Langkau ke kandungan utama

Catatan

MERANCANG BANDAR (Kebenaran Merancang)

Salam semua, Setelah lama membincangkan mengenai teori konkrit, jalan dan semua berkenaan pembinaan, kita akan masuk ke bahagian baru yang dinamakan pembangunan atau development. Kebanyakan dari kita tidak tahu bagaimana sesuatu tanah dibangunkan. Banyak kita lihat sekarang bangunan tumbuh bagai cendawan namun kebanyakan dari kita tidak memahami kaedah bagaimana dari mula, apakah kelulusan yang diperlukan sehingga bangunan tersebut diserahkan kepada pemilik, atau lebih mudah rumah taman kita, bagaimana proses pemaju membangunkan tanah tersebut. Secara dasarnya, ada 4 konsep pembangunan 1) Konsep 2) Perincian & Atas Kertas 3) Pembinaan 4) Pasca Kontrak. Untuk memahamkan anda, saya andaikan saya mempunyai tanah seluas 1000 ekar untuk dibangunkan. Apa yang perlu dibuat oleh saya untuk membangunkan tanah tersebut. Berikut adalah senarai semaknya :- 1) Konsep LANGKAH PERTAMA (konsep pembangunan) Baik, pertama saya perlu membuat perancangan dengan teliti apakah daya pen...

JANGKAAN MASA PROJEK

Salam..... Saya selalu melihat jurutera baru yang bekerja dengan pihak kontraktor atau pemaju yang akan ditugaskan untuk membuat 'Project Planning' atau perancangan projek. Ini kerana tugas ini agak menyusahkan dan ia memerlukan kerja paperwork yang agak rumit. Biasanya, untuk projek JKR, JKR akan meminta perancangan projek samada diberikan dalam bentuk Microsoft Project atau Primevera atau program-program lain, saya rasa sekarang ni dah banyak klien yang akan meminta dibuatkan perancangan projek ini  . Apabila ditugaskan oleh pihak majikan dan apabila kita 'jurutera muda' bertanya, 'bagaimana nak buat?' jawapan cliche yang akan diberikan oleh majikan kita adalah, 'buat je, nanti kat site bukan ikut pun...., just nk tunjuk kat client je...'. Ini adalah jawapan biasa sebelum tender diserahkan kepada pihak klien atau JKR.  Selepas projek dikurniakan kepada kontraktor, kontraktor biasanya akan revise semula project planning tersebut, dan tugas ini ak...

MOBILE CRANE TERBESAR DI DUNIA

1. Liebherr 13000 Liebherr 13000 adalah kren mobil konvensional paling berkuasa di dunia (maksud?; Ini adalah kren bergerak berbentuk asal, tidak berubah/ ortodok yang paling berkuasa dari segi kuasa angkatan), biasanya ia jarang digunakan di tapak pembinaan. Ia hanya digunakan di tapak power plant dan tapak oil and gas dimana mesin-mesin bersaiz besar yang memerlukan supercrane. Sebenarnya saya pun tak tahu sangat kenapa di power plant dan tapak oil and gas perlanukan crane sebegini, namun setahu saya kalau di dok-dok pembinaan kapal memang memerlukan kren sebegini.Fakta mengenainya. :- Bear Individu (Berat tanpa fly jib/maksudnya berat badan sahaja; tayar dan enjin) = 70 tan (sama dengan berat 7 buah bas) Kuasa = 1360 hp... enjin x perlu terlampau kuat kerana ia menggunakan kuasa hidralik. Bandingan kereta F1 menghasilkan kuasa 1000 hp Enjin  = V8 silinder turbo power diesel engine. Beban mengangkat : 3000 tan.(bersamaan 300 buah bas/ 2 buah Airbus A380 kapalterbang ...

Santai...

Sekali lagi maafkan saya kalau post kali ni berlainan sedikit dari post yang biasa. Ia adalah manifestasi kepada apa yang telah saya pelajari samada dalam kehidupan saya sebagai jurutera dan juga sebagai manusia. Terkadang kita selalu menggunakan logik akal dalam memikirkan sesuatu. Itu tidak salah sebenarnya? malahan ia bagus, terutama bagi Jurutera, logik akal memang sangat memainkan peranan dalam kehidupan harian. Tapi kadang-kadang logik akal tersebut terbawa-bawa sehinggakan ia bukan sahaja melibatkan profession, tapi turut sama melibatkan kehidupan harian dan pegangan hidup. Sebagai bidang profession melibatkan sains, walaupun kita meyakini akan wujudnya tuhan, tetapi akibat kelemahan akal kita berfikir membuatkan kita termangu-mangu apabila diajukan dengan persoalan "adakah wujudnya tuhan?". Memang semua orang Islam mahu menjadi seperti Abu Bakar As-Siddiq sewaktu Nabi Muhammad S.A.W selamat sampai dari Isra' dan Mi'raj. Baginda menceritakan kisah ini kepad...

Buat Lebuhraya (Part 2)

Seperti yg saya nyatakan di dalam part sebelumnya, apabila kita ingin membuat lebuhraya, kita perlu ada sebuah syarikat (dalam kes ini adalah KLJKSB), dan juga dana. Andaikan saya adalah Pengarah Urusan KLJKSB dan saya ingin membuat lebuhraya tersebut, apa yg perlu saya buat? Seperti yg saya katakan sebelum ni kertas kerja. Namun saya bukanlah org yg berkemahiran. Saya perlulah melantik pakar-pakar dalam bidang2 tersebut. (Ini kalau saya pengarah urusan syarikat tersebutla..) Sebagai pengarah urusan, ada 2 pakar penasihat (konsultan) yg perlu dilantik untk menasihati saya; a) Jurukur Berlesen dan bertauliah b) Perancang Bandar c) Jurutera Trafik Saya akan lantik Jurutera Trafik sebagai S.O. atau superintending officer atau pihak yg mewakili saya dalam semua hal berkaitan projek ini. Jurutera Trafik harus menetapkan jajaran jalan/alignment, bilangan jambatan, tol, susur keluar, R&R dan lain2 perkara basic patut ada pada sesebuah lebuhraya. Selepas itu, Jurukur lesen dan p...

Buat Lebuhraya

Ok...dah lama sgt saya x blogging....dah bersawang dah saya punya blog nie....follower pun (kalau ada) dah boring dah lama sgt menunggu. Baiklah kali nie saya akan menulis pasal bagaimana nak buat lebuhraya. Katakanlah anda kerajaan dan anda mengetahui bahawa satu lebuhraya perlu diwujudkan memandangkan trafik semakin tinggi. Saya bagi contoh dari JB ke Kuantan. Tapi kerajaan tiada peruntukan terpaksa menggunakan dana utk hal lain, (tolong jgn politikkan, ini bukan blog politik). Jadi bagaimana? Dari sinilah proses BOT diperkenalkan, apakah BOT? Build-Operate-Transfer. Bagaimana ia berfungsi? Kerajaan akan memanggil syarikat-syarikat yang telah terkenal dalam pembikinan lebuhraya di Malaysia Syarikat-syarikat ini akan menubuhkan anak-anak syarikat yang kecil sebagai konsesi mengawalselia pembikinan lebuhraya tersebut. Kita ambil contoh, kerajaan bercadang membina lebuhraya JB-Kuantan, Syarikat A telah dipanggil untuk proses temuduga kerana pengalaman dan kepakaran syarikat tersebut me...

Lebuhraya

Kali ni cerita pasal Signboard biru atau Jalan JKR.................. Mcm yg sy ceritakan sebelum ni, setiap jalan dinomborkan dalam perisai bersegi enam macam yg kita lihat dlm post sy yg lepas. Kalau highway, ia dinomborkan dgn awalan E, tapi kalau Jalan JKR??? Terdapat 3 jenis Tanda Jalan di Malaysia. 1. Awalan E - ini merupakan highway spt telah dibincangkan. 2. Tiada awalan, hanya nombor - Ini merupakan jalan persekutuan, Namun setiap julat nombor mempunyai fungsinya spt :- 1 - 249 - Jalan - jalan utama persekutuan. (contoh: 1- Jalan dr Johor Bahru ke Padang Besar) 250 - 479 - Jalan access ke pejabat2/bangunan2 kerajaan. 1000 - 2999 - Jalan access FELDA/FELCRA. 3000 - 3999 - Jalan access ke Kawasan perindustrian. 3. Awalan huruf selain E, ini adalah jalan negeri, awalannya mengikut plat kereta anda. Kalau perak A, B selangor dan seterusnya. Jadi kalau di dlm plate kuning tu bertulis A72 - itu adalah jalan negeri perak. Apa beza diantara ia dgn Jln Persekutuan yg terdpt dlm negeri2?...