Kali ni saya akan tulis mengenai highway, saya banyak dengar komplen pasal signboard kita yang dikatakan teruk, destinasi ke kiri tapi anak panah ke kanan, atau mula2 anak panah ada pastu hilang...... Baik, di sini satu tips saya nak bagi kalau kita berkenderaan dan menggunakan signboard untuk mencari arah....... Cth; Saya dalam perjalanan ke bandar A, Mula2 dkt signboard ada tulis bandar A masuk ke kiri, selepas saya masuk ke kiri, signboard di depannya dah x tulis bandar A, dia tulis bandar B xxkm, bandar C xxkm , dll... kita pening kepala... apa nak buat?? gunakan tips di bawah :-
SELAGI DESTINASI ANDA TIDAK TERCATAT DI SIGNBOARD, TERUSKAN PERJALANAN SAMPAI JUMPA..... KALAU DAH SAMPAI HUJUNG JALAN X JUMPA JUGAK, TANYA KAT WARGA TEMPATAN..... hehehe...
Dalam post saya kali ni, saya akan bagi cara nak baca signboard highway dan jalanraya :-
Anda mesti pernah tengok signboard ni kat jalanraya kan? Tau baca? Biasanya, kalau korang dah faham macamana cara nak baca nombor jalan ni, korang tengok map, hafal nombor jalan yang akan korang lalui untuk ke destinasi dan bila korang dah ada atas jalan, cuma berpandukan pada nombor jalan macam di atas sahaja untuk ambik simpang atau apa, kerana kalau kita ikut nama bandar agak menyusahkan...... kadang-kadang tu ada 2 arah menunjukkan destinasi yang sama... mana satu perlu diambil... kalau kita tahu baca nombor jalan, insyallah selamat...walaupun sesat, tapi dalam jangka masa terdekat kita boleh sedar yang kita telah jauh tersasar dan kita boleh sedia untuk kembali ke pangkal jalan...
Pertama sekali, saya nak betulkan tanggapan anda tentang apa maksud highway dan tanda E di semua lambang lebuhraya tu..... E bermaksud expressway, kalau macam tu apakah expressway dan highway??
Expressway adalah jalan gred 6 gred jalan paling tinggi dalam semua kelas jalan, semua lebuhraya bertol di Malaysia diklasifikasikan sebagai expressway atau jalan gred 6.
Highway pula adalah jalan persekutuan yang mempunyai gred 5, maksudnya walaupun fungsinya sama macam expressway, tetapi untuk masuk/keluar highway bebas (maksudnya kalau saya buat rumah tepi highway, saya boleh buat jalan masuk ke rumah terus, ini tidak terjadi di expressway di mana masuk keluar dikawal dengan tol).
Expressway dan Highway mempunyai fungsi yg sama dimana ia menghubungkan antara negeri, antara bandar, melibatkan jalan yang panjang samada melalui bandar-bandar atau kawasan pedalaman dan ia juga berfungsi sbg pintu masuk/keluar utama sesebuah bandar. Untuk Expressway kelajuan max 110km/j manakala Highway 90km/j.
Walaubagaimanapun, terdapat jalan yang tidak bertol boleh diklasifikasikan sebagai expressway asalkan ia memenuhi syarat di mana untuk masuk/keluar ke expressway tersebut dikawal. Dikawal bermaksudnya saya x boleh buat rumah/kedai suka2 tepi jalan dan terus buat jalan masuk ke premis saya, mesti melalui traffic light, susur masuk yang dirancang (ia digelar partial access control)..... jalan tersebut juga mestilah mempunyai 2 lorng pergi dan balik... seandainya jalan tersebut mematuhi syarat2 di atas, ia boleh digelar expressway walaupun tidak bertol.... antaranya adalah Lebuhraya Skudai dari Skudai ke JB dan MRR2.
Di bawah adalah senarai lebuhraya di Malaysia, semua lebuhraya ini diletakkan di bawah LLM (bukan JKR), kalau nak kenal mana satu expressway di bawah LLM, signboardnya warna hijau..
E1 - PLUS Utara - Bukit Lanjan ke Bukit Kayu Hitam.
E2 - PLUS Selatan - Sungai Besi ke Johor Bahru.
E3 - Second Link Malaysia - Singapore.
E4 - xde info apakah expressway e4.
E5 - KESAS - Klang - KL.
E6 - Elite - Shah Alam-Nilai.
E7 - Grand Saga - Cheras Kajang.
E8 - LPT - KL - Karak - K. Terengganu.
E9 - Besraya - KL-Sg. Besi.
E10 - New Pantai Expressway - Subang Jaya - Bangsar.
E11 - LDP - Damansara-Puchong.
E12 - AKLEH - Ampang-KL.
E13 - LKSA - Kemuning-Shah Alam.
E14 - EDL - JB - Pandan (dalam pembinaan- kalau org JB nak tahu yg mana satu, yang sambung E2 di pandan terus ke CIQ)
E15 - BKE - Butterworth Kulim.
E16 - Saya pn x pasti E16 ni highway mana....
E17 - BORR - Sg. Dua - Perai.
E18 - SILK - Roundabout besar yang mana Kajang duduk di tengah2 roundabout tersebut.
E19 - Ipoh Lumut Expressway.
E20 - Maju Expressway - KL-Putrajaya.
E21 - LEKAS/KASEH - Kajang-Seremban.
E23 - Senai-Desaru Expressway.
E24 - SPRINT - Krinci, Damansara, Penchala.
E25 - KL-Kuala Selangor Expressway (dalam pembinaan)
E26 - SKVE - Uniten-Pulau Indah
E27 - saya x pasti apa highway ni...
E28 - LPB - Taiping - Banting (dalam perancangan)
E29 - SPDH - Seremban - Port Dickson Highway.
E30 - Lebuhraya Shapadu - Sg Rasau - Port Klang.
E31 & E32 - saya x pasti
E33 - DUKE - Jln Duta - Ulu Klang.
E34 - pn saya x pasti...
E35 - GCE - Guthrie Rawang-Shah Alam.
E36 - Jambatan pulau pinang yg asal.
E37 - KL Seremban (walaupun namanya KL-Seremban, tapi ia bermula selepas tol sg besi sehingga ke SMART tunnel.
E38 - SMART Tunnel.
Ok, dah faham?? jadi rancang perjalanan anda.... Ingat, kalau anda dari KL dan nak ke Klang, ada bnyk signboard yg tunjukkan Klang tapi nomboh Expressway/Highway berbeza....rancang perjalanan anda di atas kertas dan seterusnya, cuma ikut nombor jalan sahaja...... Mungkin jika anda melalui PLUS masalahnya kurang kerana jalannya lurus dan satu sahaja, tetapi masalah akan berlaku apabila berada di bandar2 besar terutama KL....
Itu Expressway, bagaimana pulak dengan highway dan jalan2 yg lain...............
Jalan2 yg lain (atau senang cakap yang signboard biru ni) agak complicated kerana ia melibatkan pelbagai jenis jalan dari Highway sampai ke jalan kampung.
Nanti saya akan terangkan kalau ada masa dan rajin...............
Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih untuk setiap ulasan.