Langkau ke kandungan utama

KONKRIT (Part 2)

Di sini saya akan cuba menerangkan penerangan secara mudah dan penerangan secara saintifik tentang apa yang terjadi di setiap peringkat pengerasan konkrit. Disini juga saya menyediakan peringatan di akhir setiap peringkat kerana ramai yang tidak mengetahui bahayanya konkrit pada keadaan tertentu.

Peringkat Pertama ; (0 – 15 minit setelah air ditambah ke dalam simen)

Penerangan Secara Mudah; Peringkat ini merupakan peringkat paling kritikal sewaktu pembentukan konkrit. Aggregate hendaklah dimasukkan dahulu, kemudian simen dan akhir sekali air. Masukkan menurut sukatan yang betul.


Kebanyakan dari penggunaan biasa akan menggunakan sukatan 1:3:6 (G15) untuk bancuhan biasa. Bancuhan ini boleh digunakan untuk lantai yang disokong oleh tanah dengan bantuan BRC (besi jejaring) namun tidak digalakkan untuk struktur asas seperti tapak bangunan, tiang, beam(rasuk) dan lain-lain struktur asas.Ini adalah kerana campuran konkrit ini jarang diambil kira oleh jurutera sewaktu pengiraan struktur bangunan. G15 lebih banyak digunakan sebagai pelapik untuk mengelakkan konkrit gred yang lebih tinggi dari bersentuhan dengan tanah.

Kembali kepada cerita asal, pada waktu ini air akan bercampur dengan simen dan membebaskan haba paling tinggi dan kandungan alkali yang cukup tinggi. Biarkan konkrit berputar dalam mesin pembancuh selama 15 minit atau lebih (biasanya kaedah ini kurang disukai oleh pembancuh konkrit kerana katanya air akan ‘hilang’ sekiranya terlalu lama dalam mesin pembancuh, dan kononnya konkrit juga akan kelihatan ‘kering’ sewaktu dituang ke dalam acuan, saya akan terangkan kemudian). Haba yang tinggi itu juga menyebabkan konkrit mengalami proses dehidrasi, namun satu ingatan, sekiranya konkrit telah dibancuh pada kadar yang betul seperti di atas, elakkan air dicampur (walaupun kelihatan ‘kering’ atau ke’hilang’an air).

Apa akan terjadi sekiranya konkrit dicampur kurang dari 15 minit ??? Konkrit tetap akan mengalami proses ke’hilang’an air walaupun konkrit dibancuh kurang 15 minit. Dan lebih bahaya sekiranya dalam peringkat pertama ini konkrit telah diletakkan dalam acuan kerana proses dehidrasi akan terjadi dan membuatkan konkrit mengecut dan meretak.

Penerangan Secara Saintifik ; Peringkat ini merupakan peringkat paling kritikal sewaktu pembentukan konkrit. Sejenis bahan kimia dalam konkrit yang dinamakan tricalcium silicate (Ca3SiO5) yang dicampur dengan air (H20) akan membebaskan amaun ion kalsium (siapa nak tulang yang kuat bolehla), ion Hidroksida (OH-) dan tenaga haba yang paling tinggi pada waktu ini. Seperti yang kita ketahui ion hidroksida ialah ion alkali, maka pH pada waktu ini boleh mencecah >12.

Tricalcium silicate+Water--->Calcium silicate hydrate+Calcium hydroxide+heat
2 Ca3SiO5 + 7 H2O ---> 3 CaO.2SiO2.4H2O +3 Ca(OH)2 +173.6kJ


Perhatian Keselamatan :Adalah dinasihatkan cuba elakkan bersentuhan dengan konkrit pada waktu-waktu kritikal ini, terutamanya kepada yang membuat projek-projek kecilan seperti menambah belakang rumah,buat tandas yang mana konkrit dibancuh pada kadar yang kecil dengan menggunakan pembancuh simen.(atau cuba galakkan penggunaan sarung tangan walaupun campurannya cuma segenggam simen). Biarkan simen, batu, pasir dan air berpusing dalam pembancuh selama 15 minit atau lebih. Apa yang terjadi sebenarnya adalah, ion air (H20) sedang mengurai kepada ion hidroksida (OH-) .

Seterusnya, saya akan ceritakan apa yang terjadi dalam peringkat ke-dua pembentukan konkrit.

Ulasan

siamangagap berkata…
assalamualaikum.testing komen
Awanama berkata…
suka cerita konkrit ni
Unknown berkata…
salam tuan.... boleh ke tuan hurai bancuhan motar untuk ikat bata, kiraan bata dinding dan bancuhan motar untuk plaster dinding.

terima kasih

Catatan popular daripada blog ini

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar?? Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya?? Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive. Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... S

Premix

Kaedah membuat asas jalan ( roadbase ) hampir sama dengan kaedah subbase , cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase . Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A ( Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah. Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase , makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fu

Apakah ISO 9001?

Syarikat yang diakreditasikan dengan ISO9001 biasanya akan menggunakan pensijilan itu untuk menunjukkan bahawa syarikat tersebut telah mempunyai pensijilan sistem pengurusan kualiti yang mematuhi kepada ISO 9001. Tetapi adakah pembaca faham apakah maksudnya jika sekiranya sesebuah syarikat/organisasi mempunyai pensijilan ini. Apakah gunanya, dan apakah yang terjadi setelah dipersijilkan? Kenapa Sesebuah Syarikat Perlu Diakreditasikan dengan ISO9001 Sesebuah syarikat yang mempunyai sistem pengurusan kualiti yang baik boleh menaikkan dan mempamerkan kredibiliti untuk mendapat projek-projek pembinaan. Klien atau pemilik projek mempunyai projek dengan ciri-ciri yang perlu untuk memenuhi kehendak kualiti mereka. Kehendak kualiti ini biasanya diterjemahkan dalam bentuk kontrak dokumen. Jadi untuk memastikan bahawa sesebuah projek yang dijalankan oleh sesebuah kontraktor mematuhi kepada kehendak kualiti mereka, mereka perlulah memastikan bahawa syarikat tersebut mempunyai Sistem Penguru