Langkau ke kandungan utama

Catatan

Slope (Part 2)

Bila kita dah baca tentang Part 1 sebelum ni kita rasa kita hidup dalam bahaya...... Memang ya, setiap cerun yg ditarah ada risikonya, bukan nak menakutkan. Tetapi itulah hakikatnya, apa sahaja yang berkaitan dgn bumi ada bahayanya. Sehebat mana pun Saintis/Jurutera, masih belum ada yang dapat mengagak bilakah dan di manakah gempa bumi dan tanah runtuh akan berlaku.... Itu bergantung kepada kuasa Allah S.W.T. Keruntuhan tanah terjadi di setiap tempat di dunia, x semestinya cerun tersebut ditarah. Ini termasuklah di dalam hutan... Tetapi kalau dalam hutan tanah runtuh dan menghempap 2-3 ekor binatang, memang x masuk Buletin Utama. Tapi kalau terjadi di kawasan kediaman, ia akan menjadi Frontline. Dan ia akan lebih teruk jika cerun bukit tersebut ditarah. "Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan, dan gunung-gunung sebagai pasak?" An Naba 78 : 6-7 Apa akan jadi apabila pasaknya (peg) dicabut? Kita bayangkan kita pasang khemah dan kita letak 4 pasak di 4 penjuru....

SLOPE

Isu tanah runtuh telah menjadi semakin besar di Malaysia, kerana apa? Ini adalah kerana banyak kejadian runtuhan telah berlaku di Malaysia terutama di Lembah Klang... Adakah kerana sewaktu design, jurutera tidak menjalankan kerja dgn betul... mungkin ya atau tidak.. tetapi jawapan yang pasti adalah begini..... Pembangunan di Malaysia paling pesat bermula sejak 80-an, banyak terdapat kawasan-kawasan perumahan terutama kawasan perumahan golongan mewah telah berpindah ke kawasan bukit... pada waktu itu, juruteranya telah design untuk kawalan bukit secara lokal sahaja. Apa maksudnya? Maksudnya, seandainya saya seorang jutawan, saya ingin membuat sebuah banglo di belakang bukit.... saya mengupah jurutera mengira tembok penahan yang terpaksa dibuat di belakang rumah saya kerana saya telah mengorek dan membuat rumah di cerun tersebut.. jurutera tersebut hanya mengira kekuatan tembok penahan untuk menahan tanah tersebut sahaja... dia tidak mengira adakah bukit itu sendiri mampu menahan rumah t...

Pembetung (Part 2)

Langkah 3 : Kerja di Tapak IL berbeza dengan FEL... apa benda tu? Invert level berbeza dengan Finish Excavation Level. Finish Excavation Level adalah untuk kegunaan tapak, tetapi perlulah diingat, walaupun untuk kegunaan di tapak, ia mestilah ditentukur di atas kertas dahulu. FEL boleh diketahui dengan berdasarkan Invert level. FEL adalah aras terakhir korekan, di mana jika menggunakan jengkaut, itulah aras terakhir sebelum korekan berhenti. Bagaimana ingin memberitahu kepada pengendali jengkaut supaya mengorek sehingga FEL. Kerja ini perlu dilakukan di atas kertas, sebelum korekan dilakukan, ingat tak saya ada sebutkan pasal peg/pancang di bahagian 1 sebelum ni? Pertama sekali kita perlu mengetahui apakah beza antara IL tolak bedding? Bila dah dapat jawapan, itulah FEL. Aras asal tanah sekarang di tapak dipanggil EGL. EGL hendaklah ditolak dengan FEL untuk setiap peg, jadi kita akan dapat kedalaman korekan untuk setiap peg. Sewaktu hari korekan, beritahu secara kasar kepada penyelia t...

Pembetung (Part 1)

Pembetung (ejaannya pembetung bukan pembentung) atau dalam bahasa inggerisnya culvert telah lama digunakan oleh orang purba untuk mengalirkan air... Maksud pembetung ialah saliran air berongga yg digunakan untuk mengalirkan air samada air bersih atau kumbahan... Biasanya org dulu menggunakan buluh...sebab itu wujud perkataan Buluh Betung... tetapi perkataan betung jarang digunakan sebab bukannya orang faham pun.... Dalam istilah kejuruteraan, pembetung ini biasanya mempunyai 2 kegunaan....pertama untuk sistem kumbahan dan kedua untuk perparitan.... Pembetung dlm jurutera pula lbh khusus kpd saliran air bwh tanah shj... Di malaysia terdapat 2 jenis pembetung yg sering digunakan dalam perparitan......yg pertama pembetung paip, yg kedua pembetung kekotak... Biasanya kedua2nya diperbuat dari konkrit..kenapa konkrit?? Sistem perparitan biasanya terletak di tepi2 jalan dalam bentuk longkang.... apabila parit ini terpaksa merentasi jalan.....parit2 ini biasanya bertukar dari bentuk longkang k...

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar?? Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya?? Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive. Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... S...

Jawapan kepada Soalan Konkrit (Part 3)

Pada 18-Januari-2010, seorg sahabat kita bertanyakan tentang konkrit ; ' Kalo nk tipu konkrit mcm mne ' Biasanya konkrit yang dibancuh di plant agak sukar untuk ditipu, kerana ia telah ditentucarakan 'setting' dari awal lagi. Kalau kita nak gred 20, dia akan mix gred 20, semua dh disetkan awal2 lagi berapa kg utk simen , air, batu & bahancampur lain.... biasanya penipuan akan dilakukan dari segi jenis campuran. Benda paling penting untuk diperhatikan adalah sewaktu lori dtg dia akan bwk sekali DO (delivery Order), perhatikan betul2 DO tu.....kalau kita order G20JKR (klu projek JKRla), pastikan G20JKR yg dtg, jgn G20Normal.... Selain dr tu, cuma buat slump test dan cube test. Biasanya, kalau slump gagal, kita boleh reject awal2 lg. Tapi mcmn kalau cube gagal....mungkin terjadinya penipuan disitu. Namun, plant tidak boleh dituduh sebulat2nya. Mungkin penipuan terjadi di pihak kontraktor, di mana penambahan air berlaku sewaktu proses konkrit. Biasanya, loji/ plant m...

Jawapan kepada Soalan (Konkrit Part1)

Dalam post saya bertajuk Konkrit (Part1) bertarikh 30 Jun 2009, ada member tanpa nama telah bertanyakan soalan ' kalau kt nk oder gred 20 tapi plant jauh dr site kite, sy cdgkan oder grade yg lebih tinggi spt gred 30 sbb@.....' Saya ada bg jwpn yg ini sebenarnya common sense shj, cuma psikologi mengatakan ia ok.....wbpn, ada alasan yg mengatakan ia sebenarnya boleh digunapakai.... Sebagai seorg konsultan, apabila kontraktor mengatakan yg mereka ingin menggunakan G30 untuk konkrit G20 (misalnya), perkara pertama yg perlu diberi perhatian adalah masa. Ini adalah kerana suhu di Malaysia yg panas menyebabkan konkrit boleh terdehidrasi atau kehilangan air, ini menyumbang kepada kebolehkerjaan yg kurang dan seterusnya apabila konkrit sampai ke tapak, konkrit akan kelihatan keras dan menyusahkan buruh menarik konkrit masuk ke dalam acuan... Ramai yg mengambil jalan mudah dgn menambah air di dalam konkrit.......nampak mudah. tapi sedar atau tidak dgn menambah air mengurangkan kekuata...