Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pengurusan Projek

MERANCANG BANDAR (Perlaksanaan) Part 3

Salam, Di sini kita telah sampai ke peringkat pembinaan projek, di mana sebelum sesuatu projek boleh dimulakan ia hendaklah melalui satu proses lagi iaitu proses tender. Jika kita perhatikan dalam bab yang lepas,  Merancang Bandar (Building Plan) , di akhir bab itu ada satu proses di mana QS akan memasukkan harga bagi projek tersebut. Harga akan dimasukkan untuk setiap item dalam BQ atau Bill of Quantity, contohnya konkrit G20, berapa banyak diperlukan untuk keseluruhan projek, besi Y12, BRC A6, sekadar menyebut beberapa contoh. Dari mana QS dapat mengira kuantiti keseluruhan bahan-bahan tersebut? Dari lukisan pembinaan yang diserahkan kepadanya. Selepas QS menyiapkan BQ, BQ akan dimasukkan dalam kontrak dokumen. Biasanya kontrak dokumen mengandungi 4 bahagian. 1) Lukisan Pembinaan 2) Bill of Quantity, 3) Spesifikasi 4) Agreement and Conditions of Contract 1) Lukisan pembinaan akan disiapkan oleh semua konsultan, MnE dan CnS 2) Bill of Quantity mengandungi 2 bahagian ...

MERANCANG BANDAR (Building Plan) Part 2

Ini adalah sambungan kepada artikel saya yang lepas yang bertajuk  MERANCANG BANDAR (Kebenaran Merancang) , dalam artikel yang lepas saya ada menyatakan bahawa untuk dalam perancangan sesebuah pembangunan, tidak kira samada pembangunan kawasan perumahan, bandar dan lain-lain lagi, ada 4 konsep pembangunan yang perlu diikuti :- 1) Konsep 2)  Perincian dan Atas Kertas 3) Pembinaan 4) Pasca Kontrak Biasanya, konsep 1 dan 2 dikenali sebagai Pra-Kontrak atau lebih popular denngan nama In-pipeline, saya telah tulis artikel mengenai konsep dalam artikel pertama dimana akhirnya KM atau Kebenaran Merancang akan dihantar kepada Majlis Perbandaran Tempatan setelah semuanya dipersetujui dan diakui. Seperti saya perkatakan dalam awal akhir bab yang lepas, setelah KM DLP diluluskan, saya akan melantik Arkitek, Konsultan CnS, Konsultan MnE dan QS. Tujuan mereka adalah untuk memperincikan lukisan Building Plan yang kemudian akan diterjemahkan menjadi Lukisan Pembinaan. Arkitek akan...

MERANCANG BANDAR (Kebenaran Merancang)

Salam semua, Setelah lama membincangkan mengenai teori konkrit, jalan dan semua berkenaan pembinaan, kita akan masuk ke bahagian baru yang dinamakan pembangunan atau development. Kebanyakan dari kita tidak tahu bagaimana sesuatu tanah dibangunkan. Banyak kita lihat sekarang bangunan tumbuh bagai cendawan namun kebanyakan dari kita tidak memahami kaedah bagaimana dari mula, apakah kelulusan yang diperlukan sehingga bangunan tersebut diserahkan kepada pemilik, atau lebih mudah rumah taman kita, bagaimana proses pemaju membangunkan tanah tersebut. Secara dasarnya, ada 4 konsep pembangunan 1) Konsep 2) Perincian & Atas Kertas 3) Pembinaan 4) Pasca Kontrak. Untuk memahamkan anda, saya andaikan saya mempunyai tanah seluas 1000 ekar untuk dibangunkan. Apa yang perlu dibuat oleh saya untuk membangunkan tanah tersebut. Berikut adalah senarai semaknya :- 1) Konsep LANGKAH PERTAMA (konsep pembangunan) Baik, pertama saya perlu membuat perancangan dengan teliti apakah daya pen...

JANGKAAN MASA PROJEK

Salam..... Saya selalu melihat jurutera baru yang bekerja dengan pihak kontraktor atau pemaju yang akan ditugaskan untuk membuat 'Project Planning' atau perancangan projek. Ini kerana tugas ini agak menyusahkan dan ia memerlukan kerja paperwork yang agak rumit. Biasanya, untuk projek JKR, JKR akan meminta perancangan projek samada diberikan dalam bentuk Microsoft Project atau Primevera atau program-program lain, saya rasa sekarang ni dah banyak klien yang akan meminta dibuatkan perancangan projek ini  . Apabila ditugaskan oleh pihak majikan dan apabila kita 'jurutera muda' bertanya, 'bagaimana nak buat?' jawapan cliche yang akan diberikan oleh majikan kita adalah, 'buat je, nanti kat site bukan ikut pun...., just nk tunjuk kat client je...'. Ini adalah jawapan biasa sebelum tender diserahkan kepada pihak klien atau JKR.  Selepas projek dikurniakan kepada kontraktor, kontraktor biasanya akan revise semula project planning tersebut, dan tugas ini ak...