Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

Rekaan rumah berkonsepkan Islamik

Baru-baru ini saya ada melawat satu kawasan perumahan yang dikatakan berasaskan islamik, sebenarnya saya juga ada memikirkan konsep ini sejak sekian lama dahulu, namun biasalah, saya bukanlah arkitek dan saya pun bukanlah seorang yang kaya ingin membangunkan konsep perumahan Islamik tersebut, namun impian sekadar impian. Berdasarkan pemerhatian saya, konsep perumahan Islamik yang dijalankan oleh pemaju tersebut hanyalah retorik semata-mata, ia lebih kepada konsep bagaimana komuniti perumahan tersebut dapat menerapkan nilai-nilai islamik dalam komuniti mereka setelah kawasan perumahan tersebut siap, bukannya nilai-nilai tersebut dimasukkan sejak awal-awal lagi dalam rekaan sesebuah rumah. Berdasarkan pemerhatian saya, konsep perumahan tersebut direka dan dibangunkan berdasarkan konsep perumahan biasa seperti perumahan yang lain2. Idea asal untuk mewujudkan komuniti islamik, memang telah diamalkan dalam mana-mana komuniti dalam Malaysia. Saya juga berharap agar satu hari nanti kita b