Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2017

Menghasilkan permukaan konkrit yang cantik

Konkrit ready-mix adalah konkrit dibancuh di batching plant, tidak jauh dari tapak pembinaan. Ia akan dihantar terus untuk dibuang kedalam acuan secara terus. Konkrit bancuhan tapak biasanya tidak dibenarkan untuk struktur-struktur utama dan konkrit berkuantiti lebih dari 0.5 meter padu kerana cabaran untuk memastikan bahawa konkrit tersebut dibancuh dengan tepat setiap masa adalah sukar. Terdapat 3 jenis kemasan-acuan (formwork finishes) yang sering digunakan iaitu 'ordinary','plain','special'. Biasanya sesetengah spesifikasi akan meletakkan jenis berdasarkan Type, A, Type B & Type C atau Class 1, Class 2 & Class 3. (Saya akan cuba cari sumber kemasan ini di kemudian hari) Walaubagaimanapun, untuk menghasilkan permukaan konkrit yang cantik, kita perlu memahami apakah jenis acuan yang akan digunakan. Warna konkrit ditentukan oleh warna partikel paling kecil dalam komposisi konkrit tersebut. Biasanya partikel terkecil adalah partikel simen. Jadi, jenis …

Terima Kasih Friend's of JKR

ISO 9001 DALAM DUNIA PEMBINAAN

Item utama apabila seseorang yang terlibat dengan sesebuah tapak pembinaan yang mengutamakan kualit dalam pembinaan serta mengaplikasikan Sistem Pengurusan Kualiti berdasarkan pematuhan kepada ISO 9001 (tanpa mengira edisi) adalah pemahaman terhadap ISO 9001 dan aplikasi ke dalam sektor industri pembinaan. Begitu juga kebanyakan organisasi akan menyerahkan tanggungjawab ini kepada pihak konsultan ISO untuk mengintrepretasikan maksud dan bagaimana cara mengadaptasikan Sistem Pengurusan Kualiti berdasarkan ISO 9001 ke tapak bina atau organisasi mereka.
Ini adalah perkara umum bagi kebanyakan organisasi di Asia kerana selagi perkara tersebut tidak berkaitan dengan komersial atau sumber kewangan maka penekanan agak kurang diberi perhatian. 
Di sini, saya akan cuba berikan sedikit tip tentang definisi yang diberikan dalam ISO dan bagaimana mengintepritasikan dalam tapak pembinaan.Sesetengah definisi terpaksa digunakan dalam bahasa Inggeris kerana ISO 9001 (dokumen asal) adalah dalam bahas…