Langkau ke kandungan utama

Lebuhraya

Kali ni cerita pasal Signboard biru atau Jalan JKR..................

Mcm yg sy ceritakan sebelum ni, setiap jalan dinomborkan dalam perisai bersegi enam macam yg kita lihat dlm post sy yg lepas. Kalau highway, ia dinomborkan dgn awalan E, tapi kalau Jalan JKR???

Terdapat 3 jenis Tanda Jalan di Malaysia.

1. Awalan E - ini merupakan highway spt telah dibincangkan.
2. Tiada awalan, hanya nombor - Ini merupakan jalan persekutuan, Namun setiap julat nombor mempunyai fungsinya spt :-
1 - 249 - Jalan - jalan utama persekutuan. (contoh: 1- Jalan dr Johor Bahru ke Padang Besar)
250 - 479 - Jalan access ke pejabat2/bangunan2 kerajaan.
1000 - 2999 - Jalan access FELDA/FELCRA.
3000 - 3999 - Jalan access ke Kawasan perindustrian.

3. Awalan huruf selain E, ini adalah jalan negeri, awalannya mengikut plat kereta anda. Kalau perak A, B selangor dan seterusnya. Jadi kalau di dlm plate kuning tu bertulis A72 - itu adalah jalan negeri perak. Apa beza diantara ia dgn Jln Persekutuan yg terdpt dlm negeri2?? Bezanya adala siapa yg bertanggungjawab menyelenggaranya...... dkt bwh ni sy ceritakan.

Penyelenggaraan Jalan Di Malaysia.

1. Untuk expressway, syarikat konsesi akan menyelenggara sendiri lebuhraya sepanjang tempoh konsesi (konsesi adalah pemberian tanah oleh kerajaan ke atas sesuatu badan yang akan menggunakan tanah tersebut untuk sesuatu kegunaan sehingga satu masa ditetapkan). Wbp, terdpt juga syarikat konsesi yg menganugerahkan konsesi kepada syarikat tertentu utk kerja2 penyelenggaraan spt PLUS melantik PROPEL utk kerja2 penyelenggaraannya.

2. Untuk Jalan Persekutuan,
Penyelenggaraan di Negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang & Perak, ia dipertanggungjawabkan kepada Belati Wangsa Sdn. Bhd.

Penyelenggaraan bg negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dijalankan oleh Roadcare.

Penyelenggaraan bg negeri Negeri Sembilan, Melaka & Johor dijalankan oleh Selia Selenggara.

Perlu diingat, penyelenggaraan hanya untuk jalan yang plate nya mengandungi nombor sahaja, iaitu jalan persekutuan sahaja. Semua lantikan syarikat yg menyelenggara, kewangan diambil dari Kementerian Kerja Raya Malaysia.

3. Bagi jalan negeri, (jalan negeri adalah jalan yg mempunyai huruf negeri di depannya), penyelenggaraan dijalankan oleh JKR Negeri itu sendiri, tapi kewangan diambil dari Kerajaan Negeri. Bukan Kementerian Kerja Raya.

4. Bg jln2 kampung, (biasanya jln2 kampung tidak bernombor) ia diselenggara oleh PBT (Pihak berkuasa tempatan).

Teknikal Jalan

Itu adalah dari segi pengurusan Jalan/Lebuhraya, sekarang dari segi teknikal pula......

Jalan terbahagi kepada 2 jenis, Rural dan Urban. Rural merupakan jalan yg melalui kawasan pedalaman atau jalanraya yang merentasi negeri, Lebuhraya Utara Selatan merupakan sejenis lebuhraya Rural. Manakala urban pula, lebuhraya yg digunakan untuk memudahkan perjalanan kita di dalam bandar spt DUKE, AKLEH dll...

Design untuk kedua2 jenis lebuhraya ini juga berbeza........biasanya untuk Urban, kelebaran lorong lebih besar, manakala had laju lebih rendah, manakala untuk Rural sebaliknya.

Jalan juga dibahagi kepada 6 kelas, dan dinamakan dari no. 6 sehingga 1. Biasanya kelas jalan akan diberikan dari jenisnya dahulu samada R (untuk rural) atau U (utk Urban), diikuti dgn nombornya bermula dari kelas plg tinggi iaitu 6 sehinggalah 1.

Saya ada postkan sebelum ni, R6/U6 merupakan kelas plg tinggi dan biasanya digelar expressway.

Bagaimana membezakan R (rural) dan U (urban), Rural adalah kws pedalaman, manakala jika terdapat sebuah bandar yang mempunyai penduduk 1000 atau lebih ia digelar urban. Bagaimana membezakan R6-R1 sehingga U6-U1.

R6 & U6 - Sebagaimana telah diberitahu semua R6 & U6 adalah lebuhraya bertol dgn kawalan konsesi syarikat tertentu.

R5 & U5 - Halaju paling tinggi dibenarkan untuknya adalah 100km/j (rural) dan 80km/j (urban). Biasanya jalan jenis ini merupakan jalan utama merentasi negara, jalan yang menghubungkan antara negeri, jalan masuk/keluar negara ini. Ia mesti mempunyai sekurang-kurangnya 2 lorong pergi dan balik, jalannya perlulah dibahagi dengan median (median maksudnya ada pembahagi jalan samada guardrail, barrier, raised kerb dan ditanam rumput/pokok renek di tengah-tengahnya, dan lain-lain).

R4 & U4 - Halaju paling tinggi dibenarkan untuknya adalah 90km/j (rural) & 70km/j (urban). Ia merupakan jalan utama di dalam sesebuah negeri, Ia biasanya jalan masuk ke bandar utama di dalam negeri atau penghubung dari kawasan penempatan ke kawasan bandar. Ia juga seharusnya mempunyai 2 lorong pergi dan balik dan mempunyai median.

R3 & U3 - Halaju maksimum 70km/j (rural) & 60km/j (urban). Untuk urban, ini adalah jalan utama untuk ke kawasan perindustrian, kawasan taman perumahan, dan kawasan perniagaan. Manakala bagi rural pula, ini mungkin jalan utama ke pekan, Ia juga mempunyai median, ia boleh dibuat 2 lorong namun biasanya 1 lorong pergi dan balik.

R2 & U2 - Halaju maksimum 60km/j (rural) & 50km/j (urban). Ini adalah keperluan minimum untuk jalan 1 lorong pergi dan balik, fungsinya sama seperti R3 & U3, namun halajunya lebih rendah dan jalan ni tiada kawalan masuk (access control) seperti traffic light. Jalan ni tidak perlu median. Biasanya jalan masuk ke Felda menggunakan jalan jenis ini.

R1 & U1 - Halaju maksimum 40km/j (rural dan urban). Ini adalah jalan di dalam taman atau jalan di dalam kampung. Biasanya jalan ini dibuat tanpa garisan jalan, namun harus diingat peraturan tetap tertakluk ke atasnya, jika ditanya berapakah halaju jalan kampung atau taman, 40km/j.




Ulasan

Awanama berkata…
salam..saya pelajar kejuruteraan awam(environmental)..saya nk buat fyp tp saya ada masalah untuk mencari tajuk..ada sebarang cadangan?terima kasih..
Unknown berkata…
Biasanya kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan kampung dibawah KPLBW. PBT menyelenggara jalan dalam taman dan bandaran. Terdapat juga jalan2 kampung yang diselenggara oleh syarikat konsesi dibawah pengawasan kerjaan negeri. Sebagaimana di Johor, Infra Desa Johor Menyelenggara jalan2 kampung di Seluruh Johor. Di Johor, Jalan kampung di beri nombor bermula dgn JK diikuti 4 digit no cth. JK2246 dsb

Catatan popular daripada blog ini

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar??

Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya??

Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive.

Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... SETIAP …

Premix

Kaedah membuat asas jalan (roadbase) hampir sama dengan kaedah subbase, cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase. Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A (Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah.



Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase, makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fungsi Base c…

Pembetung (Part 1)

Pembetung (ejaannya pembetung bukan pembentung) atau dalam bahasa inggerisnya culvert telah lama digunakan oleh orang purba untuk mengalirkan air... Maksud pembetung ialah saliran air berongga yg digunakan untuk mengalirkan air samada air bersih atau kumbahan... Biasanya org dulu menggunakan buluh...sebab itu wujud perkataan Buluh Betung... tetapi perkataan betung jarang digunakan sebab bukannya orang faham pun....

Dalam istilah kejuruteraan, pembetung ini biasanya mempunyai 2 kegunaan....pertama untuk sistem kumbahan dan kedua untuk perparitan.... Pembetung dlm jurutera pula lbh khusus kpd saliran air bwh tanah shj...

Di malaysia terdapat 2 jenis pembetung yg sering digunakan dalam perparitan......yg pertama pembetung paip, yg kedua pembetung kekotak... Biasanya kedua2nya diperbuat dari konkrit..kenapa konkrit?? Sistem perparitan biasanya terletak di tepi2 jalan dalam bentuk longkang.... apabila parit ini terpaksa merentasi jalan.....parit2 ini biasanya bertukar dari bentuk longkang ke…