Sekali lagi maafkan saya kalau post kali ni berlainan sedikit dari post yang biasa. Ia adalah manifestasi kepada apa yang telah saya pelajari samada dalam kehidupan saya sebagai jurutera dan juga sebagai manusia.
Terkadang kita selalu menggunakan logik akal dalam memikirkan sesuatu. Itu tidak salah sebenarnya? malahan ia bagus, terutama bagi Jurutera, logik akal memang sangat memainkan peranan dalam kehidupan harian. Tapi kadang-kadang logik akal tersebut terbawa-bawa sehinggakan ia bukan sahaja melibatkan profession, tapi turut sama melibatkan kehidupan harian dan pegangan hidup.
Sebagai bidang profession melibatkan sains, walaupun kita meyakini akan wujudnya tuhan, tetapi akibat kelemahan akal kita berfikir membuatkan kita termangu-mangu apabila diajukan dengan persoalan "adakah wujudnya tuhan?". Memang semua orang Islam mahu menjadi seperti Abu Bakar As-Siddiq sewaktu Nabi Muhammad S.A.W selamat sampai dari Isra' dan Mi'raj. Baginda menceritakan kisah ini kepada penduduk Mekkah dan hampir sebahagiannya tidak percaya, malah ada yang keluar dari Islam akibat tidak mempercayai kisah Nabi diisra'kan. Hanya beberapa sahaja dan termasuk juga Abu Bakar As-Siddiq yang mempercayai kisah itu sehinggakan Abu Bakar berkata lebih dari itupun, seandainya ia keluar dari mulut Muhammad S.A.W pun aku percaya.
Berdasarkan kisah di atas, saya yakin ramai yang akan menuruti jejak Abu Bakar, termasuk saya juga. Namun persoalan-persoalan sains yang semakin menerjah membuatkan kita tefikir sejenak. Bukannya kita tidak percaya, tetapi bagaimana mahu membuktikan. Tidak salah memikirkan sedemikian, kerana kebanyakan Nabi juga banyak berfikir sedemikian, cuma mintalah Allah menunjukkan jalannya.
Dan sekiranya anda yang bukan Islam membaca artikel ini, jangan risau, mintalah kepada Tuhan yang mencipta sekelian alam ini supaya menunjukkan jalan manakah yang benar.
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat."
Tak kisahlah agama apapun kamu kerana seandainya kita meminta pada Tuhan sekalian alam (The Almighty God), ia hanya berbalik kepada tuhan yang satu sahaja. (The One and Only).
Soalan pertama yang selalu bermain dalam minda kita dan yang tertulis dalam buku-buku sejarah termasuk yang terdapat dalam mata pelajaran sejarah dunia pun telah banyak menyimpang dari apa yang tertulis dalam Al-Quran.
Contoh :-
Zaman Paleolitik juga dikenali sebagai Zaman Batu Lama. Zaman ini berlangsung dari 50,000 SM hingga 10,000 SM. Manusia Peking dan manusia Jawa wujud pada zaman ini. Menjelang 50,000 SM, orang Neanderthal mula hidup di Eropah, Asia dan Afrika. Selepas itu, menjelang tahun 20,000 SM, orang Cro-Magnon tinggal di Eropah dan mengasaskan kebudayaan moden di Eropah dan Afrika Utara. Orang pada zaman ini melukis gambar-gambar di dinding gua untuk melahirkan perasaan dan idea-idea mereka.
(Ini petikan dari buku Sejarah Tingkatan 1, anda pasti pernah terbaca mengenainya bukan?)
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
(Ini pula petikan dari Surah An-Nisaa 4:1)
Dari sini, bagaimana kita mahu menceritakan kepada anak-anak kita yang belajar di Tingkatan 1 yang benarnya adalah Surah An-Nisaa ini? Inilah yang menjadi cabaran kepada kita. Memang kita tidak dapat nafikan yang kita boleh ceritakan kepada anak-anak kita bahawa kita berasal dari Nabi Adam A.S., bagaimana dengan bukti2 arkeologi mengatakan manusia asalnya dari manusia purba. Sains memang boleh menafikan segala kepercayaan yang kita pegang sekiranya tiada pegangan agama yang kukuh.
Tetapi secara saintifiknya, saya sendiri sukar mempercayai manusia berasal dari monyet primitif, kerana manusia adalah ciptaan yang hebat. Tidak dinafikan semua makhluk juga hebat, namun dari segi ketinggian akalnya manusia jauh lebih tinggi. Memang ada kajian mengatakan DNA cimpanzi hampir 96% menyamai manusia, pada saya kalau dikatakan 100% pun saya percaya, namun jika ditanya adakah manusia berasal dari monyet, jawapan saya TIDAK sama sekali tidak.
Kerana apa? Evolusionist (saintis yang mempercayai teori evolusi) mempercayai manusia adalah monyet yang telah dimodelkan semula. Pada saya, jawapannya salah. Jawapannya terletak kepada Al-Quran
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
(Surah Al-Ahzaab ; 72)
Manusia sedia memikul tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi ini, jadi manusia dijadikan Allah dalam kelebihan akal, tidak bagi fizikal. Bagi menjawab persoalan tadi, bagaimana membuktikan manusia bukan berasal dari monyet?
Jawapannya terletak pada akal.... ingat akal, bukan otak. Kerana otak pun mengikut kajiannya hampir sama. Tetapi kenapa IQ jauh sangat-sangat berbeza. Seandainya manusia berasal dari monyet, sekurang-kurangnya monyet lebih cerdik berbanding binatang lain, kerana manusia juga cerdik, Ini apa yang kita lihat amat jauh perbezaan antara manusia dengan monyet.
Tuan-tuan boleh buktikan fakta ini betul ataupun tidak. Tidak ada satu spesis monyet pun dalam dunia ini yang mempunyai akal 100% menyamai manusia, jangankan itu, nak cari spesis monyet yang akalnya 10% menyamai manusia pun tiada. Monyet yang kita kenali hanyalah binatang seperti binatang yang lain. Jadi mana mungkin manusia berasal dari monyet? Dan, dari mana datangnya manusia? Memang sah dari Adam dan Hawa.
Habis, kenapa fizikalnya hampir sama. Fizikalnya itu bukan persoalan, yang menjadi persoalannya adalah Allah telah memberi akal untuk kita menguruskan dunia. Jadi, fizikal kitalah kena mengikut akal bukan akal mengikut fizikal.
In other words, the genes and markers on these chromosomes are not in the same order in the human and chimpanzee. Instead of ‘being remodeled’ as the evolutionists suggest, these could, logically, also be intrinsic differences because of a separate creation. David DeWitt, Evolusionists
Anda sudah dapat jawapannya, kalau masih ragu-ragu, anda cuba perhatikan semua spesies monyet di dunia ini, dan beritahu saya yang mana akalnya 96% menyamai manusia sebagaimana DNAnya menyamai 96% manusia.

Ulasan
Saya nak tnya pndpt en.firdaus sikitlah berkaitan kerjaya jurutera ni.. Macam saya ni baru aje habis study 4 bulan lepas dan sekarang ni bekerja sebagai jurutera tapak dan terlibat dalam projek menyiapkan 3 tingkat basemen untuk 28 tingkat apartment..
Saya tertanya-tanya, laluan mana patut saya ikut sebenarnya iaitu sama ada join consultant atau join contractor. Ada sesetangah lecturer saya bgtau sebelum ni lebih baik join consultant n ade sesetengah suruh join contractor dlu..
So, memandangkan saya terjumpa blog en.firdaus ni, saya rasa tak salah rasanya saya nak dapatkan pandangan dari en.firdaus sendiri..
Mohon pencerahan sikit ye.. :)
Catat Ulasan
Terima Kasih untuk setiap ulasan.