Komposisi Konkrit terdiri dari 2 bahan utama ;
1) Binder (pengikat)
a. Simen
2) Filler (pengisi)
a. Batu
b. pasir
Pengikat berfungsi sebagai ‘gam’ yang bertindak untuk meleketkan partikel-partikel batu pasir dan batu kerikil. Dalam istilah kejuruteraan pasir dan batu ini digelar aggregat.
Pengisi pula mengambil 70-80% dari berat keseluruhan konkrit. Ini adalah kerana, simen merupakan bahan mentah termahal dalam pembuatan konkrit, jadi adalah lebih baik kandungan simen dikurangkan dalam pembikinan konkrit ini. Secara relatifnya:-
Keadaan 1) Simen kurang , Aggregate lebih = Kos konkrit murah
Keadaan 2) Simen banyak , Aggregate kurang = Kos konkrit mahal
Berdasarkan keadaan di atas, bagaimana dengan kekuatan ? Sudah pastilah yang murah kurang kuat. Bayangkan keadaan di mana ‘gam’(simen) kurang berbanding dengan bahan yang nak dilekatkan, pasti kekuatannya kurang.
Tetapi, persoalan paling utama dan yang paling ditunggu-tunggu muncul. Apa peranan AIR?
Air merupakan agen paling utama yang membuatkan campuran simen dan aggregat itu menjadi konkrit. Apa yang berlaku sewaktu simen dan aggregat dicampur air adalah agak rumit. Namun, di isu akan datang saya cuba untuk memberikan sebaik mungkin gambaran untuk semua terutama yang menggunakan konkrit dalam pekerjaan harian namun kurang memahami apa yang sebenarnya terjadi sewaktu pembentukan konkrit. Juga, perkara yang patut dielakkan sewaktu berinteraksi dengan konkrit.

Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih untuk setiap ulasan.