Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

MERANCANG BANDAR (Perlaksanaan) Part 3

Salam,

Di sini kita telah sampai ke peringkat pembinaan projek, di mana sebelum sesuatu projek boleh dimulakan ia hendaklah melalui satu proses lagi iaitu proses tender.

Jika kita perhatikan dalam bab yang lepas, Merancang Bandar (Building Plan), di akhir bab itu ada satu proses di mana QS akan memasukkan harga bagi projek tersebut. Harga akan dimasukkan untuk setiap item dalam BQ atau Bill of Quantity, contohnya konkrit G20, berapa banyak diperlukan untuk keseluruhan projek, besi Y12, BRC A6, sekadar menyebut beberapa contoh. Dari mana QS dapat mengira kuantiti keseluruhan bahan-bahan tersebut? Dari lukisan pembinaan yang diserahkan kepadanya.

Selepas QS menyiapkan BQ, BQ akan dimasukkan dalam kontrak dokumen. Biasanya kontrak dokumen mengandungi 4 bahagian.
1) Lukisan Pembinaan
2) Bill of Quantity,
3) Spesifikasi
4) Agreement and Conditions of Contract

1) Lukisan pembinaan akan disiapkan oleh semua konsultan, MnE dan CnS

2) Bill of Quantity mengandungi 2 bahagian di mana item Prelim…

MERANCANG BANDAR (Building Plan) Part 2

Ini adalah sambungan kepada artikel saya yang lepas yang bertajuk MERANCANG BANDAR (Kebenaran Merancang), dalam artikel yang lepas saya ada menyatakan bahawa untuk dalam perancangan sesebuah pembangunan, tidak kira samada pembangunan kawasan perumahan, bandar dan lain-lain lagi, ada 4 konsep pembangunan yang perlu diikuti :-

1) Konsep
2)  Perincian dan Atas Kertas
3) Pembinaan
4) Pasca Kontrak

Biasanya, konsep 1 dan 2 dikenali sebagai Pra-Kontrak atau lebih popular denngan nama In-pipeline, saya telah tulis artikel mengenai konsep dalam artikel pertama dimana akhirnya KM atau Kebenaran Merancang akan dihantar kepada Majlis Perbandaran Tempatan setelah semuanya dipersetujui dan diakui.

Seperti saya perkatakan dalam awal akhir bab yang lepas, setelah KM DLP diluluskan, saya akan melantik Arkitek, Konsultan CnS, Konsultan MnE dan QS. Tujuan mereka adalah untuk memperincikan lukisan Building Plan yang kemudian akan diterjemahkan menjadi Lukisan Pembinaan.

Arkitek akan memberi konsep rumah…