Langkau ke kandungan utama

Catatan

Jalan Telford

hani madu menulis: “boleh bg rujukan x ape ciri2 jalan macadam n jalan telford” Terima kasih Hani Madu, saya lupa ceritakan pasal Jalan Telford. Telford (seorang jurutera Scotland) pun salah seorang jurutera jalan jugak. Walaubagaimanapun, sebaik kaedah Mcadam muncul, kaedah Telford dan Tresaguet tidak digunakan lagi. Siapa tresaguet? Tresaguet juga seorang jurutera jalan dari Negara perancis yang merekabentuk jalan. Tetapi kenapa nama tresaguet dan Telford tidak sepopular Macadam? Kerana jalan yg bnyk digunakan di seluruh dunia sekarang ni adalah jalan Mcadam? Kenapa? Adakah jalan Telford dan Tresaguet x bagus? Memang pun…Kenapa ? Pertama sekali kita tengok kaedah pembinaan Tresaguet, kaedahnya boleh dikatakan hampir sama dengan kaedah pembinaan jalan Macadam di mana batu sebesar 3 inci atau 75mm di lapisan bawah sebanyak 2 lapisan dan batuan sebesar 1 inci atau 50mm di atas lapisan paling atas. Kelemahan paling ketara bagi kaedah pembinaan jalan ini adalah dari s...

Premix (Return of The Making....)

Disambung lagi Dalam artikel sebelum ni saya ada tulis ada 2 jenis loji. Loji bancuhan pertama yakni loji bancuhan dram, yg paling biasa digunakan di Malaysia dan seluruh dunia kerana mudah dialih, mudah dipasang, kos penyelenggaraan yg rendah telah diterangkan dalam artikel sebelum ni. Kali ni, saya akan terangkan tentang sebuah loji bancuhan yg agak jarang digunakan di Malaysia. Ini adalah kerana kos penyelenggaraan yg tinggi, pengendalian berkomputer yang memerlukan pekerja berkemahiran tinggi, dan alat ganti yg agak sukar ditemui. Walaubagaimanapun, terdapat syarikat2 besar di Malaysia telah cuba mengadaptasi system ini, dengan mengabaikan masalah yg tersenarai di atas kerana premix yg dihasilkan dengan menggunakan kaedah ini lebih berkualiti dari kaedah biasa, yakni kaedah campuran dram di samping dengan menggunakna kaedah ini juga, premix2 spesial (akan kita bincangkan kemudian apakah premix special) juga dapat dihasilkan, memandangkan premix2 spesial semakin mendapat sambutan di...

Premix (The Making of...)

Disambung semula…………………………….. Lepas suhu dah turun, bolehla dibuka untuk awam dan ditarok road marking, (line putih/kuning), dll. Ok, itu nanti kita bincangkan kalau ada kesempatan dan kalau saya masih bersemangat. Kali ni kita nak bincangkan pasal premix. Perasan x, saya Cuma cerita waktu premix tu dh dibawa ke tapak pembinaan dah dgn lori. Macamana premix tu dibuat? Macamana proses pencampuran minyak bitumen tu dgn batuan sampai blh jd hitam dan panas mcm tu…prosesnya agak senang. X terlalu sofistikated macam konkrit. Premix yg biasa digunakan dipanggil HMA(Hot Mix Asphalt). Ok pertama sekali, setahu saya, setakat ilmu yg saya ada, ada 2 jenis loji bancuhan premix. Yg pertama, yg paling biasa sekali di Malaysia dan mudah didapati adalah drum-mix plant. Gambarnya mcm kt bwh. Gambar dari vinayakequipments.com-India Di sebelah kiri sekali tu cold-feed bins atau kalau terjemahan sebijik-sebijik jadi bekas makan-sejuk. Td gambar di luar Negara, bawah ni di Malaysia. ‘Bekas makan-sejuk’ in...

Premix

Kaedah membuat asas jalan ( roadbase ) hampir sama dengan kaedah subbase , cuma roadbase punya spesifikasi lebih detail dari subbase . Roadbase berfungsi sebagai penyebar beban kerana, beban tayar dari atas iaitu beban tumpu akan disebarkan ke bawah sehinggalah ke permukaan tanah. Mengikut formula yang kita belajar waktu ting. 5 fizik. P=F/A ( Pressure=Force/Area atau Tekanan=Daya/Luas). Kalau ikut formula tu makin luas kawasan, makin kurang daya yang ditanggung oleh tanah (subgrade). Jadi ketebalan setiap lapisan kerana semakin tebal sesuatu lapisan semakin jauhlah beban tersebar dan makin kurang tekanan yang diterima di atas tanah. Gambaran boleh disimpulkan melalui gambarajah di bawah. Daripada gambarajah di atas, Nampak kan makin tebal permukaan jalan atau roadbase , makin besar segitiga tu, jadi beban yang diagihkan dengan lebih seragam dan serata ke permukaan tanah. Mengikut Arahan Teknik Jalan 5/85 (‘kamus’ yang digunakan oleh jurutera jalan dalam merekabentuk jalan JKR, fungs...

Lapisan Jalan

Setiap jalan yang dibuat kebanyakannya mengikut kaedah pembinaan MacAdam dimana dilapisai dengan beberapa lapisan. Di bawah adalah lapisan paling biasa dibuat. Apa fongsi setiap lapisan???? Lapisan paling bawah adalah lapisan subgrade iaitu lapisan tanah asal. Macam saya cakap sebelum ni…Lapisan tanah yang diuji mestilah mempunyai CBR biasanya melebihi 3% atau 5%. Bagaimana kalau uji banyak mana pun tetap fail(yakni kurang dari 3% atau 5%)? Contohnya macam tanah paya yang lembik, atau tanah lembab….sah2 fail dah tanah macam tu. Takkan nak buang semua tanah tu pastu ganti dengan tanah lain?Nak korek buang banyak mana? Jadi masalah untuk tanah macam ni dikepilkan bersama-sama dengan hasil laporan kajian tanah yang dinamakan Soil Investigation (biasanya akan dibuat sebelum masuk tapak) akan dihantar ke Jurutera Geoteknikal (Jurutera teknikal tanah), untuk dibuat kajian, rawatan apakah yang paling sesuai tanah(nanti saya bincangkan kalau ada masa tentang jenis-jenis rawatan) supaya tana...

Ciri - Ciri Rekaan Jalan

Sebelum ni kita sembang-sembang pasal sejarah jalan. Kali ni kita sembang pasal macamana jalan zaman sekarang dibuat. Jalan zaman sekarang dibuat banyaknya berdasarkan idea Macadam di mana jalan tu di condongkan sedikit untuk pengaliran air ke tepi jalan, di samping menggunakan batuan pelbagai saiz untuk menanggung beban kenderaan dari atas. Sebelum sesuatu jalan dibina dan direkabentuk, ia perlulah mempunyai cirri-ciri berikut :- 1) Ia mestilah kuat dan mempunyai ketebalan yang cukup untuk menahan beban kenderaan berat yang akan lalu di atasnya. 2) Ia mestilah mempunyai permukaan berbatu yang kasar untuk mengelakkan berlakunya kes kenderaan mudah tergelincir. (ini sebenarnya mempunyai kelemahan kepada penunggang2 motosikal sekiranya terjatuh akan menyebabkan kulit mudah terluka, namum setelah kajian2 demi kajian dibuat, lebih baik dibuat permukaan kasar kerana kemalangan yang terjadi akibat kenderaan berat tergelincir akibat permukaan jalan tidak kasar terutama pada waktu hujan, kemal...

Sejarah Jalan

Kali ni kita akan bincangkan pasal jalan berturap atau tarred road atau lebih dikenali di Malaysia sebagai premix (kalau nak diikutkan premix tu terlalu umum, tapi xpelah kalau disebut premix tu semua orang dalam sector pembinaan paham apa maksudnya senangla). Teknologi jalan bermula agak lewat dari teknologi bangunan di mana jalan banyak dibangunkan apabila bermulanya perdagangan di antara terutama bandar-bandar yang mempunyai ketamadunan yang agak tinggi. Secara semulajadinya, tanah tidak dapat bertindak sebagai jalan semulajadi kerana tanah itu sendiri tidak dapat menampung bebanan yang berat seperti kereta kuda dan wagon terutama pada waktu hujan. (jangan kata zaman dulu, zaman sekarang pun kalau hujan habis lecak tanah). Ini membuatkan orang dolu-dolu memikirkan bagaimana untuk memperbaiki keadaan jalan supaya perjalanan dari satu tempat ke satu tempat lebih cepat terutama bagi yang menggunakan kereta . Jalan berturap yang pertama dibina di waktu ketamadunan sumeria 4000BC. Jalan...