Langkau ke kandungan utama

Konkrit (part 4)

Peringkat ketiga ; (2 jam sehingga 12 jam seterusnya)

Penerangan Secara Mudah : Pada waktu ini sepatutnya konkrit telah diletakkan dalam acuan dan tidak lagi diganggu kerana pada waktu inilah konkrit akan memasuki satu peringkat dipanggil pengkristalan. ‘Ganggu’ dalam erti tiada bahan ditambah masuk seperti air, simen atau acuan diubah.

  • Walaubagaimanapun, suhu amat amat penting pada waktu ini. Sebabnya, sila lihat penerangan secara saintifik. Agak komplikated nak diceritakan di sini. Namun pada waktu inilah suhu konkrit kembali meningkat. (jangan risau pasal alkali, kali ni OK)…
  • Seperti saya katakan dalam bab part 1 , sekiranya suhu meningkat, konkrit akan mengalami dehidrasi dan kandungan air akan hilang seterusnya konkrit mengecut dan meretak. Memang ini biasa terjadi di mana-mana tapak pembinaan.
  • Saranan saya, seandainya anda menjadi penyelia (penyelia termasuklah jurutera residen, jurutera tapak dll) sewaktu membuat konkrit terbuka besar-besaran spt; lantai, bumbung. Arahkan 2/3 pekerja berjaga pada sela masa 2 sehingga 12 jam selepas konkrit dibancuh. Fungsi mereka ??? Apabila rekahan mula terjadi, arahkan mereka menyapu dengan sudip bata atau peralatan yang sesuai supaya rekahan kembali tertutup. Ini cara terbaik untuk mengelakkan air terdehidrasi dengan kadar yang lebih banyak melalui rekahan tersebut. Atau cara lain, gunakan bahan kimia yang dipanggil ‘moisture barrier’ atau ‘susu’ mengikut kata pekerja kontrak kerana warnanya yang seakan-akan putih susu. Bahan kimia ini akan di’spray’ ke atas konkrit selepas 2 jam konkrit dibancuh dengan menggunakan alatan rumah biasa samada alat penyembur racun galas belakang atau penyiram pokok bunga. Cuma pastikan bahan kimia itu serata ke semua bahagian konkrit. Satu ingatan akhir, cuba sebaik-baiknya elakkan konkrit terkena hujan/suhu panas dengan menutup dengan plastik atau pape jela. Pengalaman saya, saya pernah membuat khemah yang saya kira khemah terbesar di dunia (hehe…), di mana saya menutup permukaan konkrit dengan plastik kanvas ditempah khas. Plastik kanvas pulak saya gantung di tengah2nya dengan kren 50tan (bukan sebab plastic tu berat tapi sebab boom (lengan) yang lebih panjang). Cuma nasib baik kitaorang x buat barbeku je kat situ…

Penerangan Secara Saintifik ; Kristal yang dipanggil calcium hidroksida inilah yang membuatkan konkrit mengeras hasil gabungan ion kalsium(Ca) dan ion hidroksida (OH) seperti yang dibincangkan dalam peringkat pertama tadi.

  1. Anda semua perasan tak waktu simen bercampur dengan air ,takpe kita recap balikla :

    Tricalcium silicate+Air --->Dicalcium silicate hydrate+Calcium hydroxide+Haba2 Ca3SiO5 + 7 H2O ---> 3 CaO.2SiO2.4H2O +3 Ca(OH)2 +173.6kJ
  2. Apa yang terjadi apabila simen yang mana salah satu komponennya adalah Tricalcium Silicate (ada banyak lagi komposisi seperti gypsum dll buat masa ni kita akan bincangkan yang ini dulu, yang membentuk kekuatan konkrit, OK) bila bercampur dengan air, akan terjadi Calsium Silicate Hydrate, Calcium Hidroksida dan Haba. Calsium hidroksida jadi Kristal dan menyebabkan konkrit keras, haba seperti yang ketahui seperti sebelumnya akan terbebas. Apa jadi pada Dikalsium Silicate Hydrasi ??? Jawapannya, selepas pesanan penaja.

    3CaO.2SiO2 + 5H20 ---> 3CaO. 2SiO2.4H2O + Ca(OH)2 + 56 kJ
  3. Inilah yang akan terjadi pada dikalsium silikat hidrasi di mana sekali lagi proses ini berulang menjadi kristal konkrit(Ca(OH)), haba dan Dikalsium silikat hidrasi. Ini bermakna proses ini akan bermula 2 jam selepas konkrit dibancuh dan suhu akan kembali meningkat (namun x setinggi kali pertama). Proses ini akan berulang-berulang-berulang sehinggalah habisnya samada dikalsium silikat atau air atau kedua-duanya. Kebiasaannya, dikalsium silikat yang habis dulu, sebab tulah bila kita sandar kat dinding konkrit kita akan rasa sejuk kerana konkrit masih lagi mempunyai kandungan air. Nisbah air biasanya akan dilebihkan kerana selain berfungsi sebagai agen hydrolisis ia juga bertindak sebagai pelincir untuk memudahkan konkrit membentuk dalam acuan.
Satu fakta menarik ; Saki baki dicalcium silicate akan terus bergabung dengan air selagi masih ada walaupun memakan masa bertahun, dan selagi itulah kekuatan konkrit akan terus bertambah dan bertambah namun pada kadar yang perlahan tidak seperti 28 hari yng pertama sehinggalah proses ini berhenti.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
mcm mane nk tau pasal bilangan hentakan slump test ngn bil tuk cube
Muhammad Firdaus berkata…
Kalau nak tau bil utk cube JKR 1 untk 7 hr dan 2 utk 28 hari. Kalau nak tau lbh lanjut bg e mail.
Tanpa Nama berkata…
nk tanye..em,ape kelebihan ujian runtuhan
ujian runtuhan/slump adalah utk mengetahui kebolehkerjaan.Maksudnya,mudahnya konkrit memasuki acuan.Kalau tinggi runtuhannya, maksudnya kandungan air-simen kurang dari batuan,maka susahla ia mengalir dlm konkrit.Klu rendah,mungkin air-simen bnyk,mudahla ia memasuki acuan.Tetapi,bnyk air berbanding batuan menyumbang kpd kelemahan konkrit.
Tanpa Nama berkata…
boleh tak bagi saya penerangan bumbung konkrit serta kegunaannya.
Tanpa Nama berkata…
sekiranya slump test gagal, perlu wt bancuhan sekali lagi ka atau wt ujian lain selain slump test spt cube test.lps tu tiba2 cube test ni plk lulus..prlu gna yg slump test ka or cube test?
Muhammad Firdaus berkata…
Slump test tiada kaitan dgn cube test... Cube test untuk kekuatan, manakala slump test utk pengaliran konkrit...seandainya ujian kali kedua slump pn gagal, ia x boleh dibuktikan dgn cube test wpn cube test lulus.
dindirvana77 berkata…
Disini saya ingin bertnya kenapa strength 28hari Kadang2 down sedangkan 7hari mencecah strength yg sebenar? Apakah punca tersebut?

Catatan popular daripada blog ini

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar?? Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya?? Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive. Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... S

Premix

Kaedah membuat asas jalan ( roadbase ) hampir sama dengan kaedah subbase , cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase . Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A ( Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah. Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase , makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fungs

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Lean Concete G10 (Biasa digunakan sebagai konkrit melepa, tidak mempunyai kekuatan untuk menanggung beban) G10 ( 1 : 3.92 : 5.62) Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 169kg 12.5 mm Aggregate : 112kg River sand : 196kg Total water :  44liter Fresh concrete density: 2398 Kg/M 3 G20 banyak digunakan untuk bangunan2 kecil, rumah setingkat, dll G20 ( 1 : 2.48 : 3.55)  Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 107 kg 12.5 mm Aggregate : 71 kg River sand : 124 kg Total water : 28 liter Admixture : 350gram dimasukkan dalam simen (admixture bertujuan untuk menambah kebolehkerjaan konkrit) Fresh concrete density: 2430 Kg/ M 3 G25 banyak digunakan untuk bangunan-bangunan tinggi, sperti lebih dari setingkat dan mungkin juga digunakan di bangunan-bangunan tinggi. G25 ( 1 : 2.28 : 3.27) Cement : 50 Kg 20 mm Aggregate : 98 kg 12.5 mm Aggregate : 65.4 kg River sand : 114 kg Total water : 27.5 liter Admixture : 300 gram Fresh concrete density: 2414 Kg/ M 3 G30 ban