Langkau ke kandungan utama

IBS

Terima kasih kepada pinkwaterlily kerana bertanyakan soalan berkenaan IBS dan fuel ash,
  1. Sebenarnya saya kurang didedahkan dengan seminar atau kursus-kursus berkenaan IBS, namun seingat saya IBS telah lama digunakapakai di Malaysia sebelum istilah IBS itu sendiri terhasil. Antara produk paling popular adalah Reinforced Earth Wall atau boleh juga dikenali Anchored Earth Wall, selain precast beam dll sekadar mencatatkan dua contoh di sini. Teknik pembuatan 'kering' (pembuatan kering atau 'dry construction method' ini diberi gelaran sedemikian terutama kerja-kerja melibatkan konkrit/bata kerana kerja yang melibatkan penggunaan air di tapak) ini dapat menyingkatkan masa pembinaan kerana biasanya bahan yang sampai di tapak telah dibentuk mengikut lukisan pembinaan yang telah diberi kepada pembekal sejak awal lagi. Biasanya proses pembinaan IBS adalah seperti berikut; (ia mungkin berubah mengikut bahan IBS yang ingin digunakan, ini cuma berdasarkan pengalaman saya sahaja;)
  2. Saya cuba berikan kronologi aliran pembinaan (di sini saya berikan contoh pembekal/sub kontraktor RE Wall)
  • Lukisan Pembinaan akan dihantar kepada pembekal/sub-kontraktor untuk menunjukkan kehendak dan konsep asal pembinaan
  • Shop drawing(biasanya Lukisan Pembinaan tidak akan menunjukkan secara terperinci atau hanya ditulis di lukisan itu 'to refer manufacturer detail' ini bermakna pembekal/sub kontraktor akan memajukan lukisan yang lebih terperinci atau digelar shop drawing ) akan dimajukan ke jurutera konsultan untuk kelulusan. Shop drawing biasanya dibuat hanya bahagian kerja yang menjadi skop kerja pembekal/subkontraktor itu sahaja seperti contoh ; Sebuah syarikat kontraktor A dilantik untuk membina sebuah bangunan di tepi sebuah bukit. Bukit itu terpaksa dipotong dan cerunnya dikawal dengan meletakkan RE Wall, kontraktor A tiada kepakaran dalam RE Wall. Dia melantik sub-kontraktor B yang pengalaman 10 tahun dalam RE Wall, jadi sub-kontraktor B hendaklah membuat shop drawing hanya untuk cerun itu sahaja berdasarkan kehendak kontraktor utama A.
  • Bersama-sama Shop drawing biasanya pembekal/sub-kontraktor akan menunjukkan cara pembinaan, aturan, bilangan pekerja, masa pembinaan dll.
  • Setelah kelulusan diperolehi, pembekal/sub-kontraktor akan memulakan kerja mengikut skopnya. Biasanya, kerja-kerja yang melibatkan IBS tidak memerlukan pekerja yang ramai, ini adalah kerana konsep pasang siap yang diamalkan membolehkan setiap panel disiapkan di kilang dan dibawa ke tapak dan dipasang.
  • Ramai yang kurang arif mengenai konsep IBS ini (atau yang tidak terlibat dengan kejuruteraan awam) ini mengatakan konsep 'lego' ini merbahaya kerana dikatakan boleh diragukan kualitinya. Kalau kita fikir common sense pun, dah namanya pasang siap. Pendapat saya, konsep IBS ini tiada beza dengan konsep konvensional dari segi ketahanan, kekuatan. Apa yang penting, kerjasama.. hehe taklah. Yang penting sekali, pengawasan di tapak. Saya bagi contoh, dua tapak pembinaan yang sama, satu guna kaedah konvensional dan satu lagi guna IBS. Yang guna konvensional tiada pengawasan kerana terlalu ramai pekerja, 10 pekerja tengah konkrit, 10 pekerja pulak tengah pasang batu-bata, 10 pekerja lagi tengah pasang jubin. Macamana kumpulan konsultan nak jaga kualiti semua sekali dalam masa yang sama.... Lebih teruk kalau Projek Jangka Cepat (fast-track project), yang mana setiap kerja ada aturannya. Lepas Lantai > Orang nak pasang tiang pulak tunggu > pastu nak pasang bumbung pulak tunggu. Jadi waktu ini kualiti dah x boleh diambil kira lagi secara terperinci lagi.Kalau ya pun, prosedur untuk reject, menjadi agak rumit kerana bahan yang telah terpasang ingin ditanggalkan memakan masa, pekerja dan lain-lain kos tersenbunyi, bak kata orang kampung 'kerja dua kali, kerja bodo'. Kita berbalik pada konsep IBS, kerja konsultan jadi mudah, kerana inspection dijalankan sewaktu panel sampai, seandainya ada kecacatan, bahan tersebut boleh ditolak (reject) dari atas lori lagi sebelum diturunkan. Kerja pemasangan juga agak mudah dan memakan masa yang singkat. Tapi harus diambil perhatian, apabila menggunakan terlalu banyak IBS dalam sesuatu projek, akan ramai pembekal/sub-kontraktor yang terlibat, apabila ramai pihak yang terlibat akan terjadilah bermacam-macam karenah, terutama dari segi perancangan, koordinasi dll. Ini disebabkan masing-masing dengan kepakaran masing2. Aku x faham apa yang ngkau buat, ngkau pun x paham apa yang aku buat, jadi pertegangan lidah sering terjadi. Ini memerlukan, kontraktor utama yang berpengalaman di samping meletakkan Pengurus Projek yang berpengalaman luas dalam mengawal, merancang dan menyelia. Sebab itulah ia dipanggil industrial building SYSTEM.
  • Pasal Fuel Ash nanti saya akan terangkan kalau ada kesempatan di lain masa. Terima Kasih.

Ulasan

fidash berkata…
yup....saya rasa, sistem penggunaan IBS di malaysia ni masih kurang pendedahan lg jika dibandingkan di luar negara, contoh terdekat adalah di singapore..kita masih ragu2 lagi tentang penggunaan sistem IBS ini berbanding sistem konvensional yg biasa digunakan di tapak...
Muhammad Firdaus berkata…
Mungkin ada betulnya cakap awak, tetapi untuk setiap produk baru yg diperkenalkan, item paling utama adalah kosnya. Saya beri contoh, untuk menggunakan system formwork, di Singapore harga untuk design system formwork dan harga untuk membeli plywood lebih kurang harganya. Jadi pada mereka lebih baik menggunakan system formwork (IBS) kerana liability akan ditanggung oleh designer dan harganya lebih kurang. Tetapi di Malaysia, pengeluar kayu, harga untuk membeli set plywood jauh lebih murah untuk mengaplikasikan system formwork. Jadi kos penjimatan dapat dilakukan dgn lebih banyak di situ.
Muhammad Firdaus berkata…
Tidak dapat dinafikan kerajaan amat menggalakkan penggunaan IBS di dalam pembinaan, tetapi seandainya penggunaannya mengakibatkan harga sesebuah bangunan melambung tinggi, terutama bangunan kerajaan, ia akan melibatkan penggunaan duit rakyat yg berlebihan. Di satu pihak kita dapat aplikasikan teknologi baru, di satu pihak lagi kita kerugian banyak wang. Yg mana lebih baik, melainkan ada penggunaan IBS yang boleh menguntungkan.
fidash berkata…
Tetapi kalau ikut sekarang..Harga kayu juga amat tinggi...jadi jika menggunakan sistem IBS, penggunaan kayu dapat dijimatkan..selain itu...penjimatan masa juga dapat dilakukan,dan ini dapat menguntungkan pihak kontraktor..
Muhammad Firdaus berkata…
mumgkin juga. sebab saya pun dah lama x follow up dgn harga barangan tempatan. Satu lagi sebab adalah mungkin kurangnya penguatkuasaan. Kalau IBS, semuanya perlu design oleh Ir, endorsement oleh Ir. Ini menyebabkan kontraktor perlu harga design yg agak mahal, tetapi kalau kayu, dia cuma perlu ikut template berdsrkan pengalaman dulu, kalau konsultan supervision mengetatkan undang2, semua design x kira samada IBS atau kayu perlu endoresement dari jurutera professional, mungkin kontraktor lebih prihatin.
mie-zhan berkata…
nak tnya sikit, kat luar negara, negara manakah yg dah lama menggunakan konsep IBS ? selain singapore... TQ kwan2..
Muhammad Firdaus berkata…
Kalau ditaip IBS dan cari dlm internet, memang x jumpa sebab IBS kalau x silap hanya diaplikasi di Malaysia. Tetapi kalau kita cari konsep bangunan yang diindustrikan di luar dan dibawa opasang di tapak dah ada bnyk di US, UK dan negara2 maju lain.
rhairul berkata…
Salam..Saja tambah.. Kebanyakkan negara Eropah,amerika utara,amerika selatan,australia,UAE,Jepun,Hong Kong,China,India,Korea,Thailand,Filipina malah Indonesia telah mengkomersilkan system Pra-tuang atau perkataan mesranya "Pre-Cast system" dalam pelbagai jenis projek pembangunan.Product precast di malaysia yang common dan boleh digelar IBS adalah Hollowcore slab,half slab,column,beam,jacking pipe,culverts,u-drain sahaja.Maknanya ia universal dan standard.. Manakala utk wall,stump,balcony,dan lain2 masih dalam peringkat kajian terutama dari segi kos.Boleh bertukar info dgn saya.. email kpd rizal@floodlitesb.com.my atau rhairulazalia@gmail.com. rizal. No tel 0125559499 www.floodlitesb.com.my
rhairul berkata…
Syrkt tempat saya bekerja skrg ni membuat steel moulds utk precast system.Market terbesar kita di Malaysia dan Singapura (kebanyakkan projek singapore).Selain tu pernah supply U.S,australia,hongkong,jepun,thailand.

Catatan popular daripada blog ini

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar?? Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya?? Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive. Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... S

Premix

Kaedah membuat asas jalan ( roadbase ) hampir sama dengan kaedah subbase , cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase . Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A ( Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah. Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase , makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fungs

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Lean Concete G10 (Biasa digunakan sebagai konkrit melepa, tidak mempunyai kekuatan untuk menanggung beban) G10 ( 1 : 3.92 : 5.62) Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 169kg 12.5 mm Aggregate : 112kg River sand : 196kg Total water :  44liter Fresh concrete density: 2398 Kg/M 3 G20 banyak digunakan untuk bangunan2 kecil, rumah setingkat, dll G20 ( 1 : 2.48 : 3.55)  Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 107 kg 12.5 mm Aggregate : 71 kg River sand : 124 kg Total water : 28 liter Admixture : 350gram dimasukkan dalam simen (admixture bertujuan untuk menambah kebolehkerjaan konkrit) Fresh concrete density: 2430 Kg/ M 3 G25 banyak digunakan untuk bangunan-bangunan tinggi, sperti lebih dari setingkat dan mungkin juga digunakan di bangunan-bangunan tinggi. G25 ( 1 : 2.28 : 3.27) Cement : 50 Kg 20 mm Aggregate : 98 kg 12.5 mm Aggregate : 65.4 kg River sand : 114 kg Total water : 27.5 liter Admixture : 300 gram Fresh concrete density: 2414 Kg/ M 3 G30 ban