Setiap jalan yang dibuat kebanyakannya mengikut kaedah pembinaan MacAdam dimana dilapisai dengan beberapa lapisan. Di bawah adalah lapisan paling biasa dibuat.
Apa fongsi setiap lapisan???? Lapisan paling bawah adalah lapisan subgrade iaitu lapisan tanah asal. Macam saya cakap sebelum ni…Lapisan tanah yang diuji mestilah mempunyai CBR biasanya melebihi 3% atau 5%. Bagaimana kalau uji banyak mana pun tetap fail(yakni kurang dari 3% atau 5%)? Contohnya macam tanah paya yang lembik, atau tanah lembab….sah2 fail dah tanah macam tu. Takkan nak buang semua tanah tu pastu ganti dengan tanah lain?Nak korek buang banyak mana? Jadi masalah untuk tanah macam ni dikepilkan bersama-sama dengan hasil laporan kajian tanah yang dinamakan Soil Investigation(biasanya akan dibuat sebelum masuk tapak) akan dihantar ke Jurutera Geoteknikal (Jurutera teknikal tanah), untuk dibuat kajian, rawatan apakah yang paling sesuai tanah(nanti saya bincangkan kalau ada masa tentang jenis-jenis rawatan) supaya tanah tu jadi kuat dan mampu menampung beban.
Permukaan tanah akan dipotong mengikut kecerunan jalan. Macam saya cakap dalam post Sejarah Jalan (2 oktober 2009, Jumaat) perenggan ke 11, kaedah pembinaan jalan MacAdam mempunyai kecerunan ke tepi jalan untuk mengalirkan air hujan. Jadi macamana nak buat jalan cerun ke tepi. Seandainya tanah telah lulus ujian kekuatan CBR, permukaan tanah boleh dibentuk dengan menggunakan sejenis mesin yang digelar mesin grader. Macam gambar di bawah.
Dia akan potong tanah mengikut kecerunan macam di bawah ni. Bilah tu memang sengaja disengetkan untuk menolak tanah ke tepi dan bilah boleh diangkat mengikut kecerunan. Biasanya 2.5% untuk jalan2 biasa tanpa korner. Macam kat bawah ni.(yang gambar atas tu gambar mesin grader tu tengah buat kerja lain tu)
Lepas tanah dah digradekan mengikut kecerunan macam gambar kat atas, jalan tu akan dilapisi dengan subbase(asas dasar-rujuk gambarajah di atas). Permukaan ini kadang2 diperlukan dan kadang2 subbase tidak diperlukan bergantung kepada rekaan ketebalan jalan. Subbase ini biasanya terdiri dari lapisan campuran batuan, pasir dan debu yang dipanggil crusher run.
Crusher run mempunyai campuran batuan dari yang terbesar 40mm sehinggalah ke saiz debu. Kalau nampak dalam bekas tu sebelah kanan dalam bekas tu ada batu saiz 40mm yang tepi2 pulak batu bersaiz kecil dan at tengah2 pasir dan debu. Ada jugak yang menggunakan quarry dust, macam dalam gambar kat bawah ni,
Quarry dust bersaiz lebih kecil juga mempunyai debu. Ramai jurutera yang berbeza pendapat tentang lapisan subbase menggunakan quarry dust ini, ada yang mengatakan x boleh digunakan, ada yang boleh. Tapi saya berpihak kepada boleh asalkan ujian yang dijalankan lulus. Ada juga yang menggunakan pasir sebagai subbase.Juga x salah menggunakan pasir, asalkan semua ujiannya lulus. Pasir x payah gambarla kot, semua dah tau macamana bentuknya.
Selepas crusherrun, quarry dust atau pasir dibuang ke tapak dengan menggunakan lori, backpusher (macam dalam gambar kat bawah ni) akan menolak batuan tu. Sekali lagi mesin grader digunakan kali ni bukan untuk mencerunkan jalan, tapi untuk meratakan batuan.
Selepas crusherrun, quarry dust atau pasir dibuang ke tapak dengan menggunakan lori, backpusher (macam dalam gambar kat bawah ni) akan menolak batuan tu. Sekali lagi mesin grader digunakan kali ni bukan untuk mencerunkan jalan, tapi untuk meratakan batuan.
Yang tu permukaan subgrade dan asas dasar je, pas ni kita akan bincangkan macamana asas jalan, asas jalan macadam, lapisan haus dan lapisan ikat dibuat.
Ulasan
Minta tolong terangkan tentang jenis premix juga..
thanks ..
Sy nk tumpang tanya sikit.. DBM tu lapisan apa ye? lapisan bawah ACB biasanya..
Lagi satu, kalau encik boleh beri link FB .. sbb try search CIVILisation..mcm2 pulak yang keluar..
Terima kasih.. :)
Catat Ulasan
Terima Kasih untuk setiap ulasan.