Langkau ke kandungan utama

Jalan Telford

hani madu menulis:

“boleh bg rujukan x ape ciri2 jalan macadam n jalan telford”


Terima kasih Hani Madu, saya lupa ceritakan pasal Jalan Telford. Telford (seorang jurutera Scotland) pun salah seorang jurutera jalan jugak. Walaubagaimanapun, sebaik kaedah Mcadam muncul, kaedah Telford dan Tresaguet tidak digunakan lagi. Siapa tresaguet? Tresaguet juga seorang jurutera jalan dari Negara perancis yang merekabentuk jalan. Tetapi kenapa nama tresaguet dan Telford tidak sepopular Macadam? Kerana jalan yg bnyk digunakan di seluruh dunia sekarang ni adalah jalan Mcadam? Kenapa? Adakah jalan Telford dan Tresaguet x bagus? Memang pun…Kenapa ?


Pertama sekali kita tengok kaedah pembinaan Tresaguet, kaedahnya boleh dikatakan hampir sama dengan kaedah pembinaan jalan Macadam di mana batu sebesar 3 inci atau 75mm di lapisan bawah sebanyak 2 lapisan dan batuan sebesar 1 inci atau 50mm di atas lapisan paling atas. Kelemahan paling ketara bagi kaedah pembinaan jalan ini adalah dari segi aras jalan. Bagi menampung kenderaan yang keluar masuk dari sebelah kiri dan kanan, maka jalan ini dibuat sama aras dengan longkang, dan masalah timbul apabila hari hujan di mana air tidak mengalir sebaliknya bertakung di dalam longkang. Untuk lebih memahami, lihat gambarajah di bawah :-

Sorry mistype dalam gambar tu bukan lapisan 75mm di atas tapi di bawah. Ok, sebenarnya, Kalau dilihat pada gambarajah di atas, Nampak dengan jelas bahawa aras atas jalan /top finish road level, sama dengan aras permukaan tanah di sekitar. Cuba bayangkana apa akan terjadi sekiranya hujan lebat dan air memenuhi longkang, jalan tu akan tenggelam dalam air bukan? Jadi kaedah pembinaan jalan Tresaguet tidak diterima. Reject.


Sekarang kita masuk pula ke kaedah pembinaan jalan kedua iaitu Telford. Kaedah Telford berbeza dari kaedah Tresaguet dengan meninggikan permukaan jalan tinggi sedikit dari aras longkang. Namun, apa yg membuatkan kaedah pembinaannya agak unik dan akan di’reject’ sebentar lagi adalah disebabkan oleh kaedah pembinaannya. Sila perhatikan gambarajah di bawah :-

Nampak x apa kelemahannya. Mungkin gambar x berapa jelas menerangkan.


Kelemahan No. 1; Kelemahannya adalah batuan bawah yang disusun tangan. Batuannya pulak bersaiz besar. Batuan bersaiz 100mm x 180mm. Besar x? Macam batu-bata. Bolehke macam tu? Atau boleh ke saya menggunakan batu-bata sebagai lapisan bawah jalan? Macam kaedah Telford tu. Jawapannya boleh tapi merbahaya. Dalam kaedah Telford, batuannya disusun satu per satu dan kalau x boleh masuk batu tu akan diketuk masuk ke dalam. Boleh ke kita buat mcam tu sekarang ni?? Berapa bnyk buruh kita nak pakai untuk nak susun batu tu satu per satu untuk jalan raya macam kita ni?? Lagi pun semua lubang diantara batuan tu perlu diisi kalau tidak, lama kelamaan batuan halus di atas akan mendap ke ruang di antara batuan besar di bawah.


Kelemahan No.2 : Permukaan subgrade atau tanahnya diratakan. Ini adalah kelemahan dari segi pengaliran air. Sepatutnya, permukaannya dilengkunggkan untuk memudahkan pengaliran air hujan ke longkang. Ini dipanggil cambering. Tetapi dalam jalan Telford permukaan atas sahaja dilengkungkan, manakala permukaan bawah tidak. Sepatutnya, permukaan bawah yang penting. Kalau tidak air akan bertakung di atas subgrade/tanah dan akan melemahkan lapisan tanah di bawah disebabkan kelemahan pengaliran air.


Jadi kaedah pembinaan jalan Telford reject.


Kaedah paling terbaik adalah jalan MacAdam, Jalan Macadam berbeza dari Telford kerana MacAdam tidak menggunakan batuan besar sebagai lapisan bawah. Juga permukaan tanahnya dibentuk supaya membentuk ridge. Apa tu ridge, permukaan rata yang mencerun ke longkang, macam bumbung rumah. Bukan macam Telford dan Tresaguet yang membuat kaedah cambering atau lengkungan. Kaedah Macadam juga lebih baik dari Tresaguet kerana ia dibuat di atas permukaan longkang.

Kalau ditanya pada saya, saya juga lebih menyukai kaedah MacAdam kerana kaedah MacAdam mempunyai ciri-ciri jalan yang sejati. Pertama, jalannya mempunyai cerun untuk mengalirkan air ke longkang, jalannya juga lebih compatible untuk dibina berbanding tresaguet dan telford kerana batuannya tidak perlu disusun dan boleh dipadatkan dengan mudah dengan menggunakan mesin.Maaf kalau visual kurang memuaskan, gambar buat sendiri tu.

Ulasan

hentian berkata…
Kelmarin, aku mengadu kepada kedai tayar kereta bahawa tayar kiri kancilku haus lebih cepat dari sebelah kanan. Tau apa jawap dia? Bentuk jalan yang cerun di tepi menyebabkan tayar kiri haus lebih cepat. Betul ke teori tu?
Engrfirdausidris berkata…
x kot...rasanya bentuk kereta pun akan ikut bentuk jalan...mana ada sebab cerun dia boleh jadi mcm tu...

Catatan popular daripada blog ini

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar?? Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya?? Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive. Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... S

Premix

Kaedah membuat asas jalan ( roadbase ) hampir sama dengan kaedah subbase , cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase . Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A ( Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah. Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase , makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fungs

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Lean Concete G10 (Biasa digunakan sebagai konkrit melepa, tidak mempunyai kekuatan untuk menanggung beban) G10 ( 1 : 3.92 : 5.62) Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 169kg 12.5 mm Aggregate : 112kg River sand : 196kg Total water :  44liter Fresh concrete density: 2398 Kg/M 3 G20 banyak digunakan untuk bangunan2 kecil, rumah setingkat, dll G20 ( 1 : 2.48 : 3.55)  Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 107 kg 12.5 mm Aggregate : 71 kg River sand : 124 kg Total water : 28 liter Admixture : 350gram dimasukkan dalam simen (admixture bertujuan untuk menambah kebolehkerjaan konkrit) Fresh concrete density: 2430 Kg/ M 3 G25 banyak digunakan untuk bangunan-bangunan tinggi, sperti lebih dari setingkat dan mungkin juga digunakan di bangunan-bangunan tinggi. G25 ( 1 : 2.28 : 3.27) Cement : 50 Kg 20 mm Aggregate : 98 kg 12.5 mm Aggregate : 65.4 kg River sand : 114 kg Total water : 27.5 liter Admixture : 300 gram Fresh concrete density: 2414 Kg/ M 3 G30 ban