Baru-baru ini saya ada melawat satu kawasan perumahan yang dikatakan berasaskan islamik, sebenarnya saya juga ada memikirkan konsep ini sejak sekian lama dahulu, namun biasalah, saya bukanlah arkitek dan saya pun bukanlah seorang yang kaya ingin membangunkan konsep perumahan Islamik tersebut, namun impian sekadar impian.
Berdasarkan pemerhatian saya, konsep perumahan Islamik yang dijalankan oleh pemaju tersebut hanyalah retorik semata-mata, ia lebih kepada konsep bagaimana komuniti perumahan tersebut dapat menerapkan nilai-nilai islamik dalam komuniti mereka setelah kawasan perumahan tersebut siap, bukannya nilai-nilai tersebut dimasukkan sejak awal-awal lagi dalam rekaan sesebuah rumah.
Berdasarkan pemerhatian saya, konsep perumahan tersebut direka dan dibangunkan berdasarkan konsep perumahan biasa seperti perumahan yang lain2. Idea asal untuk mewujudkan komuniti islamik, memang telah diamalkan dalam mana-mana komuniti dalam Malaysia. Saya juga berharap agar satu hari nanti kita boleh membangunkan satu standard 'Rumah mesra syariah' dimana, rumah /atau kawasan perumahan tersebut mempunyai ciri-ciri yang dikatakan mesra syariah.
Antara konsep-konsep atau penerapan konsep patuh syariah adalah :-
1. Masjid atau surau hendaklah terletak di tengah2 kawasan perumahan, dan ia juga hendaklah menjadi ibupejabat Joint Management Body (JMB), selain ibu pejabat pusat komuniti. Kawasan taman dll, juga boleh diwujudkan di sekeliling kawasan masjid/surau.
2. Setiap rumah hendaklah mempunyai speaker yang dihubungkan terus ke sepaker Surau supaya waktu azan dapat didengari oleh semua isi rumah, hubungan antara surau dan rumah dapat dilakukan melalui wireless atau wire connection. Selain azan, ceramah-ceramah agama juga dapat dedenngari oleh semua isi rumah, dan isi rumah boleh mengawal kekuatan/buka/tutup melalui suis di rumah. Di Masjid/Surau juga boleh memilih samada speaker luar/dalam atau rumah atau kesemua sekali berdasarkan keperluan.
3. Setiap rumah hendaklah menyediakan satu ruang solat jemaah seisi keluarga, ruang jemaah ini hendaklah mempunyai susunan tiles mengarah ke kiblat. Ruang ini hendaklah diatur supaya pintu masuk/keluar terletak di belakang kiblat. Ruang/bilik ini juga hendaklah mempunyai ruang untuk wudhu'
4. Bilik air hendaklah berada di setiap bilik (sekiranya mampu) untuk mengelakkan percampuran aurat, sekiranya rumah tersebut terdiri dari bukan muhrim.
5. Setiap Bilik air hendaklah mempunyai tandas bertutup dan dibezakan dan mempunyai kepala paip jenis 'waterfall spout faucet' setinggi paling kurang 600mm dari aras lantai untuk memudahkan wudhu' sekiranya terdapat ahli keluarga yang uzur dan tidak dapat solat berjemaah sekali.
6. Bahagian belakang rumah hendaklah ditutup supaya tidak nampak aktiviti2 dalam rumah, Ini dapat memudahkan kaum wanita menjalankan kerja-kerja rumah , spt menyidai kain tanpa menutup aurat. Antaranya adalah mengadakan tembok setinggi 2 meter dan bumbung terus ke rumah.
7. Pintu hadapan rumah yang tidak menghadap jalan/pagar rumah. Mungkin menghadap bahagian tepi dengan sedikit kawasan foyer untuk mengelakkan pandangan terus ke rumah. Ini memudahkan isteri menghantar suami ke pintu tanpa dilihat oleh orang dijalanan.
8. Cermin satu hala, cermin ini diletakkan di bahagian foyer rumah, untuk memudahkan isi rumah memerhatikan tetamu, namun tetamu tidak dapat melihat isi rumah.
9. Meletakkan tap jenis waterfall spout faucet di hadapan pintu untuk membasuh kaki dan sekiranya terdapat tetamu yang ingin berwuduk sebelum masuk ke rumah.
10. Mereka rumah yang mempunyai 2 ruang tetamu bagi memudahkan pembahagian tetamu muslimin dan muslimat sekiranya pemilik ingin mengadakan majlis2 tertentu (rumah terbuka/tahlil). Paip dinyatakan dalam item 9 tadi juga bertujuan untuk tetamu yang ingin mengambil wudhu sebelum masuk ke rumah. Bagi rumah tidak bandung/separa bandung (cth semi-d/banglo), rumah mempunyai 2 akses untuk tetamu muslimin & muslimat.
11. Menyediakan pintu atau dinding sesekat dinatara dapur dan ruang tetamu, ini untuk mengelakkan tetamu ajnabi nampak apa yang berlaku di dapur sewaktu proses penyediaan kudapan kepada tetamu.
12. Bilik air dalam rumah hendaklah diatur sebaik mungkin agar tidak menghadap/membelakangi kiblat,
13. Bilik air yang mempunyai tandas & paip wudhu' juga hendaklah mempunyai sesekat/kicker untuk mengelakkan air dari kawasan tandas memasuki kawasan wudhu'.
Berikut merupakan cadangan saya sekiranya kita ingin mewujudkan rumah mesra syariah, namun ini hanyalah sekadar cadangan, kelulusan penuh hendaklah bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa tempatan, ini adalah kerana sebahagian dari syarat2 ini tidak seiring dengan kehendak undang2 akibat keselamatan dll.

Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih untuk setiap ulasan.