Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Santai...

Sekali lagi maafkan saya kalau post kali ni berlainan sedikit dari post yang biasa. Ia adalah manifestasi kepada apa yang telah saya pelajari samada dalam kehidupan saya sebagai jurutera dan juga sebagai manusia. Terkadang kita selalu menggunakan logik akal dalam memikirkan sesuatu. Itu tidak salah sebenarnya? malahan ia bagus, terutama bagi Jurutera, logik akal memang sangat memainkan peranan dalam kehidupan harian. Tapi kadang-kadang logik akal tersebut terbawa-bawa sehinggakan ia bukan sahaja melibatkan profession, tapi turut sama melibatkan kehidupan harian dan pegangan hidup. Sebagai bidang profession melibatkan sains, walaupun kita meyakini akan wujudnya tuhan, tetapi akibat kelemahan akal kita berfikir membuatkan kita termangu-mangu apabila diajukan dengan persoalan "adakah wujudnya tuhan?". Memang semua orang Islam mahu menjadi seperti Abu Bakar As-Siddiq sewaktu Nabi Muhammad S.A.W selamat sampai dari Isra' dan Mi'raj. Baginda menceritakan kisah ini kepad