Kali ni kita akan bincangkan pasal jalan berturap atau tarred road atau lebih dikenali di Malaysia sebagai premix (kalau nak diikutkan premix tu terlalu umum, tapi xpelah kalau disebut premix tu semua orang dalam sector pembinaan paham apa maksudnya senangla).
Teknologi jalan bermula agak lewat dari teknologi bangunan di mana jalan banyak dibangunkan apabila bermulanya perdagangan di antara terutama bandar-bandar yang mempunyai ketamadunan yang agak tinggi.
Secara semulajadinya, tanah tidak dapat bertindak sebagai jalan semulajadi kerana tanah itu sendiri tidak dapat menampung bebanan yang berat seperti kereta kuda dan wagon terutama pada waktu hujan. (jangan kata zaman dulu, zaman sekarang pun kalau hujan habis lecak tanah). Ini membuatkan orang dolu-dolu memikirkan bagaimana untuk memperbaiki keadaan jalan supaya perjalanan dari satu tempat ke satu tempat lebih cepat terutama bagi yang menggunakan kereta .
Jalan berturap yang pertama dibina di waktu ketamadunan sumeria 4000BC. Jalan ini diturap dengan batu.
Jalan yang diturap dengan batu-bata pula dimajukan pada waktu ketamadunan india pada seribu tahun selepas itu iaitu 3000BC.
Blueprint untuk jalanraya di dunia sekarang ini adalah berdasarkansebatang jalan yang dibuat di zaman rom iaitu 2000BC. Jalan sepanjang lbh krg 50km yg menghubungkan bandar dan pelabuhan di sebuah pulau di Greece. Jalan itu diturap dengan batu pasir (sandstone) setinggi 200mm dan mempunyai longkang di tepi jalan. Zaman tu dah dikira hi-tech la tu.
Lebih kurang cengginila bentuk jalannya. Ok gak bagi orang dulu-dulu.
Rome kemudiannya menggunakan teknologi ini selama 2800 tahun sehinggalah sewaktu zaman kegemilangan Islam. Walaubagaimanapun, batu-batu besar seperti gambar di atas yang mereka gunakan ada keburukannya, keburukannya apabila permukaan batuan yang tidak rata (ini akan jadi lebih buruk sekiranya dasarnya terdiri dari tanah berlumpur yang lembik) akan membahayakan pengguna jalan raya dan akan menyebabkan statistik kemalangan dalam Ops Sikap akan bertambah. Mereka cuba menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan batu-batu kecil sebesar duit syiling 20sen, pun ada masalahnya juga, masalahnya ialah batu-batu kecil yang berterbangan apabila kereta dipandu laju dan batu-batu kecil akan menambah rintangan (kalau x percaya cuba bawak motor kat tepi pantai). Jadi, apa mau bikin?. Dalam perenggan seterusnya, saya akan ceritakan penyelesaian bijak sarjana-sarjana islam.
Orang-orang Islam mula memerhatikan bahawa penggunaan batu sebagai turapan jalan ada baik dan buruknya di negara2 padang pasir, terutamanya kepada khafilah yang membawa dagangan yang berat dan kereta-kereta kuda yang laju (jangan main2 pak arab ni, kereta kuda pun tarok turbo, rim 40”). Mereka mula memikirkan kaedah terbaik untuk mengikat batu-batu ini supaya walaupun pada kelajuan tinggi dan kenderaan berat, batu-batu turapan masih melekat di jalan. Mereka melakukan eksperimen dengan menyapu sejenis minyak yang biasa mereka sapu di permukaan bawah sampan untuk kalis air. Menurut fahaman mereka, minyak pekat ini apabila dituang ke atas batuan, ia akan melapisi batuan tu dan batuan tidak akan terbang walau apa keadaan sekalipun. Minyak itu dikenali dengan minyak tar. Dan, ya, eksperimen mereka berjaya, mereka menggunakan minyak itu selepas dari itu (Kajian ini dijalankan pada kurun ke-8 di Baghdad). Minyak merupakan elemen penting dalam pembinaan jalan raya selepas itu sehinggalah hari ini. Saya yakin, sampai hari ni, anda semua mesti panggil minyak di jalan raya tu minyak tar bukan??? Walaupun yang digunakan di atas jalan raya tu hari ni sebenarnya minyak bitumen,sejenis minyak yang disuling dari minyak petrol.
Masa-demi masa berlalu, benua eropah telah mengalami renaissance (nak tau apa tu renaissance, cari dalam internet, ini bukan nak cite subjek sejarah), teknologi2 dari semua ketamadunan telah diciplak oleh barat, termasuklah teknologi pembikinan jalan. Mereka mula memahami bahawa bahayanya air sekiranya dibiarkan bertakung di tengah jalan akan merosakkan jalan dan permukaan atas jalan hendaklah dilapisi dengan batu kecil yang tajam untuk mengelakkan permukaan jalan menjadi licin yang mana boleh menyebabkan terbabas.
Di antara pencipta barat yang banyak terlibat dalam pembinaan jalan adalah John Loudon McAdam. Sehingga hari ini, namanya diabadikan dalam kaedah pembinaan jalan Macadam. Beliau telah memperkenalkan kaedah di mana bahagian tengah jalan ditinggikan sedikit untuk membuatkan air hujan mengalir ke tepi jalan (kenape, x percaye? Cuba tengok jalan-2 raya betul2, anda akan nampak tengahnya lebih tinggi dari bahu jalan kecuali dekat corner). Beliau juga memperkenalkan batu akan dilapisi sebanyak 3 lapisan, yang bawah paling besar untuk menanggung beban dan batuan yang semakin kecil digunakan di atas. McAdam juga memperkenalkan kaedah memampatkan batuan tersebut dengan menggunakan mesin supaya batuan kecil di atas akan masuk di celah-batuan besar di bawah dan menyebabkan jalan itu menjadi padat. Semenjak itu, rekaan beliau digunakan sebagai rekaan asas untuk semua jalan2 raya di dunia. Boleh dikatakan 98% jalan di dunia ini diturap dengan minyak bitumen ciptaan sarjana Islam dan kaedah pembinaan Macadam.
Ok.cukup pasal sejarah, lepas ni kita akan bincangkan pasal jalan. Kenapa setiap lapisan diperlukan dan apakah fongsinya. Bagaimana bitumen (minyak) dicampur dengan batuan dan bagaimana ia dihamparkan atas jalan. Perlu diingat, ini Cuma pengetahuan umum untuk orang yang tiada pengetahuan teknikal mengenai kejuruteraan sahaja. Kalau engineer baca blog ni, dia gelak je, semua benda dah ada dalam kepala diaroang dah.
Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih untuk setiap ulasan.