Langkau ke kandungan utama

Buat Lebuhraya (Part 2)

Seperti yg saya nyatakan di dalam part sebelumnya, apabila kita ingin membuat lebuhraya, kita perlu ada sebuah syarikat (dalam kes ini adalah KLJKSB), dan juga dana.

Andaikan saya adalah Pengarah Urusan KLJKSB dan saya ingin membuat lebuhraya tersebut, apa yg perlu saya buat? Seperti yg saya katakan sebelum ni kertas kerja. Namun saya bukanlah org yg berkemahiran. Saya perlulah melantik pakar-pakar dalam bidang2 tersebut.

(Ini kalau saya pengarah urusan syarikat tersebutla..)

Sebagai pengarah urusan, ada 2 pakar penasihat (konsultan) yg perlu dilantik untk menasihati saya;
a) Jurukur Berlesen dan bertauliah
b) Perancang Bandar
c) Jurutera Trafik

Saya akan lantik Jurutera Trafik sebagai S.O. atau superintending officer atau pihak yg mewakili saya dalam semua hal berkaitan projek ini. Jurutera Trafik harus menetapkan jajaran jalan/alignment, bilangan jambatan, tol, susur keluar, R&R dan lain2 perkara basic patut ada pada sesebuah lebuhraya. Selepas itu, Jurukur lesen dan perancang bandar akan meminta kelulusan dari setiap majlis perbandaran di mana lebuhraya tesebut lalu, atau pihak pemunya tanah atas kelulusan dan bayaran pampasan sehinggalah tanah tersebut diserahkan kepada saya untuk dijalankan projek di atasnya. Jurukur juga perlulah membuuat survey drawing untuk mengetahui kerja-kerja tanah yg perlu dilakukan.

Selepas tanah telah diserahkan kepada saya, pampasan telah diberikan kepada pemunya tanah, (kalau masih dalam prosiding pun itu pejabat tanah punya hal....yg pntg saya dh dpt tanah untuk dimajukan), jurukur dah buat survey alignment jalan. Sekarang tugas saya adalah melantik :-
a) Jurutera Awam
b) Jurukur Kuantiti (QS)
c) Perunding Alam Sekitar.
 
Mesyuarat yg pertama pun diadakan;Saya akan memberikan lukisan survey kepada jurutera awam untuk dia design jalan tersebut, melantik sub-konsultan utk kerja2 awalan spt contoh jurutera geoteknikal dll. Manakala QS akan membuat anggaran perbelanjaan awal berdasarkan maklumat yg ada. Manakala perunding alam sekitar akan berbincang dengan Jabatan Hutan sekiranya lebuhraya itu melalui kawasan hutan simpan, pihak negeri jika melalui kawasan simpanan air dan lain2 lagi yg mana melibatkan alam sekitar.

Setelah data geoteknikal telah didapati, harga awalan telah dianggarkan. Tugas seterusnya adalah melantik kembali panel2 di atas untuk kerja-kerja detailing. Kadangkala saya akan melantik konsultan yg sama, kdg2 ada konsultan yg kurang kemahiran dlm kerja-detailing dan mungkin perlu melantik konsultan berlainan.

Maka bermulalah kerja-kerja detailing, spt cth :- jurutera awam akan mula melukis jambatan, jalan, pondok tol, dll secara detail, selepas itu diberi ke QS untuk diisu BQ. Ini semua untuk diberikan kepada kontraktor yang akan dilantik nanti.

Apabila semuanya telah siap, maka sampailah masa2 yg ditunggu2, tender akan dibuka dan kontraktor akan dilantik. Apabila kontraktor telah berjaya dilantik, kontraktor akan memulakan kerja.

Tamatlah sebuah cerita

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam en...saya nk tnya untuk gred 20 kebiasaanya apa contoh bahan binaan yg selalu dibuat?
Tanpa Nama berkata…
sala en,
saya nak tanya biasanya apa scope traffic engineer?
untuk interview jawatan ini apa yang saya perlu prepare?
Muhammad Firdaus berkata…
Saya kurang mahir sgt pasal traffic engineer, tapi kalau ditanya pasal traffic engineering, benda paling penting ditanya adalah design highway. Benda ni ada dipalajari dalam subjek traffic engineer. Sebab saya tgk kebnykn traffic enginer dia praktikkan apa yg diplajari dlm subjek trafik engineering dl.

Catatan popular daripada blog ini

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar?? Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya?? Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive. Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... S

Premix

Kaedah membuat asas jalan ( roadbase ) hampir sama dengan kaedah subbase , cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase . Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A ( Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah. Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase , makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fungs

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Lean Concete G10 (Biasa digunakan sebagai konkrit melepa, tidak mempunyai kekuatan untuk menanggung beban) G10 ( 1 : 3.92 : 5.62) Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 169kg 12.5 mm Aggregate : 112kg River sand : 196kg Total water :  44liter Fresh concrete density: 2398 Kg/M 3 G20 banyak digunakan untuk bangunan2 kecil, rumah setingkat, dll G20 ( 1 : 2.48 : 3.55)  Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 107 kg 12.5 mm Aggregate : 71 kg River sand : 124 kg Total water : 28 liter Admixture : 350gram dimasukkan dalam simen (admixture bertujuan untuk menambah kebolehkerjaan konkrit) Fresh concrete density: 2430 Kg/ M 3 G25 banyak digunakan untuk bangunan-bangunan tinggi, sperti lebih dari setingkat dan mungkin juga digunakan di bangunan-bangunan tinggi. G25 ( 1 : 2.28 : 3.27) Cement : 50 Kg 20 mm Aggregate : 98 kg 12.5 mm Aggregate : 65.4 kg River sand : 114 kg Total water : 27.5 liter Admixture : 300 gram Fresh concrete density: 2414 Kg/ M 3 G30 ban