Langkau ke kandungan utama

Catatan

Lebuhraya

Maaf kalau lama tak berkarang, Kali ni saya akan tulis mengenai highway, saya banyak dengar komplen pasal signboard kita yang dikatakan teruk, destinasi ke kiri tapi anak panah ke kanan, atau mula2 anak panah ada pastu hilang...... Baik, di sini satu tips saya nak bagi kalau kita berkenderaan dan menggunakan signboard untuk mencari arah....... Cth; Saya dalam perjalanan ke bandar A, Mula2 dkt signboard ada tulis bandar A masuk ke kiri, selepas saya masuk ke kiri, signboard di depannya dah x tulis bandar A, dia tulis bandar B xxkm, bandar C xxkm , dll... kita pening kepala... apa nak buat?? gunakan tips di bawah :- SELAGI DESTINASI ANDA TIDAK TERCATAT DI SIGNBOARD, TERUSKAN PERJALANAN SAMPAI JUMPA..... KALAU DAH SAMPAI HUJUNG JALAN X JUMPA JUGAK, TANYA KAT WARGA TEMPATAN..... hehehe... Dalam post saya kali ni, saya akan bagi cara nak baca signboard highway dan jalanraya :- Anda mesti pernah tengok signboard ni kat jalanraya kan? Tau baca? Biasanya, kalau korang dah faham macamana cara n...

Jawapan kepada Soalan Konkrit (Part 4)

Selasa, 2009 Julai 14 Soalan dari Tanpa Nama mcm mane nk tau pasal bilangan hentakan slump test ngn bil tuk cube Jawapan dari saya Sebelum lerja-kerja konkrit dimu lakan, pastikan pembekal konkrit anda menghantar juruteknik/technician ke tapak anda pada hari konkrit untuk menjalankan ujian kiub dan ujian slump. Ujian kiub nanti saya bagitau (saya akan buat post khas utuk ujian kiub). Kelebihan Ujian Slump atau runtuhan akan diberitahu kemudian di bawah nanti. Di bawah ini adalah foto radas ujian slump. http://www.intec.com.my/slumptest_big.jpg Apabila lori konkrit masuk ke dalam tapak anda dengan nawaitu ingin membuang konkrit ke dalam tapak anda, tahan lori tu dulu, SETIAP LORI PERLU DILAKUKAN UJIAN SLUMP, namun tidak bagi ujian kiub (itu pn nanti kita bincang), suruh lori tu buang konkrit dalam kereta tolak, lbh kurang separuh isi kereta tolak, pastu dia akan scoop konkrit dgn menggunakan scoop lbh kurang mcm ni http://www.bellhygiene.co.uk/images/19015.jpg ...

Bagaimana Mengejar Wang??

Kali ni saya tak menulis pasal isu kejuruteraan…. Sebab kali ni postnya berlabel santai, tapi sebelum post ni dibaca oleh anda, saya mintak tlg anda buffer lagu Maher Zain ni dr mula sampai habis, dan sambil anda baca post ni biarkan lagu ni menjadi background, dan baca perlahan2 :- Ada yg bertanyakan kpd saya, Adakah saya dpt wang dgn membuat blog ini? Kalau x dpt wang, kenapa perlu bersusah payah? Jawapan kepada soalan pertama adalah TIDAK. Dan jawapan kepada soalan kedua saya jawab dgn ayat Al-Quran di bawah :- Karun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku". Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka. Surah Al-Qashash : 078 Blog dan post ini bertujuan untuk mengingati diri saya yang ilmu yang saya cari saya perl...

Slope (Part 2)

Bila kita dah baca tentang Part 1 sebelum ni kita rasa kita hidup dalam bahaya...... Memang ya, setiap cerun yg ditarah ada risikonya, bukan nak menakutkan. Tetapi itulah hakikatnya, apa sahaja yang berkaitan dgn bumi ada bahayanya. Sehebat mana pun Saintis/Jurutera, masih belum ada yang dapat mengagak bilakah dan di manakah gempa bumi dan tanah runtuh akan berlaku.... Itu bergantung kepada kuasa Allah S.W.T. Keruntuhan tanah terjadi di setiap tempat di dunia, x semestinya cerun tersebut ditarah. Ini termasuklah di dalam hutan... Tetapi kalau dalam hutan tanah runtuh dan menghempap 2-3 ekor binatang, memang x masuk Buletin Utama. Tapi kalau terjadi di kawasan kediaman, ia akan menjadi Frontline. Dan ia akan lebih teruk jika cerun bukit tersebut ditarah. "Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung sebagai pasak?" An Naba 78 : 6-7 Apa akan jadi apabila pasaknya (peg) dicabut? Kita bayangkan kita pasang khemah dan kita letak 4 pasak di 4 penjuru....

SLOPE

Isu tanah runtuh telah menjadi semakin besar di Malaysia, kerana apa? Ini adalah kerana banyak kejadian runtuhan telah berlaku di Malaysia terutama di Lembah Klang... Adakah kerana sewaktu design, jurutera tidak menjalankan kerja dgn betul... mungkin ya atau tidak.. tetapi jawapan yang pasti adalah begini..... Pembangunan di Malaysia paling pesat bermula sejak 80-an, banyak terdapat kawasan-kawasan perumahan terutama kawasan perumahan golongan mewah telah berpindah ke kawasan bukit... pada waktu itu, juruteranya telah design untuk kawalan bukit secara lokal sahaja. Apa maksudnya? Maksudnya, seandainya saya seorang jutawan, saya ingin membuat sebuah banglo di belakang bukit.... saya mengupah jurutera mengira tembok penahan yang terpaksa dibuat di belakang rumah saya kerana saya telah mengorek dan membuat rumah di cerun tersebut.. jurutera tersebut hanya mengira kekuatan tembok penahan untuk menahan tanah tersebut sahaja... dia tidak mengira adakah bukit itu sendiri mampu menahan rumah t...

Pembetung (Part 2)

Langkah 3 : Kerja di Tapak IL berbeza dengan FEL... apa benda tu? Invert level berbeza dengan Finish Excavation Level. Finish Excavation Level adalah untuk kegunaan tapak, tetapi perlulah diingat, walaupun untuk kegunaan di tapak, ia mestilah ditentukur di atas kertas dahulu. FEL boleh diketahui dengan berdasarkan Invert level. FEL adalah aras terakhir korekan, di mana jika menggunakan jengkaut, itulah aras terakhir sebelum korekan berhenti. Bagaimana ingin memberitahu kepada pengendali jengkaut supaya mengorek sehingga FEL. Kerja ini perlu dilakukan di atas kertas, sebelum korekan dilakukan, ingat tak saya ada sebutkan pasal peg/pancang di bahagian 1 sebelum ni? Pertama sekali kita perlu mengetahui apakah beza antara IL tolak bedding? Bila dah dapat jawapan, itulah FEL. Aras asal tanah sekarang di tapak dipanggil EGL. EGL hendaklah ditolak dengan FEL untuk setiap peg, jadi kita akan dapat kedalaman korekan untuk setiap peg. Sewaktu hari korekan, beritahu secara kasar kepada penyelia t...

Pembetung (Part 1)

Pembetung (ejaannya pembetung bukan pembentung) atau dalam bahasa inggerisnya culvert telah lama digunakan oleh orang purba untuk mengalirkan air... Maksud pembetung ialah saliran air berongga yg digunakan untuk mengalirkan air samada air bersih atau kumbahan... Biasanya org dulu menggunakan buluh...sebab itu wujud perkataan Buluh Betung... tetapi perkataan betung jarang digunakan sebab bukannya orang faham pun.... Dalam istilah kejuruteraan, pembetung ini biasanya mempunyai 2 kegunaan....pertama untuk sistem kumbahan dan kedua untuk perparitan.... Pembetung dlm jurutera pula lbh khusus kpd saliran air bwh tanah shj... Di malaysia terdapat 2 jenis pembetung yg sering digunakan dalam perparitan......yg pertama pembetung paip, yg kedua pembetung kekotak... Biasanya kedua2nya diperbuat dari konkrit..kenapa konkrit?? Sistem perparitan biasanya terletak di tepi2 jalan dalam bentuk longkang.... apabila parit ini terpaksa merentasi jalan.....parit2 ini biasanya bertukar dari bentuk longkang k...