Salam.....
Saya selalu melihat jurutera baru yang bekerja dengan pihak kontraktor atau pemaju yang akan ditugaskan untuk membuat 'Project Planning' atau perancangan projek. Ini kerana tugas ini agak menyusahkan dan ia memerlukan kerja paperwork yang agak rumit. Biasanya, untuk projek JKR, JKR akan meminta perancangan projek samada diberikan dalam bentuk Microsoft Project atau Primevera atau program-program lain, saya rasa sekarang ni dah banyak klien yang akan meminta dibuatkan perancangan projek ini . Apabila ditugaskan oleh pihak majikan dan apabila kita 'jurutera muda' bertanya, 'bagaimana nak buat?' jawapan cliche yang akan diberikan oleh majikan kita adalah, 'buat je, nanti kat site bukan ikut pun...., just nk tunjuk kat client je...'. Ini adalah jawapan biasa sebelum tender diserahkan kepada pihak klien atau JKR.
Selepas projek dikurniakan kepada kontraktor, kontraktor biasanya akan revise semula project planning tersebut, dan tugas ini akan kembali kepada jurutera projek. Itu tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalahnya adalah bagaimana kita ingin membuat perancangan projek sekiranya kita tidak tahu anggaran kerja, anggaran kerja ini pula kita akan tanya kembali kepada majikan atau senior. Jawapan yang diberikan oleh mereka juga berdasarkan anggaran. Itu tidak salah sebenarnya, kerana mungkin pengalaman mereka akan memberikan masa anggaran kerja yang agak tepat. Namun, anggaran adalah mengikut individu. Kita sebagai jurutera bagi negara yang akan membangun, R&D ADALAH SALAH SATU ELEMEN UNTUK NEGARA/BANGSA BERJAYA.....,
Saya amat terkejut apabila bekerja dengan sebuah syarikat negara matahari terbit yang maju yang amat mementingkan perancangan projek dan ketelitian sumber apabila kita membuat perancangan projek. Mungkin anda kurang faham jika saya terangkan begini, saya beri contoh; Jika kita ingin membuat sebuah bangunan 10 tingkat, kita hanya akan menganggarkan tingkat 1 akan siap dalam masa 3 minggu, tingkat atas sehinggalah tingkat 10 mungkin 2 minggu akan siap satu tingkat. Tetapi bagi mereka, mereka mahukan sumber yang lebih teliti, contohnya, berapa pekerja akan diletakkan, berapa meter kiub konkrit diperlukan, besi, formwork, apa mesin yang akan digunakan, adakah kedudukan mesin tersebut akan mengganggu trafik/pergerakan kontraktor lain.
Sepanjang saya kerja di tapak, sejak menjadi jurutera tapak cum site supervisor, konsultan dan pemaju, saya ada nota yang saya simpan. Sebuah buku nota yang saya beli dari tahun 2004 (tahun pertama saya bekerja), buku itu masih ada di tangan saya sekarang, saya masih menjadikan buku itu sebagai rujukan walaupun pada hemat saya ilmu saya sekarang berbanding 2004 dah banyak improved. Artikel ini juga ditulis berdasarkan diary tersebut yg saya jadikan rujukan, pada saya buku ini buku diary construction saya...
Sewaktu saya menulis diary ini, saya akan catatkan semua ilmu mengenai tapak pembinaan, dan saya rasa saya perlu kongsikan dengan semua apa yang saya tulis. Sekiranya terdapat kesilapan fakta saya akan perbetulkan sehinggalah hari ini, jadi di sini saya akan berikan serba sedikit mengenai anggaran masa bekerja bagi tred-tred tertentu di tapak.
Antara isi yang ada dalam diary saya ini adalah anggaran masa bekerja bagi tred2 tertentu yang mungkin berguna bagi pembaca jika ingin membuat sebuah perancangan projek.
Bagi kerja-kerja pembinaan asas,
Untuk kerja-kerja besi = 175kg/man-day
Untuk membuat formwork/acuan = 0.5manhour/luas(dalam meter persegi)
Kerja-kerja bata = 5 manhour/luas (dalam meter persegi)
Bagaimana menggunakan formula di atas:-
Untuk kerja-kerja besi, anda pelu tahu untuk sesuatu elemen itu disiapkan, (e.g. Pilecap, footing, ground beam, ground slab) berapa kg besi digunakan, (Biasanya kuantiti ni boleh didapati dalam BQ) cth :-
Pilecap = 2000kg (Ada 10 pilecap)
Man-day = 2000/175 = 11.42 man-day.
11.42 man-day = katakan 12 man-day.
Anda boleh letakkan 12 man dalam 1 day = 12 x 1 = 12 manday. atau,
anda boleh letakkan 4 man dalam 3 day = 4 x 3 = 12 manday.
Kalau anda tak tau nk letakkan berapa pekerja, boleh tanya sub kontraktor. Itu yg biasa saya buat.
Untuk kerja2 formwork/acuan bata atau pun sama, pertama kene tahu luas formwork yang akan dipasang oleh pekerja, selepas tu gunakan kaedah di atas untuk mengira.
1st floor slab & beam = 350m2
Manhour = 350m2 x 0.5manhour/m2
Manhour = 175 manhour.
Kalau anda letakkan 5 man, ia boleh habis dalam 35 jam = 5 man x 35 hour = 175manhour.
Kalau 1 hari bekerja 8 jam, bermaksud mereka berlima boleh habiskan dalam masa 5 hari.
Perhatian : Ini semua adalah anggaran saya sahaja, seandainya anda menerima nasihat yg lebih baik dari ini silakan, dan mungkin anda juga boleh berkongsi dengan saya.
Saya rasa konkrit x perlu manhour atau manday kot sebab biasanya konkrit ni kerja satu hari je.....
Satu lagi isi dalam buku saya adalah bagaimana nak order batu bata. Ada sebabnya kenapa perlu dikira, tujuan dikira adalah supaya :-
1. Anggaran untuk bata sampai adalah bertepatan dengan waktu kerja dibuat, jangan dah habis bata di site baru nak order.
2. Boleh kalau nk order banyk2, tapi mana nak letak dalam site, klu ada tempat xpe, klu xde teruk jugak.
Kaedahnya :-
1. Kira kawasan yang akan dibatu-batakan dalam meter persegi.
2. dah dapat kalikan dengan 45. (untuk wall 150mm, klu 230mm kalikan dengan 2)
3. bahagikan dengan 600
4. Dapatla berapa palet patut diorder.
Cth :-
Untuk satu unit rumah luas permukaan yang perlu dibatu-batakan adalah 120m2
120m2 x 45 = 5400 batu bata diperlukan
5400/600 = 9 pallet.
Jadi untuk satu rumah anda hendaklah meletakkan 9 pallet batu-bata.
x tau apa tu pallet, dibawah ni adalah gambar untuk pallet batu-bata.
Untuk pengorekan tanah menggunakan excavator pula,
Jentera yang menjadi rujukan saya adalah mesin Hitachi bersiri EX, walaupun terdapat bermcm jenis dah sekrang, tetapi zaman saya dulu Hitachi EX mmg popular, jadi kalau site tuan gunakan jenis lain tu minta maaflah.
Bagaimana nk tau satu bucket excavator boleh kaut berapa banyak tanah?
Ada 2 cara :-
1. Ambil no. brand excavator tersebut cth Hitachi EX200, bahagikan dengan 232
Cth :- EX200/232 = 0.86m3 sekali kaut.
2. Pergi dekat bucket tu, kira kelebaran dia, kuasakan 3.
Cth :- lebar bucket 0.96m = 0.96m kuasa 3 = 0.88m3 sekali kaut.
Biasanya satu excavator akan menggunakan 4 atau 5 bucket untuk memenuhkan sebuah lori dan masanya adalah 20-30 saat untuk tanah yang SPT test diantara N4 sehingga N10.

Ulasan
Dulu aku lebih concentrate dengan design waktu study. Tapi waktu dah kerja banyak pula involve dengan project management.
Nama saya Leeky Michin, sedang menuntut di salah sebuah university di Perancis dalam bidang Bahasa.
Abang dan adik saya, termasuk saya sekali, kami ada perancangan untuk membina semula rumah keluarga kami yang didirikan atas jasa mendiang bapa saya. Jadi dalam perancangan ini, saya bertanggungjawab untuk membuat plan rumah yang baru.
Sebagai salah seorang yang akan membiayai projek ini, saya ingin mengetahui kos untuk membeli batu bata merah dan bagaimana mengira jumlah bata secara optimum untuk mengelakkan pembaziran. Saya sertakan di sini plan rumah yang telah saya buat secara ringkas.
Disamping dengan itu, saya juga mempunyai soalan tentang ketinggian rumah yang akan kami bina. Di dalam plan, tinggi dinding rumah adalah 4 meter, saya tidak pasti adakah ketinggian ini terlalu tinggi atau kurang. Pada pendapat saudara?
Tinggi dinding = 4 meter
Panjang dinding = 13 meter
Lebar dinding = 9 meter
Berikut adalah plan kasar rumah yang kami bersetuju untuk bina dan jika etrdapat lebihan kos, berkemungkinan besar saiz rumah akan diubah.
terima kasih
Catat Ulasan
Terima Kasih untuk setiap ulasan.