Langkau ke kandungan utama

Buat Lebuhraya

  • Ok...dah lama sgt saya x blogging....dah bersawang dah saya punya blog nie....follower pun (kalau ada) dah boring dah lama sgt menunggu. Baiklah kali nie saya akan menulis pasal bagaimana nak buat lebuhraya. Katakanlah anda kerajaan dan anda mengetahui bahawa satu lebuhraya perlu diwujudkan memandangkan trafik semakin tinggi. Saya bagi contoh dari JB ke Kuantan. Tapi kerajaan tiada peruntukan terpaksa menggunakan dana utk hal lain, (tolong jgn politikkan, ini bukan blog politik). Jadi bagaimana?


  • Dari sinilah proses BOT diperkenalkan, apakah BOT? Build-Operate-Transfer. Bagaimana ia berfungsi?

  • Kerajaan akan memanggil syarikat-syarikat yang telah terkenal dalam pembikinan lebuhraya di Malaysia
  • Syarikat-syarikat ini akan menubuhkan anak-anak syarikat yang kecil sebagai konsesi mengawalselia pembikinan lebuhraya tersebut.
  • Kita ambil contoh, kerajaan bercadang membina lebuhraya JB-Kuantan, Syarikat A telah dipanggil untuk proses temuduga kerana pengalaman dan kepakaran syarikat tersebut membina dan menyelia lebuhraya, tetapi Syarikat A kekurangan dana. Salah satu idea baik kerajaan adalah menggabungkan Syarikat A dan salah satu GLIC negara (apakah GLIC itu)? GLIC adalah Government Linked Investment Company, iaitu syarikat yang berhubung dgn kerajaan dimana rakyat melaburkan duit dalamnya. cth :- PNB, KWSP dll..... Katakanlah Syarikat A bergabung dgn PNB dgn Syarikat A untuk membuka sebuah anak syarikat baru dgn Syarikat A memegang 70% dan PNB 30% pegangan.

  • Jadi kepakaran akan dibekalkan oleh Syarikat A manakala dana akan dipinjam dari bank dgn keyakinan PNB, mereka menubuhkan satu anak syarikat untuk memegang konsesi lebuhraya tersebut. Apakah syarikat konsesi pula? Syarikat konsesi adalah syarikat yang diberikan hak dan keizinan untuk memegang sebuah lebuhraya dan kutipan tol dalam tempoh tertentu.

  • Kadangkala gabungan syarikat ini dipanggil konsortium. Apakah konsortium pula? konsortium adalah gabungan 2 atau lebih syarikat dalam syarikat konsesi tersebut. Sbg contoh konsortium lebuhraya utara timur kuala lumpur sdn. bhd, di mana gabungan diantara Wira Kristal 70% dan MRCB 30%.

  • Baik, sekarang saya dah ada sebuah anak syarikat konsesi, saya beri nama Konsortium Lebuhraya JB - Kuantan Sdn. Bhd. (konon-kononla, jgn igt tengok Samarinda je boleh belajar pasal dunia korporat, baca blog saya pun boleh belajar jugak)
  • Kerajaan dah bagi kelulusan, saya dah ada idea (nk buat highway JB-Kuantan), dana dah ada, sekarang apa nak buat???? blurrrrr.....
  • Benda pertama yang perlu syarikat KLJKSB (Konsortium Lebuhraya JB Kuantan S/B la tu...) adalah kertas kerja. Apa yg perlu dimasukkan dlm kertas kerja tersebut?

a) Latar belakang dan keperluan tentang kenapa projek itu perlu dijalankan, ceritala sedikit sebanyak pasal hari raya org ambik masa 10-12 jam penduduk JB nak balik ke pantai timur, seandainya ada highway tersebut cepat la skit. bagila statistik penduduk JB yg tinggal di pantai timur.

b) anggaran panjang lebuhraya dan anggaran masa perjalanan, berapa interchange, R&R dan berapa banyak tol plaza.

c) anggaran trafik harian dan tahunan

d) Pengambilan tanah

e) anggaran kos perbelanjaan dan pendapatan (berdasarkan kutipan tol)
  • Ok.... sekarang semua tu sbg jurutera rasanya anda semua tahu bagaimana nak buat kan? item c)anggaran trafik tu pun boleh dibuat rasanya, anda boleh buat bancian di jalan2 raya atau mintak maklumat dari JKR berapa org dari JB ke Kuantan, atau berapa org dari JB ke Kota Tinggi, ke Mersing ke Endau dan seterusnya, jadi saya boleh buat bnyk interchange. Skrang bagaimana nak buat item d) dan e).
  • Item d) pengambilan tanah sebenarnya agak mudah. benda pertama yang perlu saya tahu adalah jajaran (alignment) jalan saya, dari JB ke Kuantan. Dari situ saya akan tahu berapa kilometer panjang jalan saya. Dari data satelit yg saya minta dari MACRES (Malaysia Centre for Remote Sensing) saya akan tahu maklumat satelit tentang tinggi permukaan tanah dan jajaran. Dari situ saya boleh mengelakkan gunung-ganang dan kawasan tasik. Ia juga berfungsi untuk mengelakkan kawasan bandar. Biasanya, lebuhraya penghubung negeri seboleh-boleh cuba mengelakkan melalui kawasan bandar, kerana tanah di bandar harganya tinggi, lebih2 lagi kalau tanah berstatus Perdagangan. Melambung2 harganya.... Nak tau bentuk alignment yg dikeluarkan oleh MACRES mcmn? ala bukak google maps je... lbh krg je mcm tu...cuma detail sikit.

  • Item e) Anggaran kos perbelanjaan dan pendapatan. :- baik, bab kos perbelanjaan ini akan dihuraikan kemudian, tapi pendapatan? Pendapatan dari mana? Mcmn nak tahu? pendapatan didapati dari kiraan tol....untuk mengira berapa banyak tol yg patut dikenakan. Kita kembali kepada item c)... cthnya :- perbelanjaan utk membuat highway tersebut adalah Rm10billion. ini termasuk kos penyelenggaraan. Setelah dikira-kira, kenderaan dari JB ke Kota tinggi sehari berapa ramai, ke Mersing brp ramai dan ke Kuantan brp ramai (data dari JKR), dan anggaran peningkatan trafik dari tahun ke tahun, satu anggaran kutipan tol per km boleh dikeluarkan dan dari situ bolehlah dibuat perjanjian konsesi pegangan lebuhraya tersebut selama berapa tahun...mungkin 10, 15 atau 20 tahun.

Selesai satu kerja....... nanti kita sambung lg.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum..En.Muhammad Firdaus,saya nak tanya,apakah kelebihan penggunaan pembetung jenis konkrit berbanding dengan jenis-jenis lain?
Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum..En.Muhammad Firdaus,saya nak tanya,apakah kelebihan penggunaan pembetung jenis konkrit berbanding dengan jenis-jenis lain?
Muhammad Firdaus berkata…
Nak dibandingkan dgn pembetung jenis apa? Kalau PVC, konkrit jauh lebih kuat, kalau besi, konkrit lebih tahan karat.
Akif Ruzaini berkata…
Assalamua'laikum wbt. Admin, minta acc fb. Mudah rasanya pertanyaan diajukan. Tq

Catatan popular daripada blog ini

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Bancuhan konkrit biasanya menjadi masalah bagi projek2 kecil... kerana biasanya projek2 kecil ini membuat bancuhan di tapak.... masalahnya berapakah nisbah bancuhan yg sebenar?? Kita juga banyak menghadapi masalah dalam google kerana google banyak memberi kaedah bancuhan dan bukan pengiraan.... Saya sendiri pernah berdepan dgn masalah di mana ada kontraktor berapakah bancuhan yg dibenarkan oleh JKR utk gred yg tertentu... masalahnya berpunca apabila kontraktor tidak mahu mengambil bekalan konkrit dari luar, kerana bekalan konkrit yg diperlukan adalah sedikit dan jauh dari tapak... maka penyelesaiannya adalah bancuhan sendiri.. namun bagaimana?? apakah nisbahnya?? Setiap rekaan bancuhan konkrit adalah berbeza2 mengikut bahan asalnya... agak susah untuk mengikut seperti dalam design mix yg diberikan oleh loji bancuhan kerana mereka menggunakan bahan kimia...sbg campuran lebih dikenali sebagai additive. Sya berikan kat sini nisbah bancuhan utk setiap gred, namun harus diingat... S

Premix

Kaedah membuat asas jalan ( roadbase ) hampir sama dengan kaedah subbase , cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase . Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A ( Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah. Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase , makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fungs

NISBAH BANCUHAN KONKRIT

Lean Concete G10 (Biasa digunakan sebagai konkrit melepa, tidak mempunyai kekuatan untuk menanggung beban) G10 ( 1 : 3.92 : 5.62) Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 169kg 12.5 mm Aggregate : 112kg River sand : 196kg Total water :  44liter Fresh concrete density: 2398 Kg/M 3 G20 banyak digunakan untuk bangunan2 kecil, rumah setingkat, dll G20 ( 1 : 2.48 : 3.55)  Cement : 50kg (1 bag) 20 mm Aggregate : 107 kg 12.5 mm Aggregate : 71 kg River sand : 124 kg Total water : 28 liter Admixture : 350gram dimasukkan dalam simen (admixture bertujuan untuk menambah kebolehkerjaan konkrit) Fresh concrete density: 2430 Kg/ M 3 G25 banyak digunakan untuk bangunan-bangunan tinggi, sperti lebih dari setingkat dan mungkin juga digunakan di bangunan-bangunan tinggi. G25 ( 1 : 2.28 : 3.27) Cement : 50 Kg 20 mm Aggregate : 98 kg 12.5 mm Aggregate : 65.4 kg River sand : 114 kg Total water : 27.5 liter Admixture : 300 gram Fresh concrete density: 2414 Kg/ M 3 G30 ban