Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Pembetung (Part 2)

Langkah 3 : Kerja di Tapak

IL berbeza dengan FEL... apa benda tu? Invert level berbeza dengan Finish Excavation Level. Finish Excavation Level adalah untuk kegunaan tapak, tetapi perlulah diingat, walaupun untuk kegunaan di tapak, ia mestilah ditentukur di atas kertas dahulu. FEL boleh diketahui dengan berdasarkan Invert level. FEL adalah aras terakhir korekan, di mana jika menggunakan jengkaut, itulah aras terakhir sebelum korekan berhenti.


Bagaimana ingin memberitahu kepada pengendali jengkaut supaya mengorek sehingga FEL. Kerja ini perlu dilakukan di atas kertas, sebelum korekan dilakukan, ingat tak saya ada sebutkan pasal peg/pancang di bahagian 1 sebelum ni?

Pertama sekali kita perlu mengetahui apakah beza antara IL tolak bedding? Bila dah dapat jawapan, itulah FEL.
Aras asal tanah sekarang di tapak dipanggil EGL. EGL hendaklah ditolak dengan FEL untuk setiap peg, jadi kita akan dapat kedalaman korekan untuk setiap peg.
Sewaktu hari korekan, beritahu secara kasar kepada penyelia tapak…

Pembetung (Part 1)

Pembetung (ejaannya pembetung bukan pembentung) atau dalam bahasa inggerisnya culvert telah lama digunakan oleh orang purba untuk mengalirkan air... Maksud pembetung ialah saliran air berongga yg digunakan untuk mengalirkan air samada air bersih atau kumbahan... Biasanya org dulu menggunakan buluh...sebab itu wujud perkataan Buluh Betung... tetapi perkataan betung jarang digunakan sebab bukannya orang faham pun....

Dalam istilah kejuruteraan, pembetung ini biasanya mempunyai 2 kegunaan....pertama untuk sistem kumbahan dan kedua untuk perparitan.... Pembetung dlm jurutera pula lbh khusus kpd saliran air bwh tanah shj...

Di malaysia terdapat 2 jenis pembetung yg sering digunakan dalam perparitan......yg pertama pembetung paip, yg kedua pembetung kekotak... Biasanya kedua2nya diperbuat dari konkrit..kenapa konkrit?? Sistem perparitan biasanya terletak di tepi2 jalan dalam bentuk longkang.... apabila parit ini terpaksa merentasi jalan.....parit2 ini biasanya bertukar dari bentuk longkang ke…

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar??

Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya??

Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive.

Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... SETIAP …