Langkau ke kandungan utama

Premix (Return of The Making....)

Disambung lagi

Dalam artikel sebelum ni saya ada tulis ada 2 jenis loji. Loji bancuhan pertama yakni loji bancuhan dram, yg paling biasa digunakan di Malaysia dan seluruh dunia kerana mudah dialih, mudah dipasang, kos penyelenggaraan yg rendah telah diterangkan dalam artikel sebelum ni.

Kali ni, saya akan terangkan tentang sebuah loji bancuhan yg agak jarang digunakan di Malaysia. Ini adalah kerana kos penyelenggaraan yg tinggi, pengendalian berkomputer yang memerlukan pekerja berkemahiran tinggi, dan alat ganti yg agak sukar ditemui. Walaubagaimanapun, terdapat syarikat2 besar di Malaysia telah cuba mengadaptasi system ini, dengan mengabaikan masalah yg tersenarai di atas kerana premix yg dihasilkan dengan menggunakan kaedah ini lebih berkualiti dari kaedah biasa, yakni kaedah campuran dram di samping dengan menggunakna kaedah ini juga, premix2 spesial (akan kita bincangkan kemudian apakah premix special) juga dapat dihasilkan, memandangkan premix2 spesial semakin mendapat sambutan di kalangan pihak2 berkuasa (spt JKR,Majlis dll) kerana sifat2nya yg special. (nanti kita bincangla, senang cakap).

Loji yg saya maksudkan di atas adalah loji bancuhan kelompok.(Batch Plant).



Besar kan banding dgn loji dram? Bandingkan saiz kereta dan jentolak kat sebelahnya. Komponen utama dalam loji kelompok ni adalah bekas makan sejuk, cold-feed bin (aik?? Sama macam loji dram je, memang sama pn, fungsinya masih lagi tempat pertama batuan diterima dan diasingkan, bentuknya pn sama jgk mcm dalam artikel sebelumnya), tangki minyak asphalt, silo simen (dalam gambar di atas Nampak x menara silinder di sebelah kiri dan ada paip penghubung di antara menara silender dan menara empat segi bertangga tu. Menara silinder tulah silo simen), pengering batuan dan system kawalan asap (asap putih yg keluar di belakang menara tu telah ditapis, jadi jgnla risau psl pencemaran alam. Kontena belakang tulah penapisnya). Ok seterusnya saya akan cerita mcmn premix dicampurkan dan dihasilkan dlm system yg agak komplikated ni, jd klu x phm pn buat2la phm ye…..

Pertama2 sekali, batuan yang telah dilonggokkan mengikut saiz dikumpul berhampiran dgn loji (kalau dlm gambar loji di atas kita Nampak longgokan batuan dibelakang jentolak tu. Kalau ada order premix, jentolak akan mengangkut batuan dari longgokan dan memasukkan dalam cold-feed bin (bekas makan sejuk).


Samakan mcm dlm artikel sebelumnya?? Sebenarnya waktu ni prosesnya sama macam dlm loji dram Cuma saya terangkan lebih lanjut sebab bila saya baca artikel sebelumnya saya rasa org susah nak paham. Nampak x ada batang besi yg mencacak naik dari bekas makan sejuk tu, tu sensor/camera untuk nak mengetahui batuan yg dimasukkan adalah ke dalam bekas yg betul. (dalam gambar di atas ada Nampak ada 5 bekas).

Seterusnya, bekas akan dihantar untuk dipanaskan dengan menggunakan conveyor belt mcm dlm gmbr di bwh :-


Batuan akan dihantar dengan menggunakan conveyor-belt ke dram (aik?? Dram?? Kata ini loji kelompok, kenapa ada dram??) ok, dram ini berfungsi untuk memanaskan batuan sahaja, x seperti loji bancuhan dram (di mana bancuhan batuan dan asphalt dilakukan dalam dram), malahan penunu untuk dram ini pun terletak di belakang, x seperti loji dram di mana penununya di hadapan sewaktu batuan mula2 masuk. Saya mintak maaf tiada gambar untuk dram dalam loji kelompok ni, saya x sempat tgkap. Batuan seterusnya diangkat ke kemuncak menara dgn menggunakan bucket elevator mcm dlm gambar di bawah.


dan dibuang ke kemuncak menara mcm dlm gmbar di bawah.(sekali lagi mintak ampun xde gambar elevator. Saya Cuma mampu sediakan gambar dari web je sebab semua sistemnya tertutup.

Bila batuan dah sampai di kemuncak menara, (dalam gambar di atas sekali,menara dimaksudkan adalah menara segiempat bertangga tu.)batuan akan sekali lagi proses penapisan. Saya berpeluang untuk ke kemuncak menara dan menangkap gambar proses tersebut dijalankan. Inilah gambarnya.


Haaa…nampak x batuan diasingkan? X Nampak? Saya pn, kan saya dah kata semua sistemnya tertutup untuk keselamatan dan penjagaan kualiti bahan.



Lebih kurang mcam nila bentuk pengayaknya. Nampak x sebelah kanan gambar tu ada 6 lapis pengayak? Setiap satunya lebih kurang mcm nila.


Tapi mengikut saiz. Batuan yg telah dipanaskan dan diasingkan akan disimpan di dalam bekas panas yg terletak di bawahnya sehinggalah ada lori di bawahnya untuk premix dibuang.

Pada waktu yg sama, simen akan dipam masuk ke dalam bekas simpanannya juga, anda Nampak paip besar kat sebelah kiri gambar di atas. Itulah paip dari menara silinder (dalam gambar di atas sekali) ke menara segiempat tu. Kalau ada lori sampai di bawahnya, semua jenis batuan dan simen akan dicampur dan turun ke tingkat yg seterusnya di bawah.



Inilah pam asphalt, campuran asphalt, batuan dan simen akan dimasukkan dalam hopper di tingkat bawah, mcam dalam gambar dibawah.


Hopper tu akan melepaskan campuran semua ke tingkat bawah lagi iaitu ke pengisar. (pugmill). Kalau dalam gambar paling atas sekali, pengisar adalah 2 tangki besar yang anda Nampak tu. Jadi hopper di atas akan bergerak ke depan/belakang samada tangki campuran tu akan dimasukkan ke tangki pengisar pertama atau ke dua. Dalam gambar di atas dia berada di mulut pengisar pertama dan pengisar berada di tingkat bawahnya. Dalam gambar di bawah menunjukkan mulut pengisar kedua.


Dan, akhir sekali, premix akan jatuh ke lori. Dalam gambar di bawah. Lori akan tunggu di bawah dan premix akan jatuh ke dlamnya. Tapi xde lorila dlm gambar ni.

Saya lupa nak tunjukkan tangki minyak bitumen... Kat bwh ni gambar tangki minyak bitumen...


Minyak bitumen ini perlulah sentiasa dipanaskan untuk mengekalkan bentuknya dalam bentuk cecair. Minyak bitumen ni kalau bawah 100dar. celcius akan menjadi beku. Sebab tu, dekat belakang lori tangki bitumen anda akan nampak ada tong gas. Tong gas tu gunanya untuk memanaskan bitumen dalam lori tangki tu. Dan akhir sekali, semua peralatan dalam loji ni dikwal oleh sistem SCADA (Apa tu SCADA?) Supervisory Control And Data Acquisition. Sebuah sistem yg dikwal dan diselia sepenuhnya melalui komputer. Di bawah ni adalah komputernya. Jadi seorang operator bolehla mengawal keseluruhan proses melalui depan skrin komputer.


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
try...
ayuni. berkata…
slm,saye ingin bertanya adakah loji ini merupakan salah satu loji bancuhan asphalt..?
dan apakah berbezaan loji bancuhan asphalt dan loji penghasilan asphalt..?
Muhammad Firdaus berkata…
Ini loji bancuhan asphalt. Loji penghasilan atau pengeluaran asphalt adalah di luar bidang kejuruteraan awam. Ia terletak di bawah bidang kejuruteraan kimia, wbp, ia juga satu subjek menarik untuk dipelajari.
azuamieyra berkata…
slam..sy jurusan civil gak..leh x sy nk tau kaedah2 cmpuran kelompok ni?plez..for my assgmnt..
Tanpa Nama berkata…
salam,.sy nk tnya,brapa tinggi suhu yang dikenakan semasa proses pemanasan aggregate? n brapa lama tempoh masa pemanasan batuan tersebut sebelum dicampur dgn bitumen??
Muhammad Firdaus berkata…
Saya x pasti berapa lama perlu dipanaskan, cuma batuan perlu diapanaskan ke suhu 105 darjah celcius untuk mengeringkan batuan (suhu air 100celcius), sebelum ia bercampur dgn bitumen, kerana air dan minyak xkan bercampur.
Tanpa Nama berkata…
bagaimana nak tahu bitumen tu dah luput tanpa buat test?ada tips?

Catatan popular daripada blog ini

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar?? Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya?? Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive. Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... S

Premix

Kaedah membuat asas jalan ( roadbase ) hampir sama dengan kaedah subbase , cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase . Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A ( Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah. Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase , makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fungs

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Lean Concete G10 (Biasa digunakan sebagai konkrit melepa, tidak mempunyai kekuatan untuk menanggung beban) G10 ( 1 : 3.92 : 5.62) Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 169kg 12.5 mm Aggregate : 112kg River sand : 196kg Total water :  44liter Fresh concrete density: 2398 Kg/M 3 G20 banyak digunakan untuk bangunan2 kecil, rumah setingkat, dll G20 ( 1 : 2.48 : 3.55)  Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 107 kg 12.5 mm Aggregate : 71 kg River sand : 124 kg Total water : 28 liter Admixture : 350gram dimasukkan dalam simen (admixture bertujuan untuk menambah kebolehkerjaan konkrit) Fresh concrete density: 2430 Kg/ M 3 G25 banyak digunakan untuk bangunan-bangunan tinggi, sperti lebih dari setingkat dan mungkin juga digunakan di bangunan-bangunan tinggi. G25 ( 1 : 2.28 : 3.27) Cement : 50 Kg 20 mm Aggregate : 98 kg 12.5 mm Aggregate : 65.4 kg River sand : 114 kg Total water : 27.5 liter Admixture : 300 gram Fresh concrete density: 2414 Kg/ M 3 G30 ban