Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase, makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fungsi Base course adalah :-
This layer plays a prominent role in the support and dispersion of the traffic loads.
Lapisan ini memainkan peranan yang penting sebagai penanggung dan pengurai beban trafik.
Sama kan maksudnya macam saya tulis kat atas tadi?
Roadbase mestilah terdiri dari campuran batuan dan pasir dan debu jugak sikit2, macam crusherun dalam gambar dlm artikel sebelumnya. Batuan fungsinya sebagai penanggung beban, pasir sebagai pengisi ruang dan kelodak/habuk sebagai pengikat. Kalau terlalu banyak batuan, mungkin beban boleh ditanggung tapi tiada ikatan diantara batuan jadi segitiga macam gambarajah di atas susah dibentuk. Kalau pasir sahaja, pun ikatan segitiga macam diatas susah dibentuk dan beban x boleh ditanggung, begitu juga kalau kelodak/habuk sahaja, mungkin juga segitiga di atas boleh dibentuk tapi x bnyk beban yang boleh ditanggung dan mungkin roadbase akan mendap sekiranya dikenakan beban yang tinggi. Di sini saya akan bagi gambar do’s and don’ts waktu kerja-kerja penghamparan lapisan roadbase. Gambar di bawah adalah don’ts.
Nak tau kenapa don’ts? Pertama permukaan atasnya terdiri dari batuan saja, jadi tiada ikatan antara batuan tersebut. Boleh tertanggal bila2 masa sahaja, dan bawahnya pulak hanya ada batuan halus, kelodak atau habuk. Macamana saya tau bawah tu ada batuan halus? Kerana saya ada mata Superman….hehe. x lah, kerana habuk, debu dan kelodak x telap air(kalau x percaya tengok tanah liat, air x telapkan? Kerana tanah liat diperbuat dari gumpalan debu), jadi perasan x di bawah lapisan batuan di atas ,air bertakung di bawahnya, kerana air cuma telap di atas, bila kita alihkan batuan di atas, tadaaaaa…pecah tembelang..air bertakung. Ini dalam bahasa omputih dipanggil segregation atau pemendapan di mana debu jatuh ke bawah, batu kasar di atas. Jadi macamana permukaan roadbase paling baik sekali…tengoklah di bawah ini….
Haaa…cantikkan? Semua ada, batuan batuan kasar diikat dengan pasir, dan debu. Oleh itu, batuan x akan tertanggal kalau kenderaan lalu di atasnya.Jadi, kalau nak jaga permukaan roadbase supaya batuan x tercabut waktu kenderaan lalu…buatlah macam ni. Cantikkan??? Well….ok. kita pindah ke proses seterusnya.
Habis spray, bermulalah proses premix atau menurap jalan. Biasanya, proses penurapan jalan akan menggunakan mesin penurap (paver machine) macam dalam gambar kat bawah ni.
Pernah tgkkan mesin ni? Macamana dia berfungsi? Mula-mula lori akan tuang premix (panggilan kepada campuran batu aggregate dan minyak bitumen) ke dalam paver hopper. Tu yang dalam gambar di atas yang mangkuk ada premix dalam dia tulah namanya paver hopper.
Pastu, mesin paver tu akan bergerak ke depan sambil premix akan lalu kat dalam perut mesin tu dan akan keluar kat belakang macam dalam video kat bawah ni. Arasnya (level) akan dikawal scr automatik di mana acuan perata di belakang paver tersebut akan naik setinggi ketebalan mana yang kita mahu.
Bila dah kuar kat belakang dia tu, dia dah cantik ditarik oleh mesin tu di bahagian belakangnya. Levelnya pn dah ditarik cantik je.
Tau x berapa suhunya waktu tu. Lebih kurang 150 darjah celcius. Panas ooooo……….Jadi kalau Nampak baru turun dari lori tu, tgh berasap u janganlah gatal2 nak pegang. Boleh melecur tangan. Letak air pn blh mendidih. Tunggu 4 jam baru ok suhu dia. Kalau x percaya, tgk gambar ni, thermometer ni dicucuk sejurus selepas mesin tu menarik premix.
Tgk skala yang dalam tu yg Celcius, yg luar tu farenheit.
To be continued………..
ccv…..(dalam bhs jepun)
Ulasan
Cth tebal 150mm, jadi luasnya 2.67m2.
Concrete
For each layer of asphaltic concrete,
compaction by rolling shall
commence as soon after laying as the
material will support the rollers
without undue displacement;
nevertheless the temperature of
asphaltic concrete at the
commencement of rolling shall be
not less than 110ºC.
tq
Premix adalah nama panggilan sahaja, saya rasa di Malaysia sj yg panggil premix, manakala Asphalt Concrete bukanlah ia bermaksud ada simen, kerana maksud concrete adalah campuran yang mengandungi batuan. Asphalt adalah sejenis concrete, concrete pun sejenis concrete. Simen dan asfalt hanyalah alat pelekat batuan.
dgn cement bound material roadbase?
Boleh ke?
Iman
Iman
Nak tanya..untuk buat premix parking lot yang tidak menampung kenderaan2 berat, nisbah yang saya gunakan kat bawah ni boleh x?
Crusherrun = 150mm
ACBC = 50mm
ACWC = 50mm
Thanks
ingin bertanya...
macm mane nk kira kuantiti untuk buat 1 jalan, contohnya yg sya bar tahu...
primex : 2.3tan/m3
macm mana pula dengan :
pasir :
Crusher run :
Bituminous prime coat RC70@MC70
Bitumen emulsion Type SS-1K @ Rs- 1k
ape perbezaan dan bagaimana pengunaan nya
Cmne nk dapatkan PCN 50?Campuran?Lapisan ketebalan setiap layer?
Berapa isi meter padu lori mixer 6ton?
-Dan berapa beg simen perlu di isi?
Terima kasi
Sy nak minta bantuan .. Macam mana nak buat angaran jika 8ft x 8ft x 8ft struktur dari asas pad hingga ke rasuk atas??
Catat Ulasan
Terima Kasih untuk setiap ulasan.