Bila kita dah baca tentang Part 1 sebelum ni kita rasa kita hidup dalam bahaya...... Memang ya, setiap cerun yg ditarah ada risikonya, bukan nak menakutkan. Tetapi itulah hakikatnya, apa sahaja yang berkaitan dgn bumi ada bahayanya. Sehebat mana pun Saintis/Jurutera, masih belum ada yang dapat mengagak bilakah dan di manakah gempa bumi dan tanah runtuh akan berlaku.... Itu bergantung kepada kuasa Allah S.W.T. Keruntuhan tanah terjadi di setiap tempat di dunia, x semestinya cerun tersebut ditarah. Ini termasuklah di dalam hutan... Tetapi kalau dalam hutan tanah runtuh dan menghempap 2-3 ekor binatang, memang x masuk Buletin Utama. Tapi kalau terjadi di kawasan kediaman, ia akan menjadi Frontline. Dan ia akan lebih teruk jika cerun bukit tersebut ditarah. "Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung sebagai pasak?" An Naba 78 : 6-7 Apa akan jadi apabila pasaknya (peg) dicabut? Kita bayangkan kita pasang khemah dan kita letak 4 pasak di 4 penjuru.
Teringin hendak menulis buku, namun tiada kesempatan, hanya blogger sahaja...