Pembangunan di Malaysia paling pesat bermula sejak 80-an, banyak terdapat kawasan-kawasan perumahan terutama kawasan perumahan golongan mewah telah berpindah ke kawasan bukit... pada waktu itu, juruteranya telah design untuk kawalan bukit secara lokal sahaja. Apa maksudnya? Maksudnya, seandainya saya seorang jutawan, saya ingin membuat sebuah banglo di belakang bukit.... saya mengupah jurutera mengira tembok penahan yang terpaksa dibuat di belakang rumah saya kerana saya telah mengorek dan membuat rumah di cerun tersebut.. jurutera tersebut hanya mengira kekuatan tembok penahan untuk menahan tanah tersebut sahaja... dia tidak mengira adakah bukit itu sendiri mampu menahan rumah tersebut...
Faham x? x faham lagi.... ok andainya mcm ni, Andaikan saya ni tembok panahan tanah, andaikan tanah di belakang saya tu macam kotak yang sangat besar dan berat dan nak jatuh, saya tahan dengan kekuatan badan saya, orang puji saya sebab saya kuat, tetapi bayangkan kalau saya berdiri di atas lumpur, apa akan jadi dengan saya, saya akan tenggelam dan kotak tu pn akan jatuh bukan.... faham?? persoalannya sekarang bukannya kuatnya saya atau tidak, tapi tanah tempat saya berpijak tu.
Sebab apa diaorang x kira sekali kekuatan bukit tu? sebab dia x dibayar untuk itu.... bukan kerjanya, dan bukan salahnya,
Bayangkan seandainya bukit tu ada 50 buah rumah, xkan dia nak kira kekuatan rumah satu2, lepas tu bagi tau dkt saya kata rumah saya x boleh dibuat kerana bnyk sgt rumah kat atas bukit tu.... mesti saya hangin satu badan bukan dengan engineer tu, "aku upah ko suruh design, bukan suruh bgtau aku rumah aku x blh dibuat..." kalau kita berada di tempat jurutera tu apa kita nak jawab. kalau dia tanya lagi "orang lain boleh buat rumah kat situ kenapa aku tidak"apa pulak jurutera nak jawab.... jadi ini tanggungjawab siapa? Jawapannya; Badan Penguatkuasa Tempatan atau PBT. Sebelum rumah dibina, pandangan jurutera perlulah diambil, jurutera ini sepatutnya dilantik oleh kerajaan yang mengira kapasiti bukit itu, adakah ia boleh menampung kesemua rumah disitu, dan jurutera tersebut perlulah melakukan pemeriksaan dari masa ke semasa untuk memastikan cerun tersebut OK.
gambar diambil dari http://www.thestar.com.my/
Itulah yang terjadi di Bukit Antarabangsa kerana kalau dilihat runtuhan yang terjadi bukan bersifat lokal malahan global bermaksud keseluruhan bukit tersebut yang runtuh, bukannya tembok penahan rumah individu... walaubagaimanapun, setiap kejadian tuhan itu ada tanda2nya, di mana terjadinya kaviti di atas bukit tersebut. Apa tu kaviti? kaviti adalah lubang2 kecil di kemuncak cerun, jangan ambil mudah dengan kaviti ini... bayangkan, satu kaviti kecil pada gigi anda akan memungkinkan kuman masuk ke dalam gigi, menghakis gigi sedikit-demi sedikit dan akhirnya gigi tersebut berlubang... sama juga mcm cerun, lubang/kebocoran paip air yang mungkin terjadi di atas puncak bukit tersebut (benda ini x mustahil kerana di atas bukit tu pun ada penempatan bukan? cuba lihat gambar diatas) akan meresip masuk ke dalam tanah dan atas kuasa graviti ia akan turun ke bawah cerun, nak tahu laluan air di bawah tanah tu mcamn?? tengokla corak runtuhan di atas dan kita akan tahu bentuk aliran airnya... INI SEMUA ADALAH PANDANGAN PERIBADI SAYA, BUKAN PANDANGAN PROFESSIONAL, PUNCA SEBENAR MUNGKIN BERBEZA.
Lagi satu kenapa saya mngatakan cerun ini runtuh akibat air di kemuncak cerun, kejadian terjadi adalah dalam bentuk sliding atau runtuhan, dan menurut saksi yang menyaksikan, dia mengatakan tanah tu melungsur macam air ke bawah, ini merupakan tanda2nya, Setelah tanah dari atas melungsur kebawah, apa yang terjadi pada tanah di bawah, tanah di bawah akan mengalami tekanan yang terlampau tinggi dan apabila tidak tertahan lagi ia akan terlambung ke atas atau dalam bahasa Inggerisnya digelar heave, inilah jadinya..........
Macam saya cakap sewaktu mula-mula tadi, apa kaitan cerun dengan pembangunan zaman 80-an, dan kenapa sejak 2000-an banyak kes runtuhan terjadi, saya meletakkan umur bagi sesebuah cerun 20 tahun. Jadi, jika bnyk pembangunan di tepi cerun yang dijalankan mungkin kesannya tidak nampak sgt pada masa sekarang, tapi selepas 20 thn, sesuatu cerun itu boleh dianggap tua dan perlulah diberi perhatian lebih.
Seandainya ada tanda2 yg cerun itu akan runtuh, cerun tersebut akan runtuh..... bnyk cara yang digunakan. Antaranya adalah Soil Nailing dan Guniting..... Nanti kita akan bincangkan bila nak pki soil nail dan bila nak pakai guniting & kepada bukan jurutera... apa benda tu? benda tu mmg selalu kita peratikan di tepi2 lebuhraya, cuma kita x tau apa bendanya dan apa fungsinya.
Ulasan
en..nak tanye..kalu kite design rumah atas bukit..kite kene bina retaining wall kn? retaining wall kite design pakai guideline pe erk? huhuu..tQ en..~
Catat Ulasan
Terima Kasih untuk setiap ulasan.