Langkau ke kandungan utama

Ciri - Ciri Rekaan Jalan

Sebelum ni kita sembang-sembang pasal sejarah jalan. Kali ni kita sembang pasal macamana jalan zaman sekarang dibuat. Jalan zaman sekarang dibuat banyaknya berdasarkan idea Macadam di mana jalan tu di condongkan sedikit untuk pengaliran air ke tepi jalan, di samping menggunakan batuan pelbagai saiz untuk menanggung beban kenderaan dari atas.

Sebelum sesuatu jalan dibina dan direkabentuk, ia perlulah mempunyai cirri-ciri berikut :-

1) Ia mestilah kuat dan mempunyai ketebalan yang cukup untuk menahan beban kenderaan berat yang akan lalu di atasnya.
2) Ia mestilah mempunyai permukaan berbatu yang kasar untuk mengelakkan berlakunya kes kenderaan mudah tergelincir. (ini sebenarnya mempunyai kelemahan kepada penunggang2 motosikal sekiranya terjatuh akan menyebabkan kulit mudah terluka, namum setelah kajian2 demi kajian dibuat, lebih baik dibuat permukaan kasar kerana kemalangan yang terjadi akibat kenderaan berat tergelincir akibat permukaan jalan tidak kasar terutama pada waktu hujan, kemalangan akan jadi lebih teruk).
3) Batu-batu yang digunakan untuk membuat jalan hendaklah diturap untuk menggelakkan ia berterbangan apabila kenderaan lalu.
4) Jalan juga mestilah kalis air (kejat) kerana jalan yang telap air akan membuatkan air meresap ke permukaan tanah dan membuatkan tanah berlumpur seterusnya mengurangkan kekuatan tanah menanggung beban.

Yang di atas adalah cirri-ciri umum. Ciri-ciri khas yang diperlukan untuk membina sebuah jalan oleh seseorang jurutera adalah untuk menentukan ketebalan jalan itu sendiri dan beban yang boleh ditanggung oleh jalan itu. Oleh itu, seorang jurutera yang ingin merekabentuk sesuatu jalan perlulah mengetahui maklumat2 asas seperti di bawah sebelum memulakan rekabentuknya :-

Pertama sekali, jalan tu mesti ditentukan jenis apa? (Saya kurang pengetahuan yang arif mengenai hal ini, tapi saya cuba terangkan sebaik mungkin, seandainya ada yang lebih arif mengenai ini sila betulkan saya sekiranya silap). Jalan mempunyai 6 gred. 1 sehingga 6. Lebuhraya bertol bertutup di Malaysia seperti PLUS, ELITE dll yang seumpama dengannya digelar Expressway dalam bahasa Inggeris bukannya Highway. Ok? Diulang Expressway bukannya Highway. Anda perasan x di signboard2 lebuhraya dia ada tulis macam di bawah….

E tulah bermaksud Expressway. Manakala nombor di belakangnya pula adalah no lebuhraya tersebut. Seperti 1 untuk Lebuhraya PLUS Bukit Kayu Hitam ke KL, 2 untuk KL ke JB, 3 untuk Linkedua, 5 untuk KESAS…dan banyak lagi (sekadar menamakan sebahagian). Bab signboard pun satu hal lagi, nantilah ada masa nanti kita sembang. Ada signboard untuk jalan negeri, jalan persekutuan, jalan majlis daerah, kita boleh kenal melalui lambang diamond macam di atas ni je jalan tu sapa punya, malahan kita boleh tahu jalan tu jalan FELDA atau jalan perindustrian dengan melihat diamond ni. Ok balik kepada tadi Lebuhraya bertol biasanya gred 6, gred paling tinggi. Gred tu akan menurun sehinggalah gred 1 seperti jalan kampong. Yang ni pun kalau ada masa nanti kita sembang. Ok balik pada design jalan tadi, katalah saya nak buat jalan dari satu Bandar ke satu Bandar yang lain, saya akan design jalan gred 5 lah katakan. Mengikut standard JKR, jalan JKR gred 5 mempunyai had halaju (halaju berasal dari perkataan hala laju, bukannya had laju), kelebaran tertentu dan fungsi tertentu yang boleh diambil dari dalam standard itu, jadi kelajuan maksimum, fungsi jalan dan kelebaran boleh ditentukan melalui jadual dalam standard.

Keduanya, saya perlu mengetahui ADT (Average Daily Traffic) Purata Trafik Harian iaitu bilangan kenderaan yang lalu dari bandar A ke bandar B setiap hari. Macamana nak tahu? Kiralah…Dok tepi jalan kiralah berapa kereta lalu, lori lalu, bas lalu…. Kalau anda Nampak pondok macam dalam gambar kat bawah ni, tu dia tengah kira kereta kita la tu…

Ketiga, dia akan kira berapa peningkatan kenderaan secara tahunan. Contohnya, tahun 2004 sebanyak 1000 kenderaan melalui jalan tu sehari, tahun 2005 ada 1100 kenderaan pulak melalui jalan tu sehari, mungkin disebabkan peningkatan penduduk, ada taman perumahan baru bukak ke kat2 bandar tu. Biasanya, setiap jalan direka untuk menampung trafik untuk 10 tahun akan datang. Lepas 10 tahun, kalau x jem, lantak kat ko la. Kalau jem, satu lagi kajian akan dijalankan untuk di tentukan adakah jalan ini masih boleh menampung atau kena tambah lorong, atau kena buat trafik light atau kena buat flyover.

Keempat adalah mengetahui kawasan tempat jalan tu dibuat… kawasan jalan dibahagikan kepada 3 jenis. Flat, Rolling dan Hilly. Flat adalah kawasan lapang di mana jalannya lurus sahaja saujana mata memandang, rolling pula adalah kawasan naik, turun, naik, turun… contohnya dari changkat jering ke kuala kangsar melalui lebuhraya PLUS atau Simpang Pulai ke Tapah juga melalui lebuhraya PLUS. Manakala Kuala kangsar ke Ipoh melalui PLUS adalah Hilly area begitu juga lebuhraya Simpang Pulai ke Cameron Highlands.

Kelima adalah mengetahui CBR tanah subgrade atau tanah dasar jalan tu. Apa tu CBR? CBR adalah kekuatan mekanikal tanah menahan beban tanggungan. CBR adalah singkatan bagi California Bearing Ratio (Nisbah Beban Galas California). Sampel tanah diambil dan diuji untuk mengetahui kekuatan beban galasnya dibandingkan satu ujian yang dijalankan di California pada tahun 1930-an. Sekiranya tanah tu berkekuatan 100%, bermakna kekuatannya sama dengan ujian di California tersebut. Biasanya tanah yang direka untuk jalan mesti melebihi 3% bandingan nilai CBR. Ok lah tu… Kenapa CBR? Kenapa x diambil tanah tu pegi test kat lab, dapat tahu berapa kilo atau tan tanah tu boleh tanggung pastu dapat keputusan, bagila kat engineer nak design. Kan senang? Barulah engineer tau lori berapa tan boleh lalu atas jalan tu. Boleh jugak sebenarnya. Cuma CBR ni lebih cepat… CBR ni diperkenalkan oleh askar-askar amerika sebelum perang dunia ke2. Tujuannya, diaorang nak buat runway airport. Tapi x nak bawak sampel tanah untuk dibawak ke lab untuk diuji Rashid kan. Jadi, diaorang buat test awal2 kat California, pastu bawak result tu ke seluruh dunia. Diaorang buat lapangan terbang di tempat musuh guna kaedah CBR ni, uji di atas tanah kalau sama dengan nilai CBR,terus on je. Sebab tu airport diaorang siap cepat.

Dah ada semua maklumat tu semua, diaorang akan designlah tebal setiap lapisan jalan tu, nak buat berapa lapisan, setiap lapisan ada berapa tebal dll lagila…. Selepas ni, saya akan cuba beritahu apa fungsi setiap lapisan.

Ulasan

joegrimjow berkata…
baru tau pasal e2
ooo
camtuuu
pudin mahari berkata…
bleh terangkn bagaimana procedure utk ujian mampatan bagi crusher run.. bermula dari site hingga ke makmal.. sy amat memerlukan maklumat ini, terutama nya yg makmal, contoh pergiraan,suhu di dalam oven, tempoh masa dan lain2 yg berkaitan.. plesssssssssss....
Admin berkata…
Ujian mampatan xde bg crusher run, yg ada cuma CBR (California Bearing Ratio) atau FDT (Field density test). Mampatan cuma bg konkrit sahaja.Yg mana satu awak maksudkan.
pudin mahari berkata…
leh sy dpt kn link FB encik? TQ..
pudin mahari berkata…
mksud sy ialah,slepas kerja pemadatan crusher run di buat dengan menggunakan roller, satu ujian akan di buat.. sy tidak pasti nama ujian tersebut, yg saya tau tentang ujian ini ialah menggunakan sand replacement method.. apa yg saya ingin adalah ingin tau bagaimana ujian ini di lakukan, dari site hingga ke makmal, berserta dengan cara pengiraan..
Admin berkata…
FB - Civilisation
Tanpa Nama berkata…
saya sedang buat latihan prtikal, tajuk kaedah pembinaan jalan.. boleh bagi pandangan mana satu buku yang sesuai untuk buat rujukan???
Muhammad Firdaus berkata…
Saya sendiri pun jarang jumpa buku yg betul2 menceritakan mengenai kaedah sebenar pembinaan jalan di Malaysia, namun yang terbaik adalah buku atau risalah2 keluaran JKR, diaorg rajin mengeluarkan guideline mengenai pembinaan jalan di Malaysia ni. cubalah.
yatiE berkata…
assalamualaikum..
saya nak bertanye..saya baru tgh survey pasal projek PSM sy..insyaallah sy nak cuba buat tajuk perbandingan antara campuran basah macadam dan crusher run dalam lapisan asas jalan..
sy nak tanye..ujian ape yg perlu sy gunakan selain dari ujikaji CBR?
terima kasih En.Engr.. ^_^
Muhammad Firdaus berkata…
waalaikumussalam,
Sebenarnya ada banyak. CBR tu dinamakan test mekanikal sebab ia untuk menentukan kekuatan mekanikal asas jalan itu sendiri, maksudnya kalau CBR>80%, maksudnya ia mampu menahan kekuatan mekanikal 80% dari bebanan CBR. Terdapat ujian lain yang dinamakan ujian material, seperti
1) ujian ayakan, ia untuk menentukan material atau bahan yg digunakan mengikut spesifikasi asas jalan, tidak terlalu bnyk clay atau batu,
2) Ujian keplastikan - untuk menentukan flexibility.
3) Aggregate crushing value - untuk menentukan peratusan batu yg akan hancur setelah dikenakan tekanan crushing.(simulasi tekanan dari roda)
4) Flakiness Index - untuk menentukan peratusan batu yg emping atau nipis, kerana batu hendaklah kasar, kalau nipis tayar kenderaan mudah tergelincir.
5) Sodium sulphate soundness test - untuk menguji adakah batuan tahan pancaran UV.
yatiE berkata…
terima En.Engr.. ^_^

Catatan popular daripada blog ini

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar?? Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya?? Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive. Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... S

Premix

Kaedah membuat asas jalan ( roadbase ) hampir sama dengan kaedah subbase , cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase . Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A ( Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah. Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase , makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fungs

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Lean Concete G10 (Biasa digunakan sebagai konkrit melepa, tidak mempunyai kekuatan untuk menanggung beban) G10 ( 1 : 3.92 : 5.62) Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 169kg 12.5 mm Aggregate : 112kg River sand : 196kg Total water :  44liter Fresh concrete density: 2398 Kg/M 3 G20 banyak digunakan untuk bangunan2 kecil, rumah setingkat, dll G20 ( 1 : 2.48 : 3.55)  Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 107 kg 12.5 mm Aggregate : 71 kg River sand : 124 kg Total water : 28 liter Admixture : 350gram dimasukkan dalam simen (admixture bertujuan untuk menambah kebolehkerjaan konkrit) Fresh concrete density: 2430 Kg/ M 3 G25 banyak digunakan untuk bangunan-bangunan tinggi, sperti lebih dari setingkat dan mungkin juga digunakan di bangunan-bangunan tinggi. G25 ( 1 : 2.28 : 3.27) Cement : 50 Kg 20 mm Aggregate : 98 kg 12.5 mm Aggregate : 65.4 kg River sand : 114 kg Total water : 27.5 liter Admixture : 300 gram Fresh concrete density: 2414 Kg/ M 3 G30 ban