biasanya partikel terkecil adalah partikel simen. Jadi, jenis simen akan mengakibatkan perubahan warna pada konkrit (bukan gred konkrit).
Simen biasa (OPC) yang digaul bersama simen lain (GGBS atau fly-ash) boleh digunakan untuk mengubah warna konkrit sekiranya konkrit yang kita gunakan bersifat visual konkrit (permukaan konkrit tanpa kemasan seperti lepaan plaster).
GGBS (Ground granulated blastfurnace slag) akan menghasilkan permukaan konkrit yang lebih cerah manakala lebih kandungan Fly-ash berbanding OPC akan mengakibatkan permukaan konkrit menjadi sedikit gelap. Walaubagaimanapun, perlu difahami juga, bahawa kandungan konkrit ini berbeza mengikut tempat berdasarkan kandungan dan jenis mineral utama yang menjadi bahan asas (batu kapur dan bahan2 lain) yang mungkin berbeza mengikut tempat. Selain itu, pewarna juga boleh ditambah jika ingin mewarna permukaan konkrit.Air juga berupaya mengubah warna konkrit, konkrit yang 'basah' lebih gelap dan lebih berpotensi untuk grout loss apabila diletakkan dalam acuan serta lebih berupaya untuk crack apabila suhu panas dan proses curing tidak efisien.
Selain itu, untuk menghasilkan permukaan konkrit yang cantik (tanpa honeycomb dan air-bubbles) ada banyk kaedah yang boleh digunakan, antaranya ialah menggunakan konkrit dengan kandungan simen yang tinggi berbanding batuan (aggregate), menggunakan coarse aggregate yang agak kecil berbanding normal, atau menggunakan konkrit yang mempunyai slump yang tinggi (bermaksud kebolehkerjaan-workability yang tinggi).
'Resipi' di bawah telah dikenalpasti sebagai antara campuran sesuai untuk mendapat permukaan konkrit yang baik.
Kandungan simenminimum 350Kg/m3
Kandungan pasirtidak lebih dari 2 kali kandungan simen.
Jumlah aggregatetidak lebih dari 6 kali kandungan simen.
Batuan (coarse aggregate) 20mm max. saiz x lbh dari 20% passing 10mm sieve
Kebolehkerjaan125 to 150 slump S3
Nisbah air/simen  0.5 or les