Langkah 3 : Kerja di Tapak IL berbeza dengan FEL... apa benda tu? Invert level berbeza dengan Finish Excavation Level. Finish Excavation Level adalah untuk kegunaan tapak, tetapi perlulah diingat, walaupun untuk kegunaan di tapak, ia mestilah ditentukur di atas kertas dahulu. FEL boleh diketahui dengan berdasarkan Invert level. FEL adalah aras terakhir korekan, di mana jika menggunakan jengkaut, itulah aras terakhir sebelum korekan berhenti. Bagaimana ingin memberitahu kepada pengendali jengkaut supaya mengorek sehingga FEL. Kerja ini perlu dilakukan di atas kertas, sebelum korekan dilakukan, ingat tak saya ada sebutkan pasal peg/pancang di bahagian 1 sebelum ni? Pertama sekali kita perlu mengetahui apakah beza antara IL tolak bedding? Bila dah dapat jawapan, itulah FEL. Aras asal tanah sekarang di tapak dipanggil EGL. EGL hendaklah ditolak dengan FEL untuk setiap peg, jadi kita akan dapat kedalaman korekan untuk setiap peg. Sewaktu hari korekan, beritahu secara kasar kepada penyelia t
Teringin hendak menulis buku, namun tiada kesempatan, hanya blogger sahaja...