Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

Lapisan Jalan

Setiap jalan yang dibuat kebanyakannya mengikut kaedah pembinaan MacAdam dimana dilapisai dengan beberapa lapisan. Di bawah adalah lapisan paling biasa dibuat.

Apa fongsi setiap lapisan???? Lapisan paling bawah adalah lapisan subgrade iaitu lapisan tanah asal. Macam saya cakap sebelum ni…Lapisan tanah yang diuji mestilah mempunyai CBR biasanya melebihi 3% atau 5%. Bagaimana kalau uji banyak mana pun tetap fail(yakni kurang dari 3% atau 5%)? Contohnya macam tanah paya yang lembik, atau tanah lembab….sah2 fail dah tanah macam tu. Takkan nak buang semua tanah tu pastu ganti dengan tanah lain?Nak korek buang banyak mana? Jadi masalah untuk tanah macam ni dikepilkan bersama-sama dengan hasil laporan kajian tanah yang dinamakan Soil Investigation(biasanya akan dibuat sebelum masuk tapak) akan dihantar ke Jurutera Geoteknikal (Jurutera teknikal tanah), untuk dibuat kajian, rawatan apakah yang paling sesuai tanah(nanti saya bincangkan kalau ada masa tentang jenis-jenis rawatan) supaya tanah tu…

Ciri - Ciri Rekaan Jalan

Sebelum ni kita sembang-sembang pasal sejarah jalan. Kali ni kita sembang pasal macamana jalan zaman sekarang dibuat. Jalan zaman sekarang dibuat banyaknya berdasarkan idea Macadam di mana jalan tu di condongkan sedikit untuk pengaliran air ke tepi jalan, di samping menggunakan batuan pelbagai saiz untuk menanggung beban kenderaan dari atas.

Sebelum sesuatu jalan dibina dan direkabentuk, ia perlulah mempunyai cirri-ciri berikut :-

1) Ia mestilah kuat dan mempunyai ketebalan yang cukup untuk menahan beban kenderaan berat yang akan lalu di atasnya.
2) Ia mestilah mempunyai permukaan berbatu yang kasar untuk mengelakkan berlakunya kes kenderaan mudah tergelincir. (ini sebenarnya mempunyai kelemahan kepada penunggang2 motosikal sekiranya terjatuh akan menyebabkan kulit mudah terluka, namum setelah kajian2 demi kajian dibuat, lebih baik dibuat permukaan kasar kerana kemalangan yang terjadi akibat kenderaan berat tergelincir akibat permukaan jalan tidak kasar terutama pada waktu hujan, kemalan…

Sejarah Jalan

Kali ni kita akan bincangkan pasal jalan berturap atau tarred road atau lebih dikenali di Malaysia sebagai premix (kalau nak diikutkan premix tu terlalu umum, tapi xpelah kalau disebut premix tu semua orang dalam sector pembinaan paham apa maksudnya senangla).

Teknologi jalan bermula agak lewat dari teknologi bangunan di mana jalan banyak dibangunkan apabila bermulanya perdagangan di antara terutama bandar-bandar yang mempunyai ketamadunan yang agak tinggi.

Secara semulajadinya, tanah tidak dapat bertindak sebagai jalan semulajadi kerana tanah itu sendiri tidak dapat menampung bebanan yang berat seperti kereta kuda dan wagon terutama pada waktu hujan. (jangan kata zaman dulu, zaman sekarang pun kalau hujan habis lecak tanah). Ini membuatkan orang dolu-dolu memikirkan bagaimana untuk memperbaiki keadaan jalan supaya perjalanan dari satu tempat ke satu tempat lebih cepat terutama bagi yang menggunakan kereta .

Jalan berturap yang pertama dibina di waktu ketamadunan sumeria 4000BC. Jalan in…