Langkau ke kandungan utama

Pembetung (Part 1)

Pembetung (ejaannya pembetung bukan pembentung) atau dalam bahasa inggerisnya culvert telah lama digunakan oleh orang purba untuk mengalirkan air... Maksud pembetung ialah saliran air berongga yg digunakan untuk mengalirkan air samada air bersih atau kumbahan... Biasanya org dulu menggunakan buluh...sebab itu wujud perkataan Buluh Betung... tetapi perkataan betung jarang digunakan sebab bukannya orang faham pun....

Dalam istilah kejuruteraan, pembetung ini biasanya mempunyai 2 kegunaan....pertama untuk sistem kumbahan dan kedua untuk perparitan.... Pembetung dlm jurutera pula lbh khusus kpd saliran air bwh tanah shj...

Di malaysia terdapat 2 jenis pembetung yg sering digunakan dalam perparitan......yg pertama pembetung paip, yg kedua pembetung kekotak... Biasanya kedua2nya diperbuat dari konkrit..kenapa konkrit?? Sistem perparitan biasanya terletak di tepi2 jalan dalam bentuk longkang.... apabila parit ini terpaksa merentasi jalan.....parit2 ini biasanya bertukar dari bentuk longkang ke pembentung... Apabila pembentung ini melalui bawah jalan, ia bukan sahaja terpaksa menanggung beban tanah di atasnya, malahan beban kenderaan di atasnya...ini memerlukan rekaan pembetung yg kuat... Dahulu di Malaysia terdpt pembetung diprbuat dr besi...dipanggil CMP (Corrugated Metal Pipe)... tetapi oleh kerana proses pengaratan yg sering berlaku.,..pembetung konkrit digunakan.

Kekuatan.
Salah satu kelebihan konkrit adalah kekuatannya boleh dikira berdasarkan kgunaannya...biasanya terdpt 3 jenis kekuatan yg biasa digunakan.... Rendah, Sederhana dan Tinggi... seperti sy katakan td... pemilihan bentuk pembetung adalah berdasrkn kegunaannya, biasanya kalau pembetung itu akan lalu di bawah jalan utama ia akan menggunakan pembetung gred tinggi, kalau lalu di bwh jln biasa ia akan menggunakan pembetung gred sederhana, jika tiada jalan di atasnya biasanya pembetung gred rendah...

Saiz.
Saiz pembetung dalam pasaran adalah bermula dari 300mm diameter sehingga ke 1800 diameter... Bagaimana menentukan kaedah memilih saiz adalah berdasarkan kpd isipadu air yg akan melaluinya...

Jenis paip.
Pembetung yg biasa digunakan adalah pembetung bulat/paip kerana ia bolh mengalirkan air samada ketika air banyak atau air sedikit... ini berbeza dengan pembetung kekotak, ia cuma baik mengalirkan air sewaktu air banyak....

Salah satu jenis pembetung kekotak(www.atlantisconstruction.com/)


salah satu jenis pembetung paip (www.popitplug.com)

Kaedah Pemasangan.....

Langkah 1 : Data2 yg perlu ada pada seorg jurutera sebelum pamasangan sesuatu pembetung adalah :-
a) Jajaran (alignment) - penyelia/jurutera perlu mengetahui sebelum korekan dilakukan jajaran pembetung, maksudnya pembetung tu akan lalu di mana.... seelok2nya, koordinasi dgn Jurukur adalah penting di mana kita kena mintak bantuannya menanda 'pegging' di atas tanah tempat yg bakal dikorek untuk diletakkan pembetung.
b) Memeriksa lukisan pembinaan - Lukisan pembinaan hendaklah diperiksa untuk memastikan invert level (aras lantai dasar) permulaan betung , aras hujung betung(biasanya ditulis sebegini IL2.90 = invert level 2.90, kecerunan, jenis penghamparan (penghamparan atau bedding merupakan hamparan di bawah pembetung), jenis kambusan.

Langkah 2 : Peg (atau pancang) hendaklah diletakkan di tapak setiap 20m atau kurang... di setiap peg hendaklah diletakkan kedalaman korekan. Sbg contoh :-
Katakan ada 2 peg; di peg no. 1 tandakan C1, di peg no. 2 tandakan C2.
Dlm buku :-
C1 = Ch 0 ; RCP450 ; IL2.95.
C2 = Ch20 ; RCP450 ; IL2.90.

Perlu diingat, sebelum korekan dijalankan, peg ini hendaklah dipastikan dgn pihak2 berkuasa yg mempunyai servis di bwah spt :- kabel TNB, Telekom, Paip air, Gas Malaysia, dll.... seandainya clear/bersih... korekla.

akan bersambung..............................

Ulasan

cik lieza berkata…
terima kasih byk2... ;) sgt2 berguna dengan perkongsian ilmu ini...
shazwani.mansor berkata…
Assalamualaikum En. Muhd Fird....terima kasih byk2 maklumat yg diberikan....btw, alang2 cite psl pembetong nie, saya plak skang tgh wat quotation tok drainage, nk tanya skt encik lah....agk2 nya brp harga 1 kerja tok precast box culvert yg complete with cast in-situ wing wall yer??
Tq....
-Qs from Melaka-
Mira Amirudin berkata…
Salam En Muhammad Firdaus. Saya student politeknik ambil course diploma kejuruteraan awam. Saya sedang membuat megaprojek tajuk culvert from the beginning of having the tender until end of construction of the culvert. Jadi saya mohon kerjasama En Firdaus kalau En boleh berkongsi ilmu tentang tender sesuatu projek pembinaan culvert..
Terima Kasih.. minta jasa baik En. Firdaus untuk send pada saya,rockstar.mira@yahoo.com
Si cantik berkata…
Saya tgh Li and now depa tgh buat projek pembinaan culvet.. Thanks info mudah a faham.. Dah faham cuma lgi faham bila baca info tuan.

Catatan popular daripada blog ini

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar?? Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya?? Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive. Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... S

Premix

Kaedah membuat asas jalan ( roadbase ) hampir sama dengan kaedah subbase , cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase . Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A ( Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah. Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase , makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fungs

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Lean Concete G10 (Biasa digunakan sebagai konkrit melepa, tidak mempunyai kekuatan untuk menanggung beban) G10 ( 1 : 3.92 : 5.62) Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 169kg 12.5 mm Aggregate : 112kg River sand : 196kg Total water :  44liter Fresh concrete density: 2398 Kg/M 3 G20 banyak digunakan untuk bangunan2 kecil, rumah setingkat, dll G20 ( 1 : 2.48 : 3.55)  Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 107 kg 12.5 mm Aggregate : 71 kg River sand : 124 kg Total water : 28 liter Admixture : 350gram dimasukkan dalam simen (admixture bertujuan untuk menambah kebolehkerjaan konkrit) Fresh concrete density: 2430 Kg/ M 3 G25 banyak digunakan untuk bangunan-bangunan tinggi, sperti lebih dari setingkat dan mungkin juga digunakan di bangunan-bangunan tinggi. G25 ( 1 : 2.28 : 3.27) Cement : 50 Kg 20 mm Aggregate : 98 kg 12.5 mm Aggregate : 65.4 kg River sand : 114 kg Total water : 27.5 liter Admixture : 300 gram Fresh concrete density: 2414 Kg/ M 3 G30 ban