Langkau ke kandungan utama

Catatan

Rekaan rumah berkonsepkan Islamik

Baru-baru ini saya ada melawat satu kawasan perumahan yang dikatakan berasaskan islamik, sebenarnya saya juga ada memikirkan konsep ini sejak sekian lama dahulu, namun biasalah, saya bukanlah arkitek dan saya pun bukanlah seorang yang kaya ingin membangunkan konsep perumahan Islamik tersebut, namun impian sekadar impian. Berdasarkan pemerhatian saya, konsep perumahan Islamik yang dijalankan oleh pemaju tersebut hanyalah retorik semata-mata, ia lebih kepada konsep bagaimana komuniti perumahan tersebut dapat menerapkan nilai-nilai islamik dalam komuniti mereka setelah kawasan perumahan tersebut siap, bukannya nilai-nilai tersebut dimasukkan sejak awal-awal lagi dalam rekaan sesebuah rumah. Berdasarkan pemerhatian saya, konsep perumahan tersebut direka dan dibangunkan berdasarkan konsep perumahan biasa seperti perumahan yang lain2. Idea asal untuk mewujudkan komuniti islamik, memang telah diamalkan dalam mana-mana komuniti dalam Malaysia. Saya juga berharap agar satu hari nanti kita b...

Audit ISO 9001

Apabila mendengar perkataan audit sudah pastilah kesemua dari kita akan gerun mendengarnya, ini adalah kerana pada pandangan pembaca, auditor akan datang dan mencari kesalahan anda. Ini pandangan biasa diterima oleh Auditor. Namun percayalah, auditor mempunyai SOPnya dalam audit dan ISO adalah SOPnya. Apabila auditor datang untuk meng'audit' syarikat pembaca, akan ada 4 soalan utama akan ditanya kepada process owner (apakah maksud proses owner? kerja harian yang anda lakukan). a) Adakah proses tersebut dikenalpasti dan mempunyai prosedur? b) Adakah tanggungjawab untuk kerja-kerja tersebut ditugaskan ke individu2 yang layak? c) Adakah prosedur2 tersebut dilaksanakan dan dijaga? d) Adakah proses efektif dalam mencapai keputusan? Contoh (Non-conforming report atau NCR) a) Adakah prosedur untuk NCR? (cth:- borang yg betul digunakan, mempunyai flowchart yang betul) b) Adakah individu2 tertentu ditugaskan untuk menjaga proses2 tersebut? (cth:- DC untuk rekod, Engineer unt...

Documentation dalam ISO 9001

Apabila anada membaca post ini, sudah pasti anda mengharapkan apa documentation perlu disediakan sewaktu atau sebelum auditor ISO datang ke tapak pembinaan anda bukan? Sabar dulu, bab itu akan diceritakan kemudian bersama-sama dengan clause ISO yang berkenaan. Namun, sebelum itu, pemahaman mengenai apakah document yang diperlukan hendaklah difahami betul2 dahulu. Nilai Documentation (berdasarkan ISO 9000 ; Clause 2.7.1) Documentation membolehkan niat communication tentang kerja dilaksanakan dan konsisten kerja-kerja yang dilakukan direkod. Penggunaan documentation membantu kepada :- a) Pengukuran tahap kecapaian kepada klient requirement. b) Mengukur adakah latihan diperlukan kepada pelaksana dokument. c) Pengulangan dan traceability. d) Bukti kepada pencapaian objektif dan polisi e) Ukuran tahap efektif dan kestabilan QMS. Jenis-jenis documentation yang diperlukan dalam QMS. ((berdasarkan ISO 9000 ; Clause 2.7.1) Antara dokument-dokumen yang perlu disediakan untuk menunj...

Pendekatan Proses

Untuk memahami bagaimana sesuatu Quality Management System (QMS) itu diwujudkan, kita perlu memahami bagaimana pendekatan yang digunakan. Pendekatan yang paling utama sewaktu membangunkan QMS yang mematuhi kepada ISO 9001 adalah pendekatan process approach. Rajah ini perlu difahami sebaik mungkin dalam memahami struktur QMS, nombor dalam kurungan adalah bab didalam ISO9001. Sebelum sesuatu projek itu dimulakan, sesebuah organisasi haruslah memahami faktor-fakto rluaran dalam membangunkan QMS untuk sesebuah projek, kesemua detail akan dibincangkan kelak, namun perlu difahami bahawa dalam post kali ini akan diberikan secara kasar sahaja :- 1. Organisation & its context - Sesebuah organisasi perlulah memahami bagaimana projek tersebut akan dijalankan secara amnya terutama pengurusan projek, antaranya konteks HR, Procurement, dll. Iaitu bagaimana hubungan antara projek team dan HQ team. 2. Customer requirement - kehendak klient hendaklah dikenalpasti, ini tidak susah bagi pr...

Pendekatan ISO 9001

Anda telah mempunyai niat untuk mendapatkan pensijilan ISO9001 untuk syarikat anda? Apakah perlu dilakukan? Terdapat 5 kaedah bagaimana sesebuah organisasi membangunkan Sistem Pengurusan Kualiti dan melaksanakan di pejabat urusan dan semua tapak bina. Didalam ISO 9000 diberikan 8 kaedah, namun atas implementasi dalam tapak projek, saya hanya gunakan 5 sahaja. 1. Menentukan keperluan klien dan kesemua pihak berminat. Sesebuah syarikat yang berminat untuk mendapatkan pensijilan ISO, mestilah membangunkan Sistem Pengurusan Kualiti yang mantap. Untuk membangunkan Sistem Pengurusan Kualiti yang mantap, sesebuah organisasi perlulah mengenalpasti kehendak-kehendak klien serta semua pihak yang berkepentingan, terutama dalam sesebuah projek. Sebuah syarikat mungkin mempunyai banyak tapak bina, jadi sudah pastilah berbeza klien dan pihak berkepentingan. Pihak berkepentingan dalam ertikata disini adalah samada pihak berkuasa tempatan, kerajaan tempatan atau mana-mana pihak yang mungkin ...

Apakah ISO 9001?

Syarikat yang diakreditasikan dengan ISO9001 biasanya akan menggunakan pensijilan itu untuk menunjukkan bahawa syarikat tersebut telah mempunyai pensijilan sistem pengurusan kualiti yang mematuhi kepada ISO 9001. Tetapi adakah pembaca faham apakah maksudnya jika sekiranya sesebuah syarikat/organisasi mempunyai pensijilan ini. Apakah gunanya, dan apakah yang terjadi setelah dipersijilkan? Kenapa Sesebuah Syarikat Perlu Diakreditasikan dengan ISO9001 Sesebuah syarikat yang mempunyai sistem pengurusan kualiti yang baik boleh menaikkan dan mempamerkan kredibiliti untuk mendapat projek-projek pembinaan. Klien atau pemilik projek mempunyai projek dengan ciri-ciri yang perlu untuk memenuhi kehendak kualiti mereka. Kehendak kualiti ini biasanya diterjemahkan dalam bentuk kontrak dokumen. Jadi untuk memastikan bahawa sesebuah projek yang dijalankan oleh sesebuah kontraktor mematuhi kepada kehendak kualiti mereka, mereka perlulah memastikan bahawa syarikat tersebut mempunyai Sistem Penguru...

Menghasilkan permukaan konkrit yang cantik

Konkrit ready-mix adalah konkrit dibancuh di batching plant, tidak jauh dari tapak pembinaan. Ia akan dihantar terus untuk dibuang kedalam acuan secara terus. Konkrit bancuhan tapak biasanya tidak dibenarkan untuk struktur-struktur utama dan konkrit berkuantiti lebih dari 0.5 meter padu kerana cabaran untuk memastikan bahawa konkrit tersebut dibancuh dengan tepat setiap masa adalah sukar. Terdapat 3 jenis kemasan-acuan (formwork finishes) yang sering digunakan iaitu 'ordinary','plain','special'. Biasanya sesetengah spesifikasi akan meletakkan jenis berdasarkan Type, A, Type B & Type C atau Class 1, Class 2 & Class 3. (Saya akan cuba cari sumber kemasan ini di kemudian hari) Walaubagaimanapun, untuk menghasilkan permukaan konkrit yang cantik, kita perlu memahami apakah jenis acuan yang akan digunakan. Warna konkrit ditentukan oleh warna partikel paling kecil dalam komposisi konkrit tersebut. Biasanya partikel terkecil adalah partikel simen. Jadi, jen...

Terima Kasih Friend's of JKR

Sumber rujukan adalah dari post  http://civilisation-engineering.blogspot.my/2009/11/premix.html .

ISO 9001 DALAM DUNIA PEMBINAAN

Item utama apabila seseorang yang terlibat dengan sesebuah tapak pembinaan yang mengutamakan kualit dalam pembinaan serta mengaplikasikan Sistem Pengurusan Kualiti berdasarkan pematuhan kepada ISO 9001 (tanpa mengira edisi) adalah pemahaman terhadap ISO 9001 dan aplikasi ke dalam sektor industri pembinaan. Begitu juga kebanyakan organisasi akan menyerahkan tanggungjawab ini kepada pihak konsultan ISO untuk mengintrepretasikan maksud dan bagaimana cara mengadaptasikan Sistem Pengurusan Kualiti berdasarkan ISO 9001 ke tapak bina atau organisasi mereka. Ini adalah perkara umum bagi kebanyakan organisasi di Asia kerana selagi perkara tersebut tidak berkaitan dengan komersial atau sumber kewangan maka penekanan agak kurang diberi perhatian.  Di sini, saya akan cuba berikan sedikit tip tentang definisi yang diberikan dalam ISO dan bagaimana mengintepritasikan dalam tapak pembinaan.Sesetengah definisi terpaksa digunakan dalam bahasa Inggeris kerana ISO 9001 (dokumen asal) adala...

PROJEK RAW WATER TRANSFER TUNNEL (PAHANG-SELANGOR)

Projek Raw Water Transfer Tunnel Pahang Selangor (Terowong Pengalihan Air Mentah) merupakan satu lagi projek 'engineering marvelous' dalam negara kita. Banyak yang dapat kita pelajari di sepanjang projek pembinaan ini. Projek yang telah dirancang sejak 1990-an lagi (menunjukkan jurutera Malaysia dan Arkitek Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mempunyai visi yang tinggi dalam penyediaan air ke Lembah Klang), namum mula divisualisasi pada 2014. Ia dikatakan boleh membawa air sebanyak 1.890 juta liter air sehari. (Untuk rekod, purata rakyat lembah Klang menggunakan 200 liter air, antara yang tertinggi di rantau ini, jadi projek ini dapat memberi bekalan air tambahan kepada 10,000 penduduk sahaja). Air mentah (tidak dirawat) akan diambil dari Sungai Semantan di Pahang dan akan dibawa melalui terowong sepanjang 44.6 kilometer (sejauh perjalanan dari Klang ke Kajang) dan akan dikeluarkan di Hulu Langat untuk dirawat oleh SYABAS dan dibekalkan ke orang awam di Lembah Klang....

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Lean Concete G10 (Biasa digunakan sebagai konkrit melepa, tidak mempunyai kekuatan untuk menanggung beban) G10 ( 1 : 3.92 : 5.62) Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 169kg 12.5 mm Aggregate : 112kg River sand : 196kg Total water :  44liter Fresh concrete density: 2398 Kg/M 3 G20 banyak digunakan untuk bangunan2 kecil, rumah setingkat, dll G20 ( 1 : 2.48 : 3.55)  Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 107 kg 12.5 mm Aggregate : 71 kg River sand : 124 kg Total water : 28 liter Admixture : 350gram dimasukkan dalam simen (admixture bertujuan untuk menambah kebolehkerjaan konkrit) Fresh concrete density: 2430 Kg/ M 3 G25 banyak digunakan untuk bangunan-bangunan tinggi, sperti lebih dari setingkat dan mungkin juga digunakan di bangunan-bangunan tinggi. G25 ( 1 : 2.28 : 3.27) Cement : 50 Kg 20 mm Aggregate : 98 kg 12.5 mm Aggregate : 65.4 kg River sand : 114 kg Total water : 27.5 liter Admixture : 300 gram Fresh concrete density: 2414 Kg/ M 3 ...

MERANCANG BANDAR (Perlaksanaan) Part 3

Salam, Di sini kita telah sampai ke peringkat pembinaan projek, di mana sebelum sesuatu projek boleh dimulakan ia hendaklah melalui satu proses lagi iaitu proses tender. Jika kita perhatikan dalam bab yang lepas,  Merancang Bandar (Building Plan) , di akhir bab itu ada satu proses di mana QS akan memasukkan harga bagi projek tersebut. Harga akan dimasukkan untuk setiap item dalam BQ atau Bill of Quantity, contohnya konkrit G20, berapa banyak diperlukan untuk keseluruhan projek, besi Y12, BRC A6, sekadar menyebut beberapa contoh. Dari mana QS dapat mengira kuantiti keseluruhan bahan-bahan tersebut? Dari lukisan pembinaan yang diserahkan kepadanya. Selepas QS menyiapkan BQ, BQ akan dimasukkan dalam kontrak dokumen. Biasanya kontrak dokumen mengandungi 4 bahagian. 1) Lukisan Pembinaan 2) Bill of Quantity, 3) Spesifikasi 4) Agreement and Conditions of Contract 1) Lukisan pembinaan akan disiapkan oleh semua konsultan, MnE dan CnS 2) Bill of Quantity mengandungi 2 bahagian ...

MERANCANG BANDAR (Building Plan) Part 2

Ini adalah sambungan kepada artikel saya yang lepas yang bertajuk  MERANCANG BANDAR (Kebenaran Merancang) , dalam artikel yang lepas saya ada menyatakan bahawa untuk dalam perancangan sesebuah pembangunan, tidak kira samada pembangunan kawasan perumahan, bandar dan lain-lain lagi, ada 4 konsep pembangunan yang perlu diikuti :- 1) Konsep 2)  Perincian dan Atas Kertas 3) Pembinaan 4) Pasca Kontrak Biasanya, konsep 1 dan 2 dikenali sebagai Pra-Kontrak atau lebih popular denngan nama In-pipeline, saya telah tulis artikel mengenai konsep dalam artikel pertama dimana akhirnya KM atau Kebenaran Merancang akan dihantar kepada Majlis Perbandaran Tempatan setelah semuanya dipersetujui dan diakui. Seperti saya perkatakan dalam awal akhir bab yang lepas, setelah KM DLP diluluskan, saya akan melantik Arkitek, Konsultan CnS, Konsultan MnE dan QS. Tujuan mereka adalah untuk memperincikan lukisan Building Plan yang kemudian akan diterjemahkan menjadi Lukisan Pembinaan. Arkitek akan...

MERANCANG BANDAR (Kebenaran Merancang)

Salam semua, Setelah lama membincangkan mengenai teori konkrit, jalan dan semua berkenaan pembinaan, kita akan masuk ke bahagian baru yang dinamakan pembangunan atau development. Kebanyakan dari kita tidak tahu bagaimana sesuatu tanah dibangunkan. Banyak kita lihat sekarang bangunan tumbuh bagai cendawan namun kebanyakan dari kita tidak memahami kaedah bagaimana dari mula, apakah kelulusan yang diperlukan sehingga bangunan tersebut diserahkan kepada pemilik, atau lebih mudah rumah taman kita, bagaimana proses pemaju membangunkan tanah tersebut. Secara dasarnya, ada 4 konsep pembangunan 1) Konsep 2) Perincian & Atas Kertas 3) Pembinaan 4) Pasca Kontrak. Untuk memahamkan anda, saya andaikan saya mempunyai tanah seluas 1000 ekar untuk dibangunkan. Apa yang perlu dibuat oleh saya untuk membangunkan tanah tersebut. Berikut adalah senarai semaknya :- 1) Konsep LANGKAH PERTAMA (konsep pembangunan) Baik, pertama saya perlu membuat perancangan dengan teliti apakah daya pen...

JANGKAAN MASA PROJEK

Salam..... Saya selalu melihat jurutera baru yang bekerja dengan pihak kontraktor atau pemaju yang akan ditugaskan untuk membuat 'Project Planning' atau perancangan projek. Ini kerana tugas ini agak menyusahkan dan ia memerlukan kerja paperwork yang agak rumit. Biasanya, untuk projek JKR, JKR akan meminta perancangan projek samada diberikan dalam bentuk Microsoft Project atau Primevera atau program-program lain, saya rasa sekarang ni dah banyak klien yang akan meminta dibuatkan perancangan projek ini  . Apabila ditugaskan oleh pihak majikan dan apabila kita 'jurutera muda' bertanya, 'bagaimana nak buat?' jawapan cliche yang akan diberikan oleh majikan kita adalah, 'buat je, nanti kat site bukan ikut pun...., just nk tunjuk kat client je...'. Ini adalah jawapan biasa sebelum tender diserahkan kepada pihak klien atau JKR.  Selepas projek dikurniakan kepada kontraktor, kontraktor biasanya akan revise semula project planning tersebut, dan tugas ini ak...

MOBILE CRANE TERBESAR DI DUNIA

1. Liebherr 13000 Liebherr 13000 adalah kren mobil konvensional paling berkuasa di dunia (maksud?; Ini adalah kren bergerak berbentuk asal, tidak berubah/ ortodok yang paling berkuasa dari segi kuasa angkatan), biasanya ia jarang digunakan di tapak pembinaan. Ia hanya digunakan di tapak power plant dan tapak oil and gas dimana mesin-mesin bersaiz besar yang memerlukan supercrane. Sebenarnya saya pun tak tahu sangat kenapa di power plant dan tapak oil and gas perlanukan crane sebegini, namun setahu saya kalau di dok-dok pembinaan kapal memang memerlukan kren sebegini.Fakta mengenainya. :- Bear Individu (Berat tanpa fly jib/maksudnya berat badan sahaja; tayar dan enjin) = 70 tan (sama dengan berat 7 buah bas) Kuasa = 1360 hp... enjin x perlu terlampau kuat kerana ia menggunakan kuasa hidralik. Bandingan kereta F1 menghasilkan kuasa 1000 hp Enjin  = V8 silinder turbo power diesel engine. Beban mengangkat : 3000 tan.(bersamaan 300 buah bas/ 2 buah Airbus A380 kapalterbang ...

Santai...

Sekali lagi maafkan saya kalau post kali ni berlainan sedikit dari post yang biasa. Ia adalah manifestasi kepada apa yang telah saya pelajari samada dalam kehidupan saya sebagai jurutera dan juga sebagai manusia. Terkadang kita selalu menggunakan logik akal dalam memikirkan sesuatu. Itu tidak salah sebenarnya? malahan ia bagus, terutama bagi Jurutera, logik akal memang sangat memainkan peranan dalam kehidupan harian. Tapi kadang-kadang logik akal tersebut terbawa-bawa sehinggakan ia bukan sahaja melibatkan profession, tapi turut sama melibatkan kehidupan harian dan pegangan hidup. Sebagai bidang profession melibatkan sains, walaupun kita meyakini akan wujudnya tuhan, tetapi akibat kelemahan akal kita berfikir membuatkan kita termangu-mangu apabila diajukan dengan persoalan "adakah wujudnya tuhan?". Memang semua orang Islam mahu menjadi seperti Abu Bakar As-Siddiq sewaktu Nabi Muhammad S.A.W selamat sampai dari Isra' dan Mi'raj. Baginda menceritakan kisah ini kepad...