Projek Raw Water Transfer Tunnel Pahang Selangor (Terowong Pengalihan Air Mentah) merupakan satu lagi projek 'engineering marvelous' dalam negara kita. Banyak yang dapat kita pelajari di sepanjang projek pembinaan ini. Projek yang telah dirancang sejak 1990-an lagi (menunjukkan jurutera Malaysia dan Arkitek Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mempunyai visi yang tinggi dalam penyediaan air ke Lembah Klang), namum mula divisualisasi pada 2014. Ia dikatakan boleh membawa air sebanyak 1.890 juta liter air sehari. (Untuk rekod, purata rakyat lembah Klang menggunakan 200 liter air, antara yang tertinggi di rantau ini, jadi projek ini dapat memberi bekalan air tambahan kepada 10,000 penduduk sahaja). Air mentah (tidak dirawat) akan diambil dari Sungai Semantan di Pahang dan akan dibawa melalui terowong sepanjang 44.6 kilometer (sejauh perjalanan dari Klang ke Kajang) dan akan dikeluarkan di Hulu Langat untuk dirawat oleh SYABAS dan dibekalkan ke orang awam di Lembah Klang.
Teringin hendak menulis buku, namun tiada kesempatan, hanya blogger sahaja...