Langkau ke kandungan utama

KONKRIT (Part 1)

Komposisi Konkrit terdiri dari 2 bahan utama ;

1) Binder (pengikat)
a. Simen
2) Filler (pengisi)
a. Batu
b. pasir

Pengikat berfungsi sebagai ‘gam’ yang bertindak untuk meleketkan partikel-partikel batu pasir dan batu kerikil. Dalam istilah kejuruteraan pasir dan batu ini digelar aggregat.

Pengisi pula mengambil 70-80% dari berat keseluruhan konkrit. Ini adalah kerana, simen merupakan bahan mentah termahal dalam pembuatan konkrit, jadi adalah lebih baik kandungan simen dikurangkan dalam pembikinan konkrit ini. Secara relatifnya:-

Keadaan 1) Simen kurang , Aggregate lebih = Kos konkrit murah
Keadaan 2) Simen banyak , Aggregate kurang = Kos konkrit mahal

Berdasarkan keadaan di atas, bagaimana dengan kekuatan ? Sudah pastilah yang murah kurang kuat. Bayangkan keadaan di mana ‘gam’(simen) kurang berbanding dengan bahan yang nak dilekatkan, pasti kekuatannya kurang.

Tetapi, persoalan paling utama dan yang paling ditunggu-tunggu muncul. Apa peranan AIR?

Air merupakan agen paling utama yang membuatkan campuran simen dan aggregat itu menjadi konkrit. Apa yang berlaku sewaktu simen dan aggregat dicampur air adalah agak rumit. Namun, di isu akan datang saya cuba untuk memberikan sebaik mungkin gambaran untuk semua terutama yang menggunakan konkrit dalam pekerjaan harian namun kurang memahami apa yang sebenarnya terjadi sewaktu pembentukan konkrit. Juga, perkara yang patut dielakkan sewaktu berinteraksi dengan konkrit.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
kalo kt nk oder gred 20 tapi plant jauh dr site kite, saya cadangkan oder gred yg lebih tinggi spt gred 30 sbb2...
Muhammad Firdaus berkata…
Sebenarnya ini common sense saje, sebab takut plant batching plant jauh dan macam2 argument akan jadi di pihak konsultan. Jadi cadangan yang terbaik ambik gred yang lebih tinggi. Tapi masalah susah nak solve sebab makin tinggi gred makin rendah kandungan w/c (water/cement). Workability nya rendah. Masalah yang sama akan timbul, konkrit akan lebih cepat mengeras. Cuma ini cara paling baik untuk meyakinkan konsultan mengatakan mereka menggunakan kualiti konkrit yang lebih baik untuk menggantikan konkrit gred yang lebih rendah tetapi jangka masa lama. Cara paling baik, cuba bincang dengan batching plant tentang panggunaan retarder yang lebih panjang masa, mungkin ini cara terbaik untuk memanjangkan jangka hayat konkrit, tetapi perbezaan dari segi kos.
Tanpa Nama berkata…
mcm mane lak nk tarik slump konkrit
Muhammad Firdaus berkata…
kaedah atau masa patut slump ditarik?
Tanpa Nama berkata…
boleh trnagkn perbezaan gred konkrit..
Perbezaan gred konkrit adalah kekuatan gred konkrit dalam unit N/mm2 selepas diuji pada 28 hari selpas konkrit dibancuh dan diletakkan dalam acuan. spr. G20 = 20n/mm2 kekuatan selepas 28 hari.
Tanpa Nama berkata…
bleh terangkan konkrit 'G35 Tremie 2'?????berapakan nilai nisbah bancuhan nya
Muhammad Firdaus berkata…
Saya x boleh bagi secara spesifiknya mcmn nilai bancuhan bg konkrit istimewa ni..... sebab apa, biasanya konkrit istimewa ni dibancuh dgn menggunakan design khas. Tp apa yg blh saya beri adalah kandunngan simennya lbh tinggi dr G35 biasa.

Catatan popular daripada blog ini

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar?? Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya?? Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive. Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... S

Premix

Kaedah membuat asas jalan ( roadbase ) hampir sama dengan kaedah subbase , cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase . Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A ( Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah. Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase , makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fungs

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Lean Concete G10 (Biasa digunakan sebagai konkrit melepa, tidak mempunyai kekuatan untuk menanggung beban) G10 ( 1 : 3.92 : 5.62) Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 169kg 12.5 mm Aggregate : 112kg River sand : 196kg Total water :  44liter Fresh concrete density: 2398 Kg/M 3 G20 banyak digunakan untuk bangunan2 kecil, rumah setingkat, dll G20 ( 1 : 2.48 : 3.55)  Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 107 kg 12.5 mm Aggregate : 71 kg River sand : 124 kg Total water : 28 liter Admixture : 350gram dimasukkan dalam simen (admixture bertujuan untuk menambah kebolehkerjaan konkrit) Fresh concrete density: 2430 Kg/ M 3 G25 banyak digunakan untuk bangunan-bangunan tinggi, sperti lebih dari setingkat dan mungkin juga digunakan di bangunan-bangunan tinggi. G25 ( 1 : 2.28 : 3.27) Cement : 50 Kg 20 mm Aggregate : 98 kg 12.5 mm Aggregate : 65.4 kg River sand : 114 kg Total water : 27.5 liter Admixture : 300 gram Fresh concrete density: 2414 Kg/ M 3 G30 ban