Langkau ke kandungan utama

Jawapan kepada Soalan Konkrit (Part 4)

Selasa, 2009 Julai 14

Soalan dari Tanpa Nama

mcm mane nk tau pasal bilangan hentakan slump test ngn bil tuk cube

Jawapan dari saya

Sebelum lerja-kerja konkrit dimulakan, pastikan pembekal konkrit anda menghantar juruteknik/technician ke tapak anda pada hari konkrit untuk menjalankan ujian kiub dan ujian slump. Ujian kiub nanti saya bagitau (saya akan buat post khas utuk ujian kiub).

Kelebihan Ujian Slump atau runtuhan akan diberitahu kemudian di bawah nanti. Di bawah ini adalah foto radas ujian slump.

http://www.intec.com.my/slumptest_big.jpg

Apabila lori konkrit masuk ke dalam tapak anda dengan nawaitu ingin membuang konkrit ke dalam tapak anda, tahan lori tu dulu, SETIAP LORI PERLU DILAKUKAN UJIAN SLUMP, namun tidak bagi ujian kiub (itu pn nanti kita bincang), suruh lori tu buang konkrit dalam kereta tolak, lbh kurang separuh isi kereta tolak, pastu dia akan scoop konkrit dgn menggunakan scoop lbh kurang mcm ni

http://www.bellhygiene.co.uk/images/19015.jpg

dan masukkan ke dalam kon.

http://www.hsc.csu.edu.au/engineering_studies/civil_structures/3828/images/slump_test.gif

Lbh kurang mcmnila caranya, kaki dipijak pada telinga, (kalau diperhatikan pada gambar paling atas sekali, cuba perhatikan di bahagian bawah kon tu, di tepinya ada besi 4 segi, dipijak di situla untuk menetapkan kon tu supaya tidak bergerak. Pastu masukkan konkrit ke dalam kon dgn menggunakan skop mcm dlm gambar kedua kedalam kon. Jangan masukkan penuh, masukkan 1/3 isinya, pastu hentakkan dengan rod untuk memadatkannya sebanyak 25 kali. Masukkan lagi 1/3 dan hentak lagi 25 kali ke dalam konkrit tu untuk memadatkan, dan masukkan 1/3 yg terakhir dan buat kali terakhir padatkan sebanyak 25 kali dgn menggunakan rod. Pastu, buang isi lebihan di atas, tunggu dalam 5 saat, tarik dengan pemegang (tgk gambar paling atas, ada gambar pemegang di kiri dan kanan).

Sambil tarik ke atas, pusing2 kan sikit kon tu supaya tidak berlaku lekatan permukaan (surface tension) konkrit dan besi kon, konkrit akan jatuh dan bandingkan dengan kon dengan meletakkan di sebelahnya.

Bandingkan tinggi kon tu 300mm dgn konkrit yg telah runtuh…… OK?? Kenapa dibuat ujian runtuhan dan apa perlu dibuat seandainya terlampau rendah atau tinggi, perlukah lori tersebut di reject apabila gagal akan diberitahu kemudian.


Ini video saya donwnload dari youtube, saya rasa video ni diambil di India berdasarkan radas yg digunakan oleh mereka. Radas mereka lebih mudah jika dibandingkan dgn yg biaa kita pakai di Malaysia, terutama apabila mengukur jatuhan slump. Perhatikan bilangan hentakannya lbh kurang 30. Tak mengapa asalkan lebih 25....

Soalan dari Tanpa Nama

nk tanye..em,ape kelebihan ujian runtuhan

Jawapan dari saya

Apa kelebihan Ujian Runtuhan?? Em… Ia tiada kaitan dengan kekuatan, jadi jangan mudah me’reject’ jika gagal ujian runtuhan/slump gagal sekali. Ujian runtuhan/slump adalah ujian kebolehkerjaan atau workability test, ujian untuk menentukan adakah konkrit tersebut dapat memasuki acuan dengan mudah atau tidak, Sebelum konkrit dihantar ke tapak, biasanya pembekal konkrit akan mencadangkan runtuhan yg sepatutnya berlaku. Tetapi, jika konkrit dibancuh di tapak , runtuhan yg dibenarkan adalah 75mm, sama jugak macam konkrit biasa bancuhan pembekal. Mengikut Spec JKR, Klaus 9.3.2.1

i) ±25mm or ±1/3 of the “designed workability”, whichever is the greater.

Jadi, designed workability kita adalah 75mm,

Jika kita mengambil ±25mm, 75mm ± 25 mm, menjadi julatnya dari 50mm- 100mm.

Jika kita mengambil ± 1/3, 75mm ± 1/3, jadi julatnya juga 50mm-100mm.

Apa perlu dibuat jika ujian runtuhan gagal, menurut ASTM C 94,

If the measured slump or air content falls outside the specified limits, a check test shall be made immediately on another portion of the same sample. In the event of a second failure, the concrete shall be considered to have failed the requirements of the specification.

Ini bermakna, apabila slump terlampau tinggi atau terlampau rendah, melebihi julat, buang keseluruhan isi dalam kereta tolak, ambik sample baru dalam lori dan buat sekali lagi, seandainya yg kedua juga gagal, kita ada hak untuk ‘reject’ isi dlm satu lori tersebut. Jika anda ditanya kenapa di'reject', jika banyak jatuhannya, katakan terlampau bnyk kandungan air, jika kurang, katakan konkrit terlampau kering. Namun harus diingat...............................................

Biasanya, pekerja akan meminta supaya konkrit sedikit basah agar memudahkan kerja-kerja menarik konkrit ke dalam acuan... Ini memerlukan perancangan awal dari Jurutera. Sewaktu membuat trial mix, cuba buat sekali konkrit gred yg sama tetapi jatuhan slump tinggi..... mungkin 120mm....

Seperti contoh, Gred 40 Normal dan Gred 40 Pump Mix. Konkrit G40 Pump Mix akan nampak sedikit basah dan jatuhan slump yg tinggi tetapi mempunyai kekuatan yg sama. Bincang dl dgn Pembekal berapakah slump bagi 40Pump Mix, setelah dapat, barulah buat ujian, biasanya 120mm. Jadi , seandainya, anda nampak G40 Normal yg dtg ke site agak kering..... terutama waktu cuaca panas, terus arahkan pembekal keluarkan G40 Pump Mix. Itu jalan terbaik dari memasukkan air.....INGAT, JANGAN TAMBAH AIR SEWAKTU LORI DI DALAM TAPAK. Walaupun adakalanya dibolehkan dgn syarat mengawal water/cement rationya tetapi lebih baik jangan......

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bukan ke water content akan mempengaruhi kekuatan konkrit..
Muhammad Firdaus berkata…
water content memang mempengaruhi kekuatan.ujian slump bukan untuk mengetahui banyak mana air dalam konkrit, cuma nak diketahui dengan bancuhan tersebut adakah konkrit mudah untuk masuk ke dalam acuan atau tidak.
fidash berkata…
tp boleh ke kalau air ditambah apabila lori sudah sampai ke tapak?....apa beza gred normal dengan gred pump mix??.....
Muhammad Firdaus berkata…
Boleh dgn syarat kandungan simen hendaklah ditambah agar menyamai water : cement ratio. wbp, kebanyakan sayarikat bancuhan tidak membenarkan kerana ia akan keluar dari guarantee mereka. Walaubagaimanapun, dr segi teori, ia dibenarkan.
Muhammad Firdaus berkata…
Gred normal digunakan sekiranya konkrit dituang ke dalam tapak menggunakan kren atau tuang terus ke dalam acuan. Namun jika konkrit sampai ke acuan menggunakan pam, (kalau x pernah tgk, search google 'concrete pump') pump mix digunakan. Untuk pump mix, simen lebih tapi aggregate dikurangkan kerana memudahkan pengaliran konkrit dalam paip pam.
hafiz berkata…
assalam tuan. mohon tanya apa beza konkrit Normal dgn JKR bagi gred yang sama

Catatan popular daripada blog ini

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar?? Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya?? Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive. Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... S

Premix

Kaedah membuat asas jalan ( roadbase ) hampir sama dengan kaedah subbase , cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase . Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A ( Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah. Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase , makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fungs

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Lean Concete G10 (Biasa digunakan sebagai konkrit melepa, tidak mempunyai kekuatan untuk menanggung beban) G10 ( 1 : 3.92 : 5.62) Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 169kg 12.5 mm Aggregate : 112kg River sand : 196kg Total water :  44liter Fresh concrete density: 2398 Kg/M 3 G20 banyak digunakan untuk bangunan2 kecil, rumah setingkat, dll G20 ( 1 : 2.48 : 3.55)  Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 107 kg 12.5 mm Aggregate : 71 kg River sand : 124 kg Total water : 28 liter Admixture : 350gram dimasukkan dalam simen (admixture bertujuan untuk menambah kebolehkerjaan konkrit) Fresh concrete density: 2430 Kg/ M 3 G25 banyak digunakan untuk bangunan-bangunan tinggi, sperti lebih dari setingkat dan mungkin juga digunakan di bangunan-bangunan tinggi. G25 ( 1 : 2.28 : 3.27) Cement : 50 Kg 20 mm Aggregate : 98 kg 12.5 mm Aggregate : 65.4 kg River sand : 114 kg Total water : 27.5 liter Admixture : 300 gram Fresh concrete density: 2414 Kg/ M 3 G30 ban