Langkau ke kandungan utama

Penambakan Pasir (Land Reclamation)

Assalamualaikum....

Anda pernah saksikan bagaimana proses penambakan tanah di tepi laut dijalankan?? Saya cuba kongsikan di sini bersama2 berdasarkan pengalaman saya.
Gambar 1 ; Ini adalah gambar mesin dredging . Ia bertujuan untuk mengorek pasir di dasar lautan/sungai untuk diisi dalam tongkang (barge) dan seterusnya di hantar ke tempat penambakan. Anda perhatikan di sebelah kiri terdapat lengan (boom) yang menggantung paip dari laut? Ia sebenarnya menggantung mesin penyedut pasir yang terletak di dasar lautan. Di sebelah kanan pulak lengan untuk membuang pasir yang telah ditapis ke dalam tongkang.
Gambar 2;Air akan disedut bersama-sama pasir di dasar lautan . Maaf, saya x dapat tunjukkan bagaimana rupa bentuk pam tersebut kerana ia terletak di dasar lautan.cuma yang terpapar di gambar adalah paip yang menyalurkan air dan pasir yang telah disedut pergi ke penapis. Diameternya lebih kurang 300mm. Di tempat gambar ini diambil dasar laut berpasir terletak lebih kurang 13meter dari permukaan laut. (kira-kira 3 tingkat bangunan dalamnya).

Gambar 3; Inilah penapis, anda nampak x air lautnya keruh sikit...sebab ia mengandungi pasir. Segala macam kotoran akan ditapis disini. Disini barulah kita nampak segala macam kotoran yang dibuang ke dasar lautan. Yang kita nampak cuma yang terapung......yang tenggelam? Lagila banyak...Oleh itu, jagalah perairan kita.


Gambar 4 ; Air yang telah ditapis akan mengikut graviti dan akan keluar melalui lengan yang terjulur keluar dan akan membuang pasir ke dalam tongkang. Sekali lagi maafkan saya kerana tiada gambar ketika kapal ini mengisi pasir ke dalam tongkang. Yang ini dibuat cuma demo khas untuk kami jerr. Kalau ikutkan, ada tongkang barulah pam berjalan.Ingat x, dalam gambar 1 saya ada terangkan 'di sebelah kanan tu lengan untuk membuang pasir ke dalam tongkang'. Haa inilah dia, tapi dalam gambar 1 dia x berfungsi, relaks le tu. Dalam gambar ni dia tengah bekerja

Gambar 5; Menunjukkan kapal tersebut menunjukkan kapal tersebut dalam keadaan bekerja. Pada waktu ini tongkang akan masuk di sebelah kapal, tempat air yang memancut2 tu kuar, dia akan parking kat situ sampai tongkang tu penuh dengan pasir dan air. Bila dah penuh dia akan ditunda keluar. Buat pengetahuan anda, tongkang tersebut ditunda dengan menggunakan bot-bot penunda yang berkuasa kuda tinggi.

Lebih kurang macam nila...tapi ini gambar di New York.

Yang ini pulak kitaorang punya.... Yang nampak tengah turun dalam gambar tu dia punya tanjak naik (ramp). Ia akan diturunkan sebaik sahaja tongkang menghampiri tempat pemunggahan pasir. Ala...macam kat feri Pulau Pinang tu...Tapi kat PP tu ada jeti khas untuk menerima tanjak tu, yang ni kitaorang buat tanjak sendirila pakai pasir. Bila dah turun, jengkaut (excavator) dan lori akan masuk ke dalam dan akan memunggahkan pasir keluar. Sedikit demi sedikit sampai habis.


Lebih kurang cengginila bentuk pasir di atas tongkang sebelum dipunggah.

Soalan ; Tadi kata pasir dan air akan dipam masuk ke dalam tongkang (rujuk gambar 5)? Mana pergi air ?

Jawapan : Air akan hilang melalui 2 cara. Pertama melalui penyejatan. Dan kedua melalui pengaliran air melalui celahan dinding tongkang. Kalau diperhatikan gambar yang no. 2 di atas, anda akan nampak tompokan2 lubang pasir. Itu adalah akibat peresapan air melalui celahan dinding tongkang tersebut. Pasir tidak akan hilang ke laut, kerana ia mempunyai penapis.

Soalan Lagi ; Berapa banyakkah pasir yang boleh dibawa?

Jawapan ; Pasir yang boleh dibawa mengikut saiz tongkang di atas lbh kurang 2000m3. Bnyk mana tu? Kalau pasir tu boleh diisi ke dalam rumah, ia boleh memuatkan 8 buah rumah (saiz rumah teres 1 tingkat standard) atau kalau lebih senang lagi, boleh memuatkan 180 buah lori pasir.

Inilah proses pemunggahan pasir sedang dilakukan.

Ulasan

xasfee berkata…
pos menarik tapi warna perkataan tu macam tak kena... =.=
Tanpa Nama berkata…
brape kos penambakan mengikut kaki persegi

Catatan popular daripada blog ini

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar?? Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya?? Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive. Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... S

Premix

Kaedah membuat asas jalan ( roadbase ) hampir sama dengan kaedah subbase , cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase . Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A ( Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah. Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase , makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fungs

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Lean Concete G10 (Biasa digunakan sebagai konkrit melepa, tidak mempunyai kekuatan untuk menanggung beban) G10 ( 1 : 3.92 : 5.62) Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 169kg 12.5 mm Aggregate : 112kg River sand : 196kg Total water :  44liter Fresh concrete density: 2398 Kg/M 3 G20 banyak digunakan untuk bangunan2 kecil, rumah setingkat, dll G20 ( 1 : 2.48 : 3.55)  Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 107 kg 12.5 mm Aggregate : 71 kg River sand : 124 kg Total water : 28 liter Admixture : 350gram dimasukkan dalam simen (admixture bertujuan untuk menambah kebolehkerjaan konkrit) Fresh concrete density: 2430 Kg/ M 3 G25 banyak digunakan untuk bangunan-bangunan tinggi, sperti lebih dari setingkat dan mungkin juga digunakan di bangunan-bangunan tinggi. G25 ( 1 : 2.28 : 3.27) Cement : 50 Kg 20 mm Aggregate : 98 kg 12.5 mm Aggregate : 65.4 kg River sand : 114 kg Total water : 27.5 liter Admixture : 300 gram Fresh concrete density: 2414 Kg/ M 3 G30 ban