Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2009

Premix

Kaedah membuat asas jalan (roadbase) hampir sama dengan kaedah subbase, cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase. Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A (Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah.



Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase, makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fungsi Base c…