Assalamualaikum Semua.....
Saya telah lama mengetahui tentang kewujudan laman persendirian atau blog ini, namun ketika itu masih belum terniat untuk memiliki laman sesawang peribadi. Mungkin disebabkan kurang kemahiran dalam menulis diari atau catatan harian dengan menggunakan pena atau menaip membuatkan niat yang membara di hati untuk menulis direncatkan seketika. Namun, setelah pelbagai cabaran dan dugaan diharungi dalam dunia kejuruteraan, ini termasuklah sering terpinga-pinga apabila ditanya soalan dari pihak atasan yang lebih arif mengenai teori asas kejuruteraan membuatkan hati kecil saya terdetik, apalah kiranya saya membuat sedikit sumbangan untuk menulis blog peribadi untuk dikongsi bersama dengan jurutera-jurutera muda tentang perkara-perkara asas dunia kejuruteraan awam. Blog ini juga boleh digunakan oleh bukan jurutera untuk mengetahui perkara-perkara asas mengenai kejuruteraan awam memandangkan ianya merupakan satu-satunya cabang kejuruteraan yang agak mudah difahami berdasarkan pemerhatian (spt; kenapa konkrit mengeras, kenapa perlunya cerucuk(piling) untuk sesuatu bangunan dll). Disini, saya juga berharap seandainya ada kesilapan mengenai teori-teori kejuruteraan yang akan disampaikan, harap diperbetulkan dan dikomen.Insyaallah, untuk kebaikan bersama.
Ulasan
Catat Ulasan
Terima Kasih untuk setiap ulasan.