Langkau ke kandungan utama

ISO 9001 DALAM DUNIA PEMBINAAN

Item utama apabila seseorang yang terlibat dengan sesebuah tapak pembinaan yang mengutamakan kualit dalam pembinaan serta mengaplikasikan Sistem Pengurusan Kualiti berdasarkan pematuhan kepada ISO 9001 (tanpa mengira edisi) adalah pemahaman terhadap ISO 9001 dan aplikasi ke dalam sektor industri pembinaan. Begitu juga kebanyakan organisasi akan menyerahkan tanggungjawab ini kepada pihak konsultan ISO untuk mengintrepretasikan maksud dan bagaimana cara mengadaptasikan Sistem Pengurusan Kualiti berdasarkan ISO 9001 ke tapak bina atau organisasi mereka.

Ini adalah perkara umum bagi kebanyakan organisasi di Asia kerana selagi perkara tersebut tidak berkaitan dengan komersial atau sumber kewangan maka penekanan agak kurang diberi perhatian. 

Di sini, saya akan cuba berikan sedikit tip tentang definisi yang diberikan dalam ISO dan bagaimana mengintepritasikan dalam tapak pembinaan.Sesetengah definisi terpaksa digunakan dalam bahasa Inggeris kerana ISO 9001 (dokumen asal) adalah dalam bahasa Inggeris.

1. Customer
Dimana saja perkataan customer muncul, seseorang pengurus tapak bina harus membacanya dalam ertikata client. Ini adalah perbezaan besar antara sektor pembinaan dan perkilangan dimana dalam sektor perkilangan, lebih kepada customer-oriented dan pembinaan pula lebih kepada client-oriented.

Customer adalah pembeli barangan selepas siap, manakala klien adalah pengguna servis.Berdasarkan laman sesawang www.onquality.org.

Client boleh jadi pihak yang menganugerahkan projek kepada kontraktor tersebut (termasuk Kontraktor utama, Pemaju, Badan Kerajaan, Pemilik Projek) atau wakil yang dilantik oleh pihak yang menganugerahkan projek tersebut. (Arkitek, Jurutera atau Pegawai Penguasa).

2. Organisation
Organisation merujuk kepada syarikat tersebut, samada organisasi utama termasuk semua wakil dari HQ kontraktor atau organisasi tapak pembinaan tersebut. (site team).

3. Products & Service.
Oleh kerana ISO 9001 menggunakan penyata umum (generic statement), maka intrepetasi product dan service adalah merujuk kepada projek/kontrak yang dianugerahkan kepada kontraktor pada masa itu.

4. Requirements
Ini adalah perkataan yang paling penting dan paling perlu difahami apabila anda merujuk dan membaca ISO 9001. Apabila perkataan requirements muncul dalam ISO9001, kita perlulah merujuk kepada client's requirements, dan clients requirements merujuk kepada contract documents yang telah ditandatangani sewaktu awal projek.

NOTA TAMBAHAN :
Contracts Document terdiri daripada :-
1. Letter of Award
2. Articles of Aggrement
3. Conditions of Contract
4. Contract Drawings (Construction drawings)
5. Contract Bills 
6. Other document incorporated in the Contract Document (e.g. Specifications)
Reference PAM Contract 2006, Article 7, Section q.

5. External Provider
Ini adalah istilah baru dalam ISO 9001 versi 2015, Dalam versi terdahulu (2008), pihak luaran hanyalah client, namun kali ini ia lebih merangkumi Sub-contracor, supplier dan Test Lab.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar?? Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya?? Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive. Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... S

Premix

Kaedah membuat asas jalan ( roadbase ) hampir sama dengan kaedah subbase , cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase . Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A ( Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah. Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase , makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fungs

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Lean Concete G10 (Biasa digunakan sebagai konkrit melepa, tidak mempunyai kekuatan untuk menanggung beban) G10 ( 1 : 3.92 : 5.62) Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 169kg 12.5 mm Aggregate : 112kg River sand : 196kg Total water :  44liter Fresh concrete density: 2398 Kg/M 3 G20 banyak digunakan untuk bangunan2 kecil, rumah setingkat, dll G20 ( 1 : 2.48 : 3.55)  Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 107 kg 12.5 mm Aggregate : 71 kg River sand : 124 kg Total water : 28 liter Admixture : 350gram dimasukkan dalam simen (admixture bertujuan untuk menambah kebolehkerjaan konkrit) Fresh concrete density: 2430 Kg/ M 3 G25 banyak digunakan untuk bangunan-bangunan tinggi, sperti lebih dari setingkat dan mungkin juga digunakan di bangunan-bangunan tinggi. G25 ( 1 : 2.28 : 3.27) Cement : 50 Kg 20 mm Aggregate : 98 kg 12.5 mm Aggregate : 65.4 kg River sand : 114 kg Total water : 27.5 liter Admixture : 300 gram Fresh concrete density: 2414 Kg/ M 3 G30 ban