Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

Lebuhraya

Kali ni cerita pasal Signboard biru atau Jalan JKR.................. Mcm yg sy ceritakan sebelum ni, setiap jalan dinomborkan dalam perisai bersegi enam macam yg kita lihat dlm post sy yg lepas. Kalau highway, ia dinomborkan dgn awalan E, tapi kalau Jalan JKR??? Terdapat 3 jenis Tanda Jalan di Malaysia. 1. Awalan E - ini merupakan highway spt telah dibincangkan. 2. Tiada awalan, hanya nombor - Ini merupakan jalan persekutuan, Namun setiap julat nombor mempunyai fungsinya spt :- 1 - 249 - Jalan - jalan utama persekutuan. (contoh: 1- Jalan dr Johor Bahru ke Padang Besar) 250 - 479 - Jalan access ke pejabat2/bangunan2 kerajaan. 1000 - 2999 - Jalan access FELDA/FELCRA. 3000 - 3999 - Jalan access ke Kawasan perindustrian. 3. Awalan huruf selain E, ini adalah jalan negeri, awalannya mengikut plat kereta anda. Kalau perak A, B selangor dan seterusnya. Jadi kalau di dlm plate kuning tu bertulis A72 - itu adalah jalan negeri perak. Apa beza diantara ia dgn Jln Persekutuan yg terdpt dlm negeri2?