Langkau ke kandungan utama

Konkrit (Part III)

Peringkat kedua ini dipanggil peringkat dorman. Untuk penerangan lanjut bacalah kat bawah ni :-

Peringkat kedua; (15 minit sehingga lebih kurang 2 jam)

Penerangan Secara Mudah; Peringkat kedua dipanggil peringkat lengai, konkrit akan nampak sedikit kering pada waktu ini, tapi sekiranya nisbahnya betul jangan ditambah air.

"Tapi kalau tidak ditambah air susahla nak buat kerja?"

"Kalau kering penatla nak tarik konkrit".

Masalah ini boleh diatasi dengan menambah simen dan kemudian tambah air mengikut nisbah simen untuk 1/2 air. contohnya :-

Apabila ditambah simen satu beg (50kg) tambah air lebih kurang 25 liter.

Lepas tu, ulang balik dari langkah 1 (bancuh selama 15 minit bla..bla..bla)

Pada waktu inilah (15 minit sehingga 2 jam) konkrit paling sesuai dituang ke dalam acuan. ada 2 sebab :

Pertama ; Waktu ini suhu konkrit akan menurun.

Kedua ; Waktu ini konkrit akan kelihatan bentuk fleksibel

Penjelasan Saintifik ; Peringkat kedua dipanggil peringkat lengai, dimana pada proses hydrolysis yang diterangkan tadi (tricalcium silicate bercampur air) mula memperlahankan rentaknya. Pada waktu ini keadaan paling sesuai dimana konkrit sesuai dibentuk, diletakkan dalam acuan atau dituang memandangkan suhunya yang rendah (± suhu persekitaran), kandungan alkali yang rendah dan masih dalam bentuk plastik.

Ulasan

Awanama berkata…
kalo nk tipu konkrit mcm mane
Muhammad Firdaus berkata…
Kalau nak tipu waktu bila tu???

Catatan popular daripada blog ini

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar?? Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya?? Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive. Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... S

Premix

Kaedah membuat asas jalan ( roadbase ) hampir sama dengan kaedah subbase , cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase . Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A ( Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah. Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase , makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fu

Apakah ISO 9001?

Syarikat yang diakreditasikan dengan ISO9001 biasanya akan menggunakan pensijilan itu untuk menunjukkan bahawa syarikat tersebut telah mempunyai pensijilan sistem pengurusan kualiti yang mematuhi kepada ISO 9001. Tetapi adakah pembaca faham apakah maksudnya jika sekiranya sesebuah syarikat/organisasi mempunyai pensijilan ini. Apakah gunanya, dan apakah yang terjadi setelah dipersijilkan? Kenapa Sesebuah Syarikat Perlu Diakreditasikan dengan ISO9001 Sesebuah syarikat yang mempunyai sistem pengurusan kualiti yang baik boleh menaikkan dan mempamerkan kredibiliti untuk mendapat projek-projek pembinaan. Klien atau pemilik projek mempunyai projek dengan ciri-ciri yang perlu untuk memenuhi kehendak kualiti mereka. Kehendak kualiti ini biasanya diterjemahkan dalam bentuk kontrak dokumen. Jadi untuk memastikan bahawa sesebuah projek yang dijalankan oleh sesebuah kontraktor mematuhi kepada kehendak kualiti mereka, mereka perlulah memastikan bahawa syarikat tersebut mempunyai Sistem Penguru