Projek Raw Water Transfer Tunnel Pahang Selangor (Terowong Pengalihan Air Mentah) merupakan satu lagi projek 'engineering marvelous' dalam negara kita. Banyak yang dapat kita pelajari di sepanjang projek pembinaan ini.
Projek yang telah dirancang sejak 1990-an lagi (menunjukkan jurutera Malaysia dan Arkitek Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mempunyai visi yang tinggi dalam penyediaan air ke Lembah Klang), namum mula divisualisasi pada 2014.
Ia dikatakan boleh membawa air sebanyak 1.890 juta liter air sehari. (Untuk rekod, purata rakyat lembah Klang menggunakan 200 liter air, antara yang tertinggi di rantau ini, jadi projek ini dapat memberi bekalan air tambahan kepada 10,000 penduduk sahaja).
Air mentah (tidak dirawat) akan diambil dari Sungai Semantan di Pahang dan akan dibawa melalui terowong sepanjang 44.6 kilometer (sejauh perjalanan dari Klang ke Kajang) dan akan dikeluarkan di Hulu Langat untuk dirawat oleh SYABAS dan dibekalkan ke orang awam di Lembah Klang. Ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah kekurangan air di Lembah Klang, namun mengurangkan masalah banjir yang sering berlaku di Pahang dengan mengalihkan air dari hulu Sungai Pahang iaitu Sg. Semantan ke terowong air ini.
Sedikit fakta mengenai Raw Water Transsfer Tunnel :

- Sepanjang 44.6 km dari Sg. Semantan ke Langat.
- Berdiameter 5.2meter (selebar 1 setengah lorong jalan raya
- Permukaan batuan adalah berkekuatan 50 - 200 Mpa (ukuran kekuatan, konkrit bangunan biasanya berkekuatan 20-25 Mpa)
- Batuan yang perlu ditebuk adalah batuan Metasedimentary (yang agak lembut) di Pahang berbanding Granite di banjaran Titiwangsa dan Selangor.
- Perlu diingat bahawa air yang dialirkan kedalam terowong ini tidak dipam atau mempunyai paip, air akan terus mengalir dengan free-flow sebagaimana kita lihat pergerakan air dalam longkang. Jadi untuk menggerakkan air ini, terowong ini perlulah dibuat dengan meninggikan aras sewaktu masuk (inlet) dan aras keluarnya (outlet) rendah untuk memudahkan air bergerak.
- Berkecerunan 1/2000 (maksudnya setiap 2000m atau 2 km air akan turun 1 meter, jadi di sepanjang perjalanannya dari Sg. Semantan sepanjang 44.6 km, air akan flow turun sebanyak 22 meter secara semulajadi seperti diterangkan dalam item no. 3.
- Apabila beroperasi kelak, air akan dibekalkan dalam 26cumecs atau pada kelajuan 1m/s atau 40km/hj . Ini bermakna apabila air tersebut masuk dari inlet di Sg. Semantan, Pahang ia akan keluar di Langat, Selangor 1 jam kemudian.......
Kalau kita lihat dalam gambarajah di atas, ada menunjukkan TBM dan NATM, Adit, Apakah ia ?
TBM (Tunnel Boring Machine)
TBM adalah singkatan bagi Tunnel Boring Machine, ia biasa digunakan di Malaysia untuk kerja2 PUTRA LRT underground, SMART Tunnel, dan MRT (dalam pembikinan), fungsinya mudah, ia cume berpusing dan mata pemotongnya akan memotong batuan dan batuan akan dibuang ke belakang mesin. Dalam projek ini sebanyak 3 TBM digunakan dan kelajuannya dalam drill batuan adalah sepanjang 10m - 40meter sehari bergantung kepada kekerasan batuan.
NATM (New Austrian Tunneling Method)
NATM bukanlah mesin, tetapi ia adalah kaedah membuat terowong menggunakan kaedah control blasting dimana satu mesin drill seperti dalam gambar di bawah akan masuk dahulu......
Ia akan mengorek lubang berdiameter 2 inci di permukaan batuan, mungkin bilangan lubang yang dikorek adalah banyak (lebih dari 10), setelah lubang dikorek, alat letupan akan dimasukkan dan batu akan diletupkan. Hanya orang berkemahiran sahaja tahu dimana hendak letak bahan letupan supaya bentuk letupan akan menjadi bulat atau 'horseshoe' shape. Ini dinamakan 'control blasting'.
Setelah batuan hancur, mesin pengorek akan masuk dan mengorek batuan dan batuan akan dibawa keluar untuk dibuang, proses seterusnya akan berlaku. Apa yg istimewanya tentang NATM ini adalah ia dikatakan konsep 'Design-as-you-go' iaitu setelah permukaan batuan diletupkan, jurutera akan masuk dan membuat ujian serta menyatakan apakah rawatan sesuai untuk batuan tersebut supaya ia tidak runtuh. Biasanya mereka akan menanam dowel atau besi pendek ke dalam permukaan batuan sebagai pasak. Namun ada juga yang menyembur shotcrete tetapi tidak menggunakan pasir, sebaliknya menggunakan fiber untuk mengelakkan rebound.
Apakah rebound? Rebound adalah batuan atau pasir yang jatuh kembali apabila shotcrete ditembak ke permukaan batuan. Biasanya pasir akan jatuh kembali apabila shotcrete ditembak.....
ADIT
ADIT adalah pintu untuk access ke dalam terowong tersebut, pintu access tersebut digunakan untuk memasukkan mesin atau mengeluarkan batuan di sepanjang terowong tersebut. Oleh karana terowong tersebut terlalu panjang maka ADIT disediakan. Untuk projek ini, ada 4 ADIT disediakan, 2 di Pahang dan 2 di Selangor.
yg berwarna brown itulah Adit. manakala di depan dan belakang adalah inlet dan outlet.
Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih untuk setiap ulasan.