Langkau ke kandungan utama

Menghasilkan permukaan konkrit yang cantik

Konkrit ready-mix adalah konkrit dibancuh di batching plant, tidak jauh dari tapak pembinaan. Ia akan dihantar terus untuk dibuang kedalam acuan secara terus. Konkrit bancuhan tapak biasanya tidak dibenarkan untuk struktur-struktur utama dan konkrit berkuantiti lebih dari 0.5 meter padu kerana cabaran untuk memastikan bahawa konkrit tersebut dibancuh dengan tepat setiap masa adalah sukar.
Terdapat 3 jenis kemasan-acuan (formwork finishes) yang sering digunakan iaitu 'ordinary','plain','special'. Biasanya sesetengah spesifikasi akan meletakkan jenis berdasarkan Type, A, Type B & Type C atau Class 1, Class 2 & Class 3. (Saya akan cuba cari sumber kemasan ini di kemudian hari) Walaubagaimanapun, untuk menghasilkan permukaan konkrit yang cantik, kita perlu memahami apakah jenis acuan yang akan digunakan.
Warna konkrit ditentukan oleh warna partikel paling kecil dalam komposisi konkrit tersebut. Biasanya partikel terkecil adalah partikel simen. Jadi, jenis simen akan mengakibatkan perubahan warna pada konkrit (bukan gred konkrit).
Simen biasa (OPC) yang digaul bersama simen lain (GGBS atau fly-ash) boleh digunakan untuk mengubah warna konkrit sekiranya konkrit yang kita gunakan bersifat visual konkrit (permukaan konkrit tanpa kemasan seperti lepaan plaster).
GGBS (Ground granulated blastfurnace slag) akan menghasilkan permukaan konkrit yang lebih cerah manakala lebih kandungan Fly-ash berbanding OPC akan mengakibatkan permukaan konkrit menjadi sedikit gelap. Walaubagaimanapun, perlu difahami juga, bahawa kandungan konkrit ini berbeza mengikut tempat berdasarkan kandungan dan jenis mineral utama yang menjadi bahan asas (batu kapur dan bahan2 lain) yang mungkin berbeza mengikut tempat. Selain itu, pewarna juga boleh ditambah jika ingin mewarna permukaan konkrit.Air juga berupaya mengubah warna konkrit, konkrit yang 'basah' lebih gelap dan lebih berpotensi untuk grout loss apabila diletakkan dalam acuan serta lebih berupaya untuk crack apabila suhu panas dan proses curing tidak efisien.
Selain itu, untuk menghasilkan permukaan konkrit yang cantik (tanpa honeycomb dan air-bubbles) ada banyk kaedah yang boleh digunakan, antaranya ialah menggunakan konkrit dengan kandungan simen yang tinggi berbanding batuan (aggregate), menggunakan coarse aggregate yang agak kecil berbanding normal, atau menggunakan konkrit yang mempunyai slump yang tinggi (bermaksud kebolehkerjaan-workability yang tinggi).
'Resipi' di bawah telah dikenalpasti sebagai antara campuran sesuai untuk mendapat permukaan konkrit yang baik.
Kandungan simenminimum 350Kg/m3
Kandungan pasirtidak lebih dari 2 kali kandungan simen.
Jumlah aggregatetidak lebih dari 6 kali kandungan simen.
Batuan (coarse aggregate) 20mm max. saiz x lbh dari 20% passing 10mm sieve
Kebolehkerjaan125 to 150 slump S3
Nisbah air/simen  0.5 or les

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar?? Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya?? Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive. Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... S

Premix

Kaedah membuat asas jalan ( roadbase ) hampir sama dengan kaedah subbase , cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase . Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A ( Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah. Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase , makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fu

Ciri - Ciri Rekaan Jalan

Sebelum ni kita sembang-sembang pasal sejarah jalan. Kali ni kita sembang pasal macamana jalan zaman sekarang dibuat. Jalan zaman sekarang dibuat banyaknya berdasarkan idea Macadam di mana jalan tu di condongkan sedikit untuk pengaliran air ke tepi jalan, di samping menggunakan batuan pelbagai saiz untuk menanggung beban kenderaan dari atas. Sebelum sesuatu jalan dibina dan direkabentuk, ia perlulah mempunyai cirri-ciri berikut :- 1) Ia mestilah kuat dan mempunyai ketebalan yang cukup untuk menahan beban kenderaan berat yang akan lalu di atasnya. 2) Ia mestilah mempunyai permukaan berbatu yang kasar untuk mengelakkan berlakunya kes kenderaan mudah tergelincir. (ini sebenarnya mempunyai kelemahan kepada penunggang2 motosikal sekiranya terjatuh akan menyebabkan kulit mudah terluka, namum setelah kajian2 demi kajian dibuat, lebih baik dibuat permukaan kasar kerana kemalangan yang terjadi akibat kenderaan berat tergelincir akibat permukaan jalan tidak kasar terutama pada waktu hujan, kem