Langkau ke kandungan utama

Pembetung (Part 2)

Langkah 3 : Kerja di Tapak

IL berbeza dengan FEL... apa benda tu? Invert level berbeza dengan Finish Excavation Level. Finish Excavation Level adalah untuk kegunaan tapak, tetapi perlulah diingat, walaupun untuk kegunaan di tapak, ia mestilah ditentukur di atas kertas dahulu. FEL boleh diketahui dengan berdasarkan Invert level. FEL adalah aras terakhir korekan, di mana jika menggunakan jengkaut, itulah aras terakhir sebelum korekan berhenti.


Bagaimana ingin memberitahu kepada pengendali jengkaut supaya mengorek sehingga FEL. Kerja ini perlu dilakukan di atas kertas, sebelum korekan dilakukan, ingat tak saya ada sebutkan pasal peg/pancang di bahagian 1 sebelum ni?

Pertama sekali kita perlu mengetahui apakah beza antara IL tolak bedding? Bila dah dapat jawapan, itulah FEL.
Aras asal tanah sekarang di tapak dipanggil EGL. EGL hendaklah ditolak dengan FEL untuk setiap peg, jadi kita akan dapat kedalaman korekan untuk setiap peg.
Sewaktu hari korekan, beritahu secara kasar kepada penyelia tapak/pengendali jengkaut maklumat kedalaman korekan, arahkan seorang penyelia untuk menjaga kedalaman korekan dengan menggunakan sebatang kayu bersenggat dengan ukuran.

Langkah 4.

Parit FEL yang telah dikorek, tanahnya akan tergembur akibat gigi jengkaut. Tanah yang tergembur ini perlu diratakan/dimampatkan untuk kerja2 seterusnya, fungsinya adalah untuk menyediakan asas yang kuat apabila meletakkan pembetung nanti.


Ini adalah salah satu mesin penggelek tanah yang digunakan untuk memampat. Kelebaran penggelek ini adalah 1 meter. Wbp, seandainya paritnya kecil pemampat yang lebih kecil boleh digunakan macam dalam gambar di bawah.


gambar dari www.urjadistributors.com

Setelah bedding diletakkan, (bedding adalah hamparan bawah tujuannya untuk melapisi pembetung supaya aras IL nya sekata), concrete haunching pula bolehlah diletakkan. Apakah haunching? haunching adalah penyendal supaya kedudukan pembetungnya tetap. Biasanya, pembetung paip yang mempunyai haunching ini kerana bentuknya bulat dan senang bergolek. Penyendal ni bergantung kepada lukisan pembinaan. Biasanya haunching ini separuh daripada paip, 2/3 atau 1/3 daripada kedalaman paip, ia boleh terdiri daripada pasir, konkrit, atau tanah.
Selepas penyendal diletakkan, bolehlah mengambus terus sampai ke aras tanah sedia ada.

NOTA KAKI : Biasanya kerja ni semua perlu dilakukan dalam masa yang sama, ini adalah untuk mengelakkan seandainya hujan turun, air akan bertakung dalam parit tu. Tetapi sekiranya, kerja2 tersebut tidak boleh dilakukan dalam jangkamasa pendek, sekurang2nya cuba tutup permukaan FEL supaya tanahnya tidak jadi lecah dan kemudian banyak kerja perlu dilakukan untuk membersih kemudian. Bagaimana? Selepas korekan dilakukan, lapiskkan permukaan FEL dengan lean concrete setebal 50mm/pasir setinggi 100mm dan sediakan pam air sekiranya hujan, gunakan pam tersebut.


Perlu diingat, korekan yang terlampau dalam akan menyebabkan kemungkinan untuk runtuh. Jadi biasanya korekan yang melebihi 3 meter perlulah disangga. Sanggaan perlulah dilakukan dengan biasanya cerucuk keping.... macam dalam gambar di bawah.


gambar dari www.imeco.at


Sanggaan yang dilakukan dengan menggunakan cerucuk keping biasanya ada pengiraan tersendiri dan disahkan oleh Jurutera Professional.

Bahan untuk mengambus juga akan diberitahu samada menggunakan tanah atau pasir di dalam lukisan pembinaan, sekiranya tiada maklumat diperolehi, kambusan boleh dilakukan dengan tanah yang bersesuaian, boleh juga menggunakan tanah korekan tadi jika ia mematuhi spec (sila lihat bahagian suitable material). Tetapi, skiranya parit korekan penuh dengan air akibat hujan atau matair bawah tanah, gunakan pasir.

Anda pernah tgk signboard mcm ni kat tepi lebuhraya? pernah bukan... kecik aje kat tepi highway tu... kalau lambangnya bulat mcm kat atas ni, itu bermaksud pembetung paip, kalau segi empat maksudnya... pembetung kekotakle...atau box culvert.

Jadi kalau kereta kita rosak sebab overheating, nak cari air, carila signboard ni, insyallah ada air.

Ulasan

Unknown berkata…
Assalamualaikum en Firdaus trima kasih atas pencerahan encik berkenaan pembetung. Saya nak Tanya berkenaan pembetung Kotak, saiz yang wajar bagi 100 org penggunaan ke atas pembetung Kotak kumbahan. Ada ke contoh pengiraan dn formula untuk mendapatkan saiz yg wajar bagi pembetung Kotak kumbahan bagi 100 org penggunaan.

Sunora sabahan
Emel: suhaidy501@gmail.com

Catatan popular daripada blog ini

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar?? Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya?? Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive. Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... S

Premix

Kaedah membuat asas jalan ( roadbase ) hampir sama dengan kaedah subbase , cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase . Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A ( Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah. Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase , makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fu

Apakah ISO 9001?

Syarikat yang diakreditasikan dengan ISO9001 biasanya akan menggunakan pensijilan itu untuk menunjukkan bahawa syarikat tersebut telah mempunyai pensijilan sistem pengurusan kualiti yang mematuhi kepada ISO 9001. Tetapi adakah pembaca faham apakah maksudnya jika sekiranya sesebuah syarikat/organisasi mempunyai pensijilan ini. Apakah gunanya, dan apakah yang terjadi setelah dipersijilkan? Kenapa Sesebuah Syarikat Perlu Diakreditasikan dengan ISO9001 Sesebuah syarikat yang mempunyai sistem pengurusan kualiti yang baik boleh menaikkan dan mempamerkan kredibiliti untuk mendapat projek-projek pembinaan. Klien atau pemilik projek mempunyai projek dengan ciri-ciri yang perlu untuk memenuhi kehendak kualiti mereka. Kehendak kualiti ini biasanya diterjemahkan dalam bentuk kontrak dokumen. Jadi untuk memastikan bahawa sesebuah projek yang dijalankan oleh sesebuah kontraktor mematuhi kepada kehendak kualiti mereka, mereka perlulah memastikan bahawa syarikat tersebut mempunyai Sistem Penguru