Langkau ke kandungan utama

Premix

Kaedah membuat asas jalan (roadbase) hampir sama dengan kaedah subbase, cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase. Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A (Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah.



Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase, makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fungsi Base course adalah :-

This layer plays a prominent role in the support and dispersion of the traffic loads.

Lapisan ini memainkan peranan yang penting sebagai penanggung dan pengurai beban trafik.
Sama kan maksudnya macam saya tulis kat atas tadi?

Roadbase mestilah terdiri dari campuran batuan dan pasir dan debu jugak sikit2, macam crusherun dalam gambar dlm artikel sebelumnya. Batuan fungsinya sebagai penanggung beban, pasir sebagai pengisi ruang dan kelodak/habuk sebagai pengikat. Kalau terlalu banyak batuan, mungkin beban boleh ditanggung tapi tiada ikatan diantara batuan jadi segitiga macam gambarajah di atas susah dibentuk. Kalau pasir sahaja, pun ikatan segitiga macam diatas susah dibentuk dan beban x boleh ditanggung, begitu juga kalau kelodak/habuk sahaja, mungkin juga segitiga di atas boleh dibentuk tapi x bnyk beban yang boleh ditanggung dan mungkin roadbase akan mendap sekiranya dikenakan beban yang tinggi. Di sini saya akan bagi gambar do’s and don’ts waktu kerja-kerja penghamparan lapisan roadbase. Gambar di bawah adalah don’ts.



Nak tau kenapa don’ts? Pertama permukaan atasnya terdiri dari batuan saja, jadi tiada ikatan antara batuan tersebut. Boleh tertanggal bila2 masa sahaja, dan bawahnya pulak hanya ada batuan halus, kelodak atau habuk. Macamana saya tau bawah tu ada batuan halus? Kerana saya ada mata Superman….hehe. x lah, kerana habuk, debu dan kelodak x telap air(kalau x percaya tengok tanah liat, air x telapkan? Kerana tanah liat diperbuat dari gumpalan debu), jadi perasan x di bawah lapisan batuan di atas ,air bertakung di bawahnya, kerana air cuma telap di atas, bila kita alihkan batuan di atas, tadaaaaa…pecah tembelang..air bertakung. Ini dalam bahasa omputih dipanggil segregation atau pemendapan di mana debu jatuh ke bawah, batu kasar di atas. Jadi macamana permukaan roadbase paling baik sekali…tengoklah di bawah ini….

Haaa…cantikkan? Semua ada, batuan batuan kasar diikat dengan pasir, dan debu. Oleh itu, batuan x akan tertanggal kalau kenderaan lalu di atasnya.Jadi, kalau nak jaga permukaan roadbase supaya batuan x tercabut waktu kenderaan lalu…buatlah macam ni. Cantikkan??? Well….ok. kita pindah ke proses seterusnya.

Proses seterusnya dipanggil priming coat. Satu proses spray minyak ke atas permukaan batuan roadbase di atas supaya permukaan tersebut kalis air, sebelum apa2 lapisan berbitumen dihamparkan diatasnya. Video di bawah menunjukkan bagaimana proses spraying dibuat. Tapi, hati2 kalau nampak orang tgh spray ni, jgn pergi dekat. Partikel halusnya kalau masuk ke dalam hidung boleh menyesakkan pernafasan. Balik umah migraine 2-3 hari. X percaya cubalah?



Habis spray, bermulalah proses premix atau menurap jalan. Biasanya, proses penurapan jalan akan menggunakan mesin penurap (paver machine) macam dalam gambar kat bawah ni.


Pernah tgkkan mesin ni? Macamana dia berfungsi? Mula-mula lori akan tuang premix (panggilan kepada campuran batu aggregate dan minyak bitumen) ke dalam paver hopper. Tu yang dalam gambar di atas yang mangkuk ada premix dalam dia tulah namanya paver hopper.


Pastu, mesin paver tu akan bergerak ke depan sambil premix akan lalu kat dalam perut mesin tu dan akan keluar kat belakang macam dalam video kat bawah ni. Arasnya (level) akan dikawal scr automatik di mana acuan perata di belakang paver tersebut akan naik setinggi ketebalan mana yang kita mahu.

Bila dah kuar kat belakang dia tu, dia dah cantik ditarik oleh mesin tu di bahagian belakangnya. Levelnya pn dah ditarik cantik je.
Tau x berapa suhunya waktu tu. Lebih kurang 150 darjah celcius. Panas ooooo……….Jadi kalau Nampak baru turun dari lori tu, tgh berasap u janganlah gatal2 nak pegang. Boleh melecur tangan. Letak air pn blh mendidih. Tunggu 4 jam baru ok suhu dia. Kalau x percaya, tgk gambar ni, thermometer ni dicucuk sejurus selepas mesin tu menarik premix.

Tgk skala yang dalam tu yg Celcius, yg luar tu farenheit.

To be continued………..
ccv…..(dalam bhs jepun)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
suhu yg paling elok waktu pemadatan ape die
Muhammad Firdaus berkata…
Mengikut kajian yg dilakukan oleh pakar2, suhu paling baik waktu pemadatan adalah 140 deg.
kadri azmi berkata…
cmne kite nk dptkan tan premix satu2 patch tu..contohnye kalo saiz dia 5.0m x 2.0m x 0.1m, tq
Biasanya tan/m3 terdapat dalam design mix. Dalam bulk specific gravity...biasanya 2.3tan/m3.
Tanpa Nama berkata…
teruskan menulis... tapi dinasihatkan lebih serius dalam penulisan dan penggunaan bahasa... sekian.
Muhammad Firdaus berkata…
saya menulis dalam bahasa mudah dan bahasa penggunaan harian...minta maaf sekiranya ada lenggok bahasa yang agak menyinggung sesetengah pihak.
Unknown berkata…
salam...ape site dan material testing yang perlu dibuat sebelum kerja-kerja boleh diteruskan?
Muhammad Firdaus berkata…
Maksudnya?? Site testing & mterial testing ke?
Tanpa Nama berkata…
apakah nisbah campuran premix yang betol2 ikot standard spesifikasi?????
Tanpa Nama berkata…
berapa anggaran keluasan kawasan bagi 1 tan premix biasa? ada kaedah kiraan tertentu?
Tanpa Nama berkata…
premix dikira fail berapa bacaan suhu?
Muhammad Firdaus berkata…
Nisbah campuran premix biasanya ada diberi dlm Spec, saya x blh bg nisbah umum sebab biasanya ada bermcm jenis premix, DBM, ACBC, ACWC, takut klu saya bg satu nisbah, nnt akan digunakan utk semua, tapi klu soalan tu dispesifikkan saya blh tlg skt.
Muhammad Firdaus berkata…
Biasanya 1 tan premix, lbh kurang 0.4m3. Cuma ambil ketebalannya, pastu blh dpt luasnya....
Cth tebal 150mm, jadi luasnya 2.67m2.
Muhammad Firdaus berkata…
Premix dikira fail suhu bawah 110 celcius.... tapi bila dh sampai 80, premix mmg dh x blh guna lgsg.
Tanpa Nama berkata…
maaf la yer premix nieee boleh guna atas pada suhu 90 celcius.....sapa kata tak boleh
Muhammad Firdaus berkata…
boleh..... JKR Spec bg tolerance utk reject di bawah 110 Celcius. Mcm saya bg komen di atas bawah 80 br dia dah berubah bentuk menjadi semi-plastic.
Mohamad Ridzuan berkata…
btOl tu... ikot spec jKr prEmiX x bLh dibawAh 110 C masa nak compek.... jd kenE la kOmpEk seBeLuom suhu 110.... jD kaLo dah 90 C kene koRek n buaNg la.... toK ProjEk jKR....
Tanpa Nama berkata…
Compaction of Asphaltic
Concrete
For each layer of asphaltic concrete,
compaction by rolling shall
commence as soon after laying as the
material will support the rollers
without undue displacement;
nevertheless the temperature of
asphaltic concrete at the
commencement of rolling shall be
not less than 110ºC.
minah 3 suku berkata…
o tq2... nmpakanya sy ley jwb soalan pnyelia sy ptg nnt..
Tanpa Nama berkata…
terima kasih.. sangat banyak membantu
Tanpa Nama berkata…
Salam..jus nak tnya apa yang boleh dibuat untuk premix waste..sesuai digunakan di mna??
tq
Admin berkata…
Premix waste sesuai kalau dibuat hardcore....biasanya x sesuai kalau nak dibuat construction balik.
Tanpa Nama berkata…
kt mane nak beli asphalt thermometer tu?
Tanpa Nama berkata…
ape beza dbm n bmr?
Admin berkata…
Asphalt termometer boleh dibeli di kedai2 kek yang menjual termometer julat suhu 0-200 celcius.sebab kek pun menggunakan julat suhu yang sama.
Admin berkata…
BMR adalah sejenis DBM. Biasanya layer akan dinamakan layer DBM. Tapi klu org tanya DBM (Dense Bituminous Macadam) type apa? barulah keluarnya BMR (Bituminous Macadam Roadbase), ada bnyk selain BMR, BML (Bituminous Macadam Levelling-biasa digunakan utk levelkan jalan), BMW (Bituminous mcadam wearing-utk jln2 kampung yg xde design spesifik dan x tanggung load yg berat)...
Tanpa Nama berkata…
ohhh..tq admin, admin ade experience dlm micro-surfacing technique for pavement rehabilitation x?
Admin berkata…
maaf...xde. kalau yg pernah bekerja dgn PLUS mungkin tahu.
Tanpa Nama berkata…
Apa isu yang timbul dalam penghantaran premix?
Tanpa Nama berkata…
Apa beza istilah Premix dengan concrete asphalt?
Admin berkata…
Sewaktu penghantaran premix biaanya jarak dan suhu memainkan peranan, jarak yg jauh akan menyebabkan suhu jatuh dgn cepat begitu juga dgn suhu (hujan, malam yg sejuk).

Premix adalah nama panggilan sahaja, saya rasa di Malaysia sj yg panggil premix, manakala Asphalt Concrete bukanlah ia bermaksud ada simen, kerana maksud concrete adalah campuran yang mengandungi batuan. Asphalt adalah sejenis concrete, concrete pun sejenis concrete. Simen dan asfalt hanyalah alat pelekat batuan.
Acheron Aversa berkata…
apa perbezaan antara roadbase (crusher run biasa)
dgn cement bound material roadbase?
Ahmad Adam berkata…
Kalau kat industri, isu suhu p'hantaran premix kerap berlakukah? begitu juga adakah cuaca terlampau panas akan merosakkan konkrit aspaltkah?
Admin berkata…
Crusher run biasa adalah campuran batuan sahaja, ia bersifat flexible, tapi kalau cement bound roadbase adalah boleh dikatakan concrete dgn campuran simen yg amat sedikit, mungkin 4% shj, jadi ia bersifat semi flexible dan semi rigid.
Admin berkata…
Isu suhu sewaktu penghantaran konkrit jarang berlaku seandainya masa menunggu premix di dalam lori adalah sebentar. Namun jika masa menunggunya panjang, ditambah dengan suhu yg sejuk...besar kemungkinan ia akan cepat sejuk. Cuaca yang terlampau panas tidak akan merosakkan konkrit kerana suhu konkrit boleh mencecah 160 darjah celsius. Yg merisaukan kita bukannya cuaca panas tetapi cuaca sejuk.
Acheron Aversa berkata…
admin,mcm mana kita nak tentukan no of passes utk compaction process for acwc by using tandem n tyre roller?
Tanpa Nama berkata…
admin,kalo x silap sy kte boleh dptkan nilai berape byk tan premix yg nak pakai daripada volume area yg nak dipave, kena darab dgn some nilai,boleh tlg explainkan?n adakah ia boleh dipakai juga utk dapatkan jumlah tan utk crusher run?
Tanpa Nama berkata…
Saya nampak kontraktor buat keje2 waktu hujan.
Boleh ke?

Iman
Muhammad Firdaus berkata…
Spesifikasi tidak menyatakan samada boleh atau tidak, tetapi secara peribadi, saya tidak menyarankan kerja2 dijalankan dalam hujan kerana minyak bitumen yang digunakan utk mengikat batuan akan di'displaced' dgn air, ini menyebabkan lama kelamaan potholes kerap terjadi.
Tanpa Nama berkata…
Terima kasih atas respon saudara. Kalau ada keraguan mengenai kesesuaian atau tidak melakukan kerja2 penurapan waktu hujan, lebih baik tidak melakukanya. Tak perlu bazir duit & tenaga. Saya rasa pihak2 yang berkenaan perlu lebih peka.Minggu lepas kontraktor telah menurap jalan didepan kilang saya waktu hujan. Minggu ini, jalan dah mula rosak!

Iman
Tanpa Nama berkata…
mcmana nak buat mix design?
Tanpa Nama berkata…
Pernah nampak kontraktor turap jalan semburkan air waktu nak compact.Boleh ker camtu?
Muhammad Firdaus berkata…
boleh. tapi mesti sewaktu suhu premix tu di bawah 80 degree. sebab waktu tu premix dah jadi x telap air.
bukan budak civil berkata…
Salam tuan admin,
Nak tanya..untuk buat premix parking lot yang tidak menampung kenderaan2 berat, nisbah yang saya gunakan kat bawah ni boleh x?
Crusherrun = 150mm
ACBC = 50mm
ACWC = 50mm

Thanks
Muhammad Firdaus berkata…
Based on design saya x tau. Tapi based on experience reasanya xda masalah. Cuma utk kenderaan ringan sahaja.
gaga berkata…
saya nak tanye,,,kat mana nk beli termometer utk on site checking?
Muhammad Firdaus berkata…
Awak boleh cari di kedai kek/pastry (ini serious), saya memang carinya di situ. Cari yg julat 0 - 250 celcius, yg digunakan untuk cucuk dalam kek/daging utk menentukan dia dah masak ke belum.
Tanpa Nama berkata…
sy agak konpius...sewaktu compact suhu premix mestila lebih 110c...tapi tuan cakap boleh disembur air waktu hndak compact janji suhu bawah 80c..sebab memang sy penah tengok kontraktor buat kerja sebelum compact lagi premis di sembur air dan seterusnye di compact dengan roller..musykil ni...
Muhammad Firdaus berkata…
Mungkin jawapan saya kat atas tu agak keliru...ok, sewaktu compact suhu mesti lebih 110C. (JKR Spec) Boleh ke sembur air waktu ni ? Boleh kerana air akan meruwap. Tapi jika suhu diantara 110-80, tidak digalakkan, kerana waktu ini premix telap air. Air akan masuk ke liang2 udara dan akan menyebabkan premix tertanggal pada masa depan. Pada waktu ini, hanya compact sahaja dibenarkan. Bawah dari 80, bergantungla, kalau nak sembur air pun boleh, tapi dah xde gunala.
Tanpa Nama berkata…
Tuan, saya trkjut mmbaca ulasan dari "Tanpa Nama 24.5.2010 9.06pg". Ilmu yg tuan bagi ni scra prcuma dn amt brfedah, tba2 dia plk mnympuk dn MENGARAH TUAN ikut slera dia. Spttnya kita sume brsykur krana msih ada mnusia mcm tuan ni sudi mnbur bkti. Tuan, teruskn mncrah ilmu kpd kmi yg mmrlukn. TERIMA KASIH2. zam.

Tanpa Nama berkata…
salam.....

ingin bertanya...

macm mane nk kira kuantiti untuk buat 1 jalan, contohnya yg sya bar tahu...

primex : 2.3tan/m3

macm mana pula dengan :

pasir :
Crusher run :
Tanpa Nama berkata…
lupe lagi 1...

Bituminous prime coat RC70@MC70

Bitumen emulsion Type SS-1K @ Rs- 1k

ape perbezaan dan bagaimana pengunaan nya
Tanpa Nama berkata…
Salam..
Cmne nk dapatkan PCN 50?Campuran?Lapisan ketebalan setiap layer?
Tanpa Nama berkata…
berapa diameter coring test yang standard sepatutnya.
Unknown berkata…
berapakah parameter stiffness yang digunakan oleh JKR? julat stiffness asphalt concrete yang paling baik berapa?
Tanpa Nama berkata…
Jika hari mula hujan semasa kerja pemadatan sedang dijalankan dengan jentera pemadat (roller), dan lori sedang menunggu untuk mencurahkan premix yang baru sampai ke tapak, nyatakan tindakan anda sebagai penyelia tapak.
Izinkan saya copy ke fb saya..terima kasih..
Izinkan saya copy ke fb saya..terima kasih..
Tanpa Nama berkata…
nak tanya. suhu hot mix di atas lori berapa ye. dan berapa kali mesti cek suhu dari loji ke site
Tanpa Nama berkata…
apakah jenis minyak yang digunakan semasa semburan??
Tanpa Nama berkata…
salam...nak tanya macam mana nak kira minggu kerja premix dijalanakan....???
Unknown berkata…
-Tumpang tanya
Berapa isi meter padu lori mixer 6ton?
-Dan berapa beg simen perlu di isi?
Terima kasi
Unknown berkata…
Maksud rs 1k tu apa
Unknown berkata…
Selepas pada tarik tar..kalo nk buat utk dptkn ketebalan itu dipanggil apa ya..quring atau quaring...nk dptkn ejaan dia
Unknown berkata…
Salam sejahtera admin ..
Sy nak minta bantuan .. Macam mana nak buat angaran jika 8ft x 8ft x 8ft struktur dari asas pad hingga ke rasuk atas??

Catatan popular daripada blog ini

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar?? Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya?? Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive. Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... S...

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Lean Concete G10 (Biasa digunakan sebagai konkrit melepa, tidak mempunyai kekuatan untuk menanggung beban) G10 ( 1 : 3.92 : 5.62) Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 169kg 12.5 mm Aggregate : 112kg River sand : 196kg Total water :  44liter Fresh concrete density: 2398 Kg/M 3 G20 banyak digunakan untuk bangunan2 kecil, rumah setingkat, dll G20 ( 1 : 2.48 : 3.55)  Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 107 kg 12.5 mm Aggregate : 71 kg River sand : 124 kg Total water : 28 liter Admixture : 350gram dimasukkan dalam simen (admixture bertujuan untuk menambah kebolehkerjaan konkrit) Fresh concrete density: 2430 Kg/ M 3 G25 banyak digunakan untuk bangunan-bangunan tinggi, sperti lebih dari setingkat dan mungkin juga digunakan di bangunan-bangunan tinggi. G25 ( 1 : 2.28 : 3.27) Cement : 50 Kg 20 mm Aggregate : 98 kg 12.5 mm Aggregate : 65.4 kg River sand : 114 kg Total water : 27.5 liter Admixture : 300 gram Fresh concrete density: 2414 Kg/ M 3 ...