Langkau ke kandungan utama

Lapisan Jalan

Setiap jalan yang dibuat kebanyakannya mengikut kaedah pembinaan MacAdam dimana dilapisai dengan beberapa lapisan. Di bawah adalah lapisan paling biasa dibuat.

Apa fongsi setiap lapisan???? Lapisan paling bawah adalah lapisan subgrade iaitu lapisan tanah asal. Macam saya cakap sebelum ni…Lapisan tanah yang diuji mestilah mempunyai CBR biasanya melebihi 3% atau 5%. Bagaimana kalau uji banyak mana pun tetap fail(yakni kurang dari 3% atau 5%)? Contohnya macam tanah paya yang lembik, atau tanah lembab….sah2 fail dah tanah macam tu. Takkan nak buang semua tanah tu pastu ganti dengan tanah lain?Nak korek buang banyak mana? Jadi masalah untuk tanah macam ni dikepilkan bersama-sama dengan hasil laporan kajian tanah yang dinamakan Soil Investigation(biasanya akan dibuat sebelum masuk tapak) akan dihantar ke Jurutera Geoteknikal (Jurutera teknikal tanah), untuk dibuat kajian, rawatan apakah yang paling sesuai tanah(nanti saya bincangkan kalau ada masa tentang jenis-jenis rawatan) supaya tanah tu jadi kuat dan mampu menampung beban.
Permukaan tanah akan dipotong mengikut kecerunan jalan. Macam saya cakap dalam post Sejarah Jalan (2 oktober 2009, Jumaat) perenggan ke 11, kaedah pembinaan jalan MacAdam mempunyai kecerunan ke tepi jalan untuk mengalirkan air hujan. Jadi macamana nak buat jalan cerun ke tepi. Seandainya tanah telah lulus ujian kekuatan CBR, permukaan tanah boleh dibentuk dengan menggunakan sejenis mesin yang digelar mesin grader. Macam gambar di bawah.

Dia akan potong tanah mengikut kecerunan macam di bawah ni. Bilah tu memang sengaja disengetkan untuk menolak tanah ke tepi dan bilah boleh diangkat mengikut kecerunan. Biasanya 2.5% untuk jalan2 biasa tanpa korner. Macam kat bawah ni.(yang gambar atas tu gambar mesin grader tu tengah buat kerja lain tu)
Lepas tanah dah digradekan mengikut kecerunan macam gambar kat atas, jalan tu akan dilapisi dengan subbase(asas dasar-rujuk gambarajah di atas). Permukaan ini kadang2 diperlukan dan kadang2 subbase tidak diperlukan bergantung kepada rekaan ketebalan jalan. Subbase ini biasanya terdiri dari lapisan campuran batuan, pasir dan debu yang dipanggil crusher run.


Crusher run mempunyai campuran batuan dari yang terbesar 40mm sehinggalah ke saiz debu. Kalau nampak dalam bekas tu sebelah kanan dalam bekas tu ada batu saiz 40mm yang tepi2 pulak batu bersaiz kecil dan at tengah2 pasir dan debu. Ada jugak yang menggunakan quarry dust, macam dalam gambar kat bawah ni,



Quarry dust bersaiz lebih kecil juga mempunyai debu. Ramai jurutera yang berbeza pendapat tentang lapisan subbase menggunakan quarry dust ini, ada yang mengatakan x boleh digunakan, ada yang boleh. Tapi saya berpihak kepada boleh asalkan ujian yang dijalankan lulus. Ada juga yang menggunakan pasir sebagai subbase.Juga x salah menggunakan pasir, asalkan semua ujiannya lulus. Pasir x payah gambarla kot, semua dah tau macamana bentuknya.

Selepas crusherrun, quarry dust atau pasir dibuang ke tapak dengan menggunakan lori, backpusher (macam dalam gambar kat bawah ni) akan menolak batuan tu. Sekali lagi mesin grader digunakan kali ni bukan untuk mencerunkan jalan, tapi untuk meratakan batuan.


Yang tu permukaan subgrade dan asas dasar je, pas ni kita akan bincangkan macamana asas jalan, asas jalan macadam, lapisan haus dan lapisan ikat dibuat.

Ulasan

caHAYA berkata…
bole tolong jelaskan bagaimanakah ujian nisbah galas california dilakukan secara detail??
Tanpa Nama berkata…
saya nak tanya pasal coring test la..dan cara-cara melakukan ujian tu..
Tanpa Nama berkata…
minyak tar jenis ape utk binder cost n wearing cost tu.. da lupe la gradenye
Tanpa Nama berkata…
Salam sejahtera, boleh x terangkan tentang binder course n wearing course?
Minta tolong terangkan tentang jenis premix juga..
thanks ..
Muhammad Firdaus berkata…
Untuk semua yg bertanya, saya dh post soalan dalam facebook dan jawapan bukan diberi oleh saya sahaja, malahan ramai lagi rakan2 dalam facebook.
pudin mahari berkata…
leh bg link FB x? xjupe la....
Admin berkata…
FB - CIVILisation
pudin mahari berkata…
boleh jelas kn apa itu asas tapak (subbase)
pudin mahari berkata…
dengan cara pengiraan nye skali plez.. tq :)
Admin berkata…
subbase fungsinya adalah untuk menyebarkan beban dari roadbase sebelum ia dibebankan ke atas tanah. Ia mungkin tidak diperlukan di sesetengah design jalan. Ia diperlukan sekiranya tanah terlalu lembik atau beban jalan yang besar. Cara pengiraan tu saya kurang faham? maksudnya nak design berapa tebal ke?
Tanpa Nama berkata…
bole bg emel en x..
Muhammad Firdaus berkata…
muhammad_firdaus@hotmail.my
Tanpa Nama berkata…
SALAM..SY NK TNYA PSAL JALAN KONKRIT ...
assalamualaikum . boleh jelaskan setiap lapisan bagi premix work dan ketebalan setiap lapisan tersebut .
Aina Adam berkata…
Assalamualaikum.. Thanks sbb sudi kongsikan ilmu2 yg encik ada.. Hanya Allah yg dpt membalas nya...
Sy nk tumpang tanya sikit.. DBM tu lapisan apa ye? lapisan bawah ACB biasanya..
Lagi satu, kalau encik boleh beri link FB .. sbb try search CIVILisation..mcm2 pulak yang keluar..

Terima kasih.. :)
Muhammad Firdaus berkata…
Dense Bituminous Macadam, senang ckp BMR. Bituminous Macadam Roadbase....mmg dlm spec JKR xe DBM ni, yg ada, BMR, BML, BMW dn lain2. Itulah dianya. Awak nk tau psl FB nie, klik je kat sahabt dlm FB tu, mesti dia kluar CIVILisation punya link.
Tanpa Nama berkata…
Dbm digunakan dalam specs highway or plus...selalunya dbm 40
Tanpa Nama berkata…
Boleh x bmw digunakan sebagai asphaltic wearing bagi jalan

Catatan popular daripada blog ini

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar?? Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya?? Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive. Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... S

Premix

Kaedah membuat asas jalan ( roadbase ) hampir sama dengan kaedah subbase , cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase . Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A ( Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah. Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase , makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fungs

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Lean Concete G10 (Biasa digunakan sebagai konkrit melepa, tidak mempunyai kekuatan untuk menanggung beban) G10 ( 1 : 3.92 : 5.62) Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 169kg 12.5 mm Aggregate : 112kg River sand : 196kg Total water :  44liter Fresh concrete density: 2398 Kg/M 3 G20 banyak digunakan untuk bangunan2 kecil, rumah setingkat, dll G20 ( 1 : 2.48 : 3.55)  Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 107 kg 12.5 mm Aggregate : 71 kg River sand : 124 kg Total water : 28 liter Admixture : 350gram dimasukkan dalam simen (admixture bertujuan untuk menambah kebolehkerjaan konkrit) Fresh concrete density: 2430 Kg/ M 3 G25 banyak digunakan untuk bangunan-bangunan tinggi, sperti lebih dari setingkat dan mungkin juga digunakan di bangunan-bangunan tinggi. G25 ( 1 : 2.28 : 3.27) Cement : 50 Kg 20 mm Aggregate : 98 kg 12.5 mm Aggregate : 65.4 kg River sand : 114 kg Total water : 27.5 liter Admixture : 300 gram Fresh concrete density: 2414 Kg/ M 3 G30 ban